oleh The Unspinners
Cubalah cari di Internet untuk mendapatkan latarbelakang Ronnie Liu. Pastinya anda tidak akan jumpa. Blog beliau Color Blind (macam real saja tak memilih bangsa dan kaum) hanya memberi latarbelakang beliau sebagai ADUN untuk Pandamaran.
Bagi yang tidak biasa dengan Pandamaran, Klang, kawasan itu pada asalnya adalah kawasan kampung baru Cina dan kini adalah satu kawasan industeri di Klang. Kampung Baru Pandamaran dibina pada tahun 1950 selepas darurat.
Sebagaimana yang kita faham, Kampung Baru Cina dibina British untuk mematahkan pengaruh komunis dengan meletakkan kaum-kaum Cina dari kawasan Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Semasa upacara perlantikan exco kerajaan negeri Selangor, NST pernah melaporkan beliau sebagai ahli perniagaan dan peguam. Ronnie Liu tidak ada pelajaran undang-undang dan mungkin sekali tidak ada pelajaran tinggi. Beliau hanyalah seorang grafik artis yang membuat iklan-iklan.
Ronnie Liu tidak diketahui ada menguruskan perniagaan. Yang diketahui, Ronnie pernah ditangkap beberapa tahun lepas menahan polis menyerbu rumah urut. Ramai menyangka beliau ada perniagaan dalam rumah urut.
Asal usul Ronnie pun tidak boleh dijumpai dalam Internet mana-mana. Adakah beliau seorang asal Kampung Baru Pandamaran? Ada pihak mengatakan Ronnie Liu ada mengatakan dirinya berasal dari Perak. Seorang ahli DAP dari perak adalah satu yang menarik kerana baru-baru ini beberapa ADUN DAP telah melawat Chin Peng pada hari merdeka.
Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Kenapa? Ini kerana beliau pernah memperakui secara terbuka bahawa semasa kecil beliau adalah sebahagian dari PKM, Parti Komunis Malaya. Dia kata dia tak tahu apa-apa dan main ikut-ikut.
Kalau main ikut-ikut, kenapa Ronnie boleh masih memperakui komunis sebagai pejuang. Kenapa dia sendiri boleh mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka?
Ronnie mestilah seorang yang aktif dalam gerakan komunis. Dia mengaku hanya membawa bekalan makanan, ubatan dan lain-lain untuk pengganas komunis dihutan. PAstinya dia mendapat sedikit sebanyak latihan senjata dan cara perang gurila dalam hutan.
Sekarang bolehkah kita faham kenapa dia mewakili kawasan kampung baru yang kita tahu adalah bersimpati pada komunis?
Fahamkah kita kini kenapa dia berkait rapat dengan kumpulan samseng gangster Cina? Fahamkan kita kenapa dia terlibat dalam kegiatan haram hingga Theresa Kok boleh memperakuinya sebagai Robin Hood. Adakah maksudnya curi dari orang dan kasi orang lain?
Usah rasa bersalah untuk melabel DAP sebagai komunis kerana banyak cadre-cadre komunis yang bagaikan hantu tidak bertuan telah meresap dalam DAP. Tidak hairan mereka juga turut meresap dalam MCA, Gerakan, PKR dan dalam Kelab Penyokong PAS.
Komunis adalah sebahagian dari gerakan Cina Nanyang atau Cina Pinggiran Pantai yang bukan hanya mahukan cari makan tetapi dahagakan kuasa politik. Perbincangan menubuhkan Bintang Tiga atau PKM melibatkan perbincangan dengan British dan Kuomintang untuk menentang Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Bintang Tiga mahu menuntut kuasa dan mahu membunuh Raja-Raja Melayu selepas Jepun menyerah kalah. FIkirkan ...
Comments
1 comments to "Nizar PKR! Betulkah Ronnie Liu Komunis? Bagi Tahu Betul-Betul!"org yg tidak berpelajaran tinggi pun boleh jadi Wakil Rakyat ka? Pelik betul.kes rumah urut dan arak bukan main lagi menjadi bahan dalam media massa negara, rakyat melayu islam masih lagi mahu bekerjasama dengan DAP ni? lagi pelik, agaknya melayu islam itu sendiri mahukan sistem raja-raja dihapuskan bagi mencapai sistem kesamarataan Anwar?
Post a Comment