CHANNEL UMB

BTN Tak Boleh, Chin Peng Boleh. Banyak Cantik !

Wednesday, December 2, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,

Oleh Hamzah Fansuri


Seorang teman saya mengajukan persoalan, hebat sangatkah aura BTN hingga DAP menyarankan ia ditutup. Apa sebenarnya pengaruh BTN terhadap politik Malaysia dan apakah fungsi sebenar agensi kerajaan tersebut.

Dalam tenang saya mengatakan, seumur hidup hanya sekali sahaja saya menghadiri program anjuran badan tersebut seperti yang menjadi isu utama topik dunia politik hari ini, itupun semasa saya bertugas di sebuah organisasi yang menyarankan anggotanya mengikuti kursus tersebut untuk meningkatkan lagi motivasi kerja.

Kursus yang saya hadiri itu dilaksanakan di sebuah Resort di Tuaran Sabah. Ia dihadiri pelbagai anggota swasta dan kakitangan kerajaan. Saya tidak pasti samada kursus berkenaan masih lagi wujud atau tidak sewaktu ini. Kerana difahamkan BTN hari ini hanya menumpukan kepada kakitangan kerajaan sahaja dalam tempoh sekarang.

Memandangkan peserta datang dari seluruh Sabah dan sebahagianya datang dari Semenanjung, ada yang beragama Islam dan kristian. Bagi penganut agama islam diadakan slot pengisian kerohanian sewaktu masa di antara selepas magrib dan isyak, dan juga selepas solat Subuh.

Pengisian kerohanian tersebut telah menyebabkan seorang peserta di akhir kursus membuat pengakuan dihadapan semua peserta bahawa dia amat bertuah kerana dapat memasuki kursus tersebut kerana dapat merubah dirinya kearah menjadi mukmim yang lebih baik.

Selepas tamat sesi penutup program, saya cuba mendekati peserta kursus tersebut, apa yang menyebabkan beliau begitu merasakan mendapat manfaat dari kursus tersebut.

Dengan rendah diri beliau yang berasal dari Kota Kinabalu mengatakan, beliau sebelum ini langsung tidak pernah mengikuti zikir munajat dan solat 5 kali sehari dengan sempurna seperti yang dituntut agama. Namun kursus tersebut sedikit sebanyak memberi sedikit ruang kepada dirinya untuk mencari cahaya nur islam dengan lebih sempurna.

Hasil penilaian saya, aktiviti yang dianjurkan sememangnya mencabar minda peserta kursus, dan peserta digalakan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti yang ditugaskan. Pada saya ini merupakan suatu proses pembinaan karekter yang bagus, kerana menggalakkan perserta kursus berbincang sesama mereka untuk menyelesaikan masalah.

Bukankah ini yang dituntut kepada seluruh rakyat Malaysia demi menjayakan wawasan 2020. Malah orang Cina sudah lama mengamalkan perbincangan di dalam komuniti mereka hingga melangkaui unsur sempadan politik DAP, MCA ataupun Gerakan.

Saya tidak nampak BTN memainkan peranan penting mengubah 1 Malaysia, kerana BTN bukanlah parti politik, tetapi berperanan menyalurkan mesej kerajaan sahaja. Umum mengetahui pilihanraya ke 12 menyaksikan buat pertama kali Pembangkang berjaya menyekat dominasi 2/3 Barisan Nasional. Kebarangkalian anggota kerajaan yang selama ini mengikuti kursus BTN juga mengundi Pembangkang adalah amat besar. Jika tidak mustahil UMNO dan BN dengan begitu mudah tumbang di Selangor dan dan Wilayah Persekutuan yang dilihat mempunyai ramai anggota kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun. Dengan itu secara peribadi saya menolak pendapat yang mengatakan BTN mempunyai pengaruh yang besar ke atas politik Malaysia.

Apabila pemimpin DAP beria-ia menyarankan program seperti ini dihapuskan ia seakan dapat menzahirkan bahawa parti tersebut mempunyai agenda lain yang ingin dilakukan. DAP sejak dahulu amat konsisten ingin memerangi BTN. Sama jugalah suatu masa dahulu anggota Parlimennya menyerang Pelaksanaan Khidmat Negara (PLKN). Sehinggakan segala kelemahan PLKN dicungkil dengan niat untuk memperlekehkan institusi terbabit bukan untuk tujuan penambahbaikkan.

Di sini kita dapat melihat tujuan DAP memerangi kedua institusi ini adalah disebabkan wujudnya Kiasu dalam diri DAP dan kerisauan tidak berasas pemimpin parti terbabit bahawa pelaksanaan program yang berbentuk patriotisme akan menyebabkan orang Cina yang menyertainya akan hilang semangat kecinaan, dan pada masa yang sama takut minda orang Melayu akan menjadi lebih hebat hasil latihan yang dilaksanakan.

Dalam pada masa yang sama DAP dan bersama beberapa pihak lain dilihat bermati-matian cuba melobi pihak kerajaan agar memafkan dan membenarkan penjenayah perang Chin Peng kembali menjalani kehidupan asal di Malaysia.

Bukankah telah ramai anggota keselamatan telah menerima kesengsaraan ekoran serangan hendap dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng. Masih lupakah kita akan kesengsaraan penduduk Bukit Kepong dan beberapa penduduk dikawasan pedalaman negara kita ekoran tindakan ganas PKM.

Sekiranya Kemboja boleh mendakwa Pol Pot atas kekejaman dilakukan oleh pemimpin Khmer Rouge kepada rakyat kemboja, bukankah pelik sekiranya kita di Malaysia ada pihak ingin menyambut dengan karpet merah kepada seorang pengganas bernama Chin Peng.

Inilah hasilnya jika dendam, kuasa dan harta menjadi keutamaan pemimpin, sehinggakan mengenepikan langsung lukisan jiwa sanubari mangsa kekejaman pengganas Komunis. Golongan ini dalam diam sanggup sanggup menyarankan program patriotisme yang dijalankan BTN dimansuhkan dan lebih mengutamakan kehidupan Chin Peng yang telah sekian lama membuatkan ramai di
kalangan penduduk Malaysia menderita, suatu perkara yang menyedihkan lagi ada kalangan pemimpin Melayu juga menyanyikan rentak dan lengok tari yang sama dengan pemimpin DAP demi merebut kuasa.

Apa yang dapat disaksikan kita sekarang, serangan berterusan kepada agensi kerajaan menunjukkan seakan terdapat perancangan licik dari pihak DAP untuk menjadikan BTN sebagai mangsa terbaru untuk dikambinghitamkan selepas berjaya merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM.

Comments

1 comments to "BTN Tak Boleh, Chin Peng Boleh. Banyak Cantik !"
  1. kenapa KDN membisu isu BTN?????
    kami mahu dengar suara anda ........ anda terlalu lemah...