Oleh: Azli Shukri
KOTA BHARU, 3 Dis (Harakahdaily): Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini. “Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.
“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.
Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan. Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.
“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya. Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.
Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.
“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.
“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya. Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontrasi yang mendesaknya melepaskan jawatan. Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.
“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.
“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.
“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya. Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai. Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.
Ulasan Azli Shukri : Saya cuma ingin menjawab dua perkara sahaja berhubung laporan Harakahdaily di atas, iaitu :
1. Saya setuju nabi Muhammad memang pernah mendoakan bala untuk musuh-musuh Islam, tetapi DS Najib bukan musuh Islam - sebaliknya DS Najib orang beriman! DS Najib hanya bermusuh dengan PAS dan bukan dengan Agama Islam yang syumul ini. Minda Nik Aziz harus diperbetulkan - PAS bukan Islam dan Islam bukannya PAS. Terlalu banyak bezanya. Tiada maknanya melaungkan Islam! Islam! Islam! tetapi ahli-ahli PAS masih mengamalkan perbuatan jahiliah yakni mengumpat, memfitnah dan membuka aib kepimpinan negara. Jadi, Nik Aziz harus selesaikan dahulu sikap dan perangai ahli-ahli PAS, agar mereka dahulu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.
2. Isu Royalti - Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh mengapa Kelantan tidak mendapat royalti. Lagi pun kerajaan akan memberi wang saguh hati yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan dan bukan kepada PAS. Nik Aziz harus faham ada beza antara rakyat Kelantan dengan ahli PAS.
Tidak semua rakyat Kelantan adalah ahli PAS. Kerajaan hanya mahu membantu rakyat Kelantan sahaja dan bukan kepada Kerajaan PAS. Ini bukan zalim namanya. Kita harus faham, berpuluh-puluh tahun lamanya, kerja sebahagian besar pemimpin PAS adalah memaki hamun, mengkafir serta mengaibkan kepimpinan negara dan UMNO - jadi PAS zalim terhadap kerajaan Malaysia dan kepimpinan negara yang dipilih oleh rakyat - maka organisasi yang zalim seperti PAS, seharusnya diberi sedikit pengajaran agar dan hukuman - agar selepas ini parti tersebut taidak dengan mudah memburuk-burukkan kerajaan, walau pun kerajaan di bawah pimpinan DS Najib bertambah baik.
Pada saya Kerajaan Pusat tidak menzalimi rakyat Kelantan, sebaliknya Kerajaan Pusat mahu PAS Kelantan sedar bahawa perbuatan zalimnya yang selama ini suka membuka aib dan memfitnah kononnya UMNO menolak Islam - harus diberi sedikit pengajaran dan hukuman. wallahualam.
CHANNEL UMB
Statistik
Sedang Membaca
Unit Media Baru PPUM
UMB Negeri
Makluman
Kepada para pembaca yang berminat untuk menyumbangkan informasi dalam apa sahaja bentuk seperti video,dokumen, artikel dan sebagainya. Boleh email terus atau hubungi pihak UMB di alamat email umb.ppum@gmail.com atau umb_ppum@yahoo.com.
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
Rakan-Rakan
-
-
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet - The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the Khaza...5 weeks ago
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...10 months ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...3 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...5 years ago
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...6 years ago
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM ! - *Liwat: Anwar didapati bersalah* PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...9 years ago
-
Memang UMNO Selangor dah lemau..!! - *kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu* Pak Lah tak dapat 2/3 masa...10 years ago
-
-
TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tela...11 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...11 years ago
-
-
-
Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau - Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu tek...12 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...12 years ago
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...13 years ago
-
-
-
-
Comments
5 comments to "Menjawab Kenyataan Nik Aziz"mengaku jelah x nak bagi duit tu kat kerajaan kelantan. UMNO takut kelantan dapat buktikan ketelusan dan amanahnnya pengunaan kekayaan untuk rakyat. Bagilah nak tengok Islam memerintah. Tak payah nak pusing2 macam ular sawa, semua belitan di atas boleh dijawab tapi malas nak jawab orang yang cuba meneak benang basah ni. Islam PAS konon, itu propaganda lama yang dah basi. Islam UMNO demokrasipun tidak tapi demo kasi untuk perut2 sendiri bukan untuk rakyat. Ini jelas tapi malas nak buktikan pada rang yang tak mahu cari ebenara.
anonymous - senang aje jawab mana perginya wang tabung memali yang diselewengkan dulu tu? mana perginya kohilal? jika dua perkara ini pun tak dapat diuruskan dengan baik oleh PAS, apakah kita yakin PAS boleh menguruskan duit royalti dengan amanah?
Aku pasti anon 12:36 tak leh jwb soklan Azli tu.
Dua soalan lagi utk Anon 12:36...
1) Knp nik ajis dan husam beriya2 sgt nak royalti disalur terus pada kerajaan negeri?
2) Knp tak mau duit tu disalur terus pada rakyat?
Mungkin nak masuk tabung parti 30%, nak bagi menantu n sanak saudara30%, kroni 30% dan tinggal 10% utk rakyat kelantan.
tabung memali, di seleweng? itu UMNO punya cakap. Kohilal, masih wujud dan terus berkembang. Tapi itu kecil je nak diabandingkan penyeleweng berbilion utk perut buncit melalui GLC. x cari kuman seberang laut lah, bangkai gajah kat badan dan sekeliling tergiur2 x nampak2.
soklan 1) x nak stadium harga ratus juta, berapa bulan runtuh.
soklan 2) x nak rakyat tengok je stadium runtuh, masjid berkilau yang kosong.
jawapan lewa je ni..malas nak panjang untuk komen bagi jwpn 'benang basah', masih fikir rakyat masih ditakuk 80an,90an nak diumpan dengan komen2 begini. cetek betul! Skrang dah millenium.
anon 9.27 bukti mana? Kalau nak cakap macam tu pelacur kat chow kit pun boleh cakap...
Mana buktinya, tetapi tabung memali sampai ke hari ini PAS tak leh nak terangkan...why?
Post a Comment