oleh Digadong One
Saya amat terkilan sehingga kini,nampaknya semacam rasa tidak puas hati pun ada juga di rasai. Kenapa tidaknya pemimpin Pemuda UMNO selaku Ketua Pemuda UMNO sdra Khairy Jamaluddin sangat kurang diberikan liputan media perdana. Ini berbanding dengan Ketua Wanita UMNO Yang Berbahagia Datuk Shahrizat sendiri.
Pada saya sdra Khairy selaku wakil rakyat,ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sangat perlu diberikan perhatian sewajarnya segala aktiviti dan program yang dihadiri beliau wajar diberikan liputan dan tempat sebaik mungkin di arus perdana.
Beliau adalah wakil Pemuda untuk generasi masa mendatang bukan saja untuk negeri-negeri di semenanjung malah untuk anak-anak kami di negeri Sabah dan Sarawak memahami dan mengetahui era kepimpinan beliau dewasa ini.Generasi muda di Bumi Bawah Bayu ini sangat berterima kasih di atas kepimpinan Pemuda UMNO yang banyak menyediakan aktiviti dan program yang berkaitan kehendak dan keperluan golongan muda khususnya pendidikan dan keusahawanan.
Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya,Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan pembacaan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.
Adalah amat janggal jika media perdana tidak nampak ini semua!.Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu,sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri.
Rakyat Jelata tidak kira golongan muda atau tua sangat bersedia untuk melihat perkembangan dan perjalanan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia ini di kaca TV.Siapa yang tidak sayangkan UMNO,pemuda jugalah yang bersedia sebagai pendekar yang mempertahankannya.Kita di Sabah tahu Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam...
Comments
13 comments to "Kenapa Chief Khairy Kurang Pendedahan Media Perdana ?"kerana khairi didapati rasuah dalam umno tapi tidak diambil tindakan tegas cuma amaran biasa. kami rakyat bawahan mendengar rasa tidak puas hati rakyat di akar umbi mengenai hal ini.
Dia ni perasuah, macamana kita bebudak muda nak hormat dia sebagi idola, kami tak nampak apa pun dalam diri dia..
Kami suka Razali, dia seorang melayu dan bukan mamak macam si KJ ni
xsuke mamak
kj liabliti..lagi banyak pendedahan..lagi telungkup UMNO
khairy senyap UMNO selamat
SATU artikel yang bodoh ...sudah tahu bertanya juga !
KJ menang ketua pemuda kerana RASUAH.. aku ulang kerana RASUAH.
Kamu ingat kami rela pemimpin kami dari kalangan perasuah ? ..no way..
we love UMNO lebih dari pemimpinnya. Pemimpin korup mesti pergi dengan hinanya.
TAHU apa natijahnya kalau muka KJ keluar suratkhabar. Rakyat malaysia (kecuali penjilat KJ) akan koyak ataupun langkau mukasurat tersebut..maknanya tak mau baca laa..tengok muka pun boleh mendatangkan MARAH..
kalau keluar TV..LAGI PARAH..bertambah bencilah rakyat..kesannya UMNO lingkup ..PRU13 ..garenti kalah..
KJ buat terlalu banyak kesilapan. Masa bapak mentua dia memerintah, habih diganyang negara ini.JANGAN ingat rakyat BODOH...come on KJ..
LU sendiri tanya apa DOSA DOSA u pada rakyat malaysia...
khairy kecoh UMNO lingkup
Siapa nak duit banyak...
Sila sokong Khairy....
dah tahu rakyat tak suka kenapa ahli pemuda UMNO semua bongok bangang pilih khairy ni???
pasal seronok dapat duit kan.. korang tengok EXCO PEMUDA di tawau tu apa nama GASING tak salah aku..sampai sekarang tak ada buat apa-apa pun perubahan di TAWAU tu.. di tawau pun tak ada perubahan macam mana nak bangunkan NEGARA dan UMAT ISLAM??
sekarang padan muka pemuda UMNO.. mujur ramai yang setia kerana Razali dan Mukhriz..
Alhamdulillah UMNO semakin suci..tanpa bapak mertua Khairy....
yang selama ini tidak mengaku kesalahannya....
Ibarat pepatah Melayu, Kemana Kuah Kalo Tak Tumpah Ke Nasi...
Seperti bapak mertuanya...khairy juga mempunyai kebolehan yang sama...mengarut ntah aper2....sebab tu tak masuk media....kalo masuk pun Youtube...pasal upload sendiri......
Saya adalah Ahli Pemuda UMNO Cawangan Rembau..tp sebanarnya kekuatan Pemuda UMNO bukan lah pada KJ...tolong betulkan ayat saudara....
Kekuatan Pemuda UMNO terletak pada Pemuda Melayu Malaysia!!!!
Undur,undur, Undur KJ
KJ kurang pendedahan kerana pergi menunaikan haji di Mekah ..
tak kan nak pi buat haji, wartawan dok tanya isu politik lagi kat sana kot ..
Mendedahkan KJ akan hanya mendedahkan liabiliti UMNO.
Undurlah KJ. Perkhidmatan mu tidak dikehendaki.
ZAMAN PAK MERTUA DULU ARI2 KELUAR TV.. KETUA PEMUDA KETIKA ITU HISHAPMUDIN 'AMARAN' DI KETEPIKAN AJO.. KINI SELAMANYA MUKA DIA DI BONCI DEK RAKYAT.. SAMA PAK MERTUA DIA ORG MELUAT MENYAMPAH...ZZZZZZZZZZZZ
dari : syed juburi
Wow ramainya peminat KJ kat sini, he he he, inilah hakikatnya, sesuatu yang bermula dengan tidak baik maka pengakhirannya juga tidak baik jadinya!
Post a Comment