CHANNEL UMB

Aktiviti UMBPP Bahagian Nibong Tebal.

Sunday, January 31, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:






Lanjutan dari Retreat Unit Media Baru UMNO Pulau Pinang yang dihadiri pada minggu lepas, Unit Media Baru PPUBNT telah menyahut saranan UMB Negeri dengan memperluaskan lagi penggunaan UMB di peringkat Bahagian dan cawangan.Kelas ini telah diadakan di Medan Info Desa, Sungai Chenaam, Sungai Acheh.

Sebagai langkah permulaan, pihak kami telah menganjurkan Kelas Asas UMB yang memfokuskan kepada penyertaan AJK PPUBNT dan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di dalam Bahagian Nibong Tebal. Pihak kami menumpukan kepada peserta-peserta yang sememangnya kurang terdedah dalam asas UMB ini. Sebagai permulaan, 20 peserta yang hadir ditunjukkan asas mempunyai akaun facebook dan penerangan secara teori dalam blog.

InsyaAllah, dari masa ke semasa UMB PPUBNT akan terus menganjurkan kelas-kelas seumpama ini bukan hanya kepada pemuda sahaja, namun akan meliputi sayap-sayap lain serta bahagian dan cawangan juga bagi memperluaskan kefahaman dunia UMB ini serta keperluannya seiring dengan kemajuan teknologi maya masa kini.


p/s: Tahniah daripada Dr Novandri (Pengerusi UMB Negeri Pulau Pinang)

Comments

0 comments to "Aktiviti UMBPP Bahagian Nibong Tebal."