CHANNEL UMB

Ingat Kak Wan. CCTV ada..

Saturday, January 30, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

oleh The Unspinners

Wan Azizah Nama Pertama Senarai Saksi Alibi Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis Jumaat.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R.Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu.

Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lepas untuk memberi kenyataan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Baca seterusnya sini.
Ini kes dah lama Kak Wan. Bolehkah ingat?

Masa lepas berlaku pun Kak Wan tidak ingat. Ingat tidak kata berikut:

Mana Kak Wan? Dia bermesyuarat atau dia bersama kami? Oppps ... soalan tidak berkaitan.

Ingat Kak Wan. CCTV ada ....

Comments

1 comments to "Ingat Kak Wan. CCTV ada.."
  1. tak dpt nak membayangkan kalau jadi mangsa liwat..agak2nya mungkin mengelupur mcm anak penyu nak berlari ke laut..