CHANNEL UMB

ALLAHUAKHBAR-PAS Menyokong Pihak Gereja Kristian Bagi Mengunakan Kalimah Allah???

Monday, January 4, 2010 by pisau · 0 comments
Filed under:

Oleh papagomo



Stephanie March
The Malaysian Islamic Party (PAS) says it supports the Catholic Church's fight to overturn a government ban on the use of the term 'Allah' to describe God in Christian texts.

Malaysia's high court is due to rule on the issue at the end of this month, ending a two year legal battle.

The government says the use of the word could insult and enrage Muslims and lead to public disorder.

Zulfikar Ahmad from Islamic Party PAS says the Church has a constitutional right to use the term, and it is not forbidden in the Koran.

"I personally believe and PAS as well believe the way forward for a mutually respecting religious relationship, especially in a plural, multi-racial and multicultural society like Malaysia is not to deny outrightly the right of others to use the name of Allah."


PAS menyokong penggunaan nama Allah? Apakah benar sebagaimana Web The Herald milik pihak Gereja Kristian ini nyatakan? Apakah ahli PAS dan Pimpinan PAS benar benar menyokong pengunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja?

Gomo yakin bukan semua ahli dan pimpinan PAS yang menyokong akhbar The Herald milik GEREJA yang menggunakan Kalimah Allah. Web The Herald menyatakan PAS menyokong penuh akan perjuangan mereka dalam menggunakan nama Allah ini walhalkan ada juga pimpinan PAS yang mengkritik apa yang pihak Gereja lakukan ini.

Ustaz Nasharuddin, Ustaz Haron Din dan ramai lagi di dalam PAS yang menentang apa yang pihak Gereja ini perjuangkan. Jadi bagaimana pula web The Herald ini mengeluarkan artikel yang menyatakan dengan jelas PAS menyokong mereka? Web PAS pula menyatakan tidak menyokong pihak GEREJA (Klik Di Sini)

Tidak dapat di nafikan, Khalid Samad melalui Anwar Ibrahim sememangnya menyokong penggunaan kalimah Allah ini di gunakan oleh pihak Gereja. Cuma Gomo agak terkejut dengan kenyataan Nik Ajis yang mana turut sama bersetuju dalam penggunaan kalimah Allah ini. Apa sudah jadi?

Ustaz Nasharuddin dan Ustaz Haron Din membantah, tapi Nik Ajis dan Khalid menyokong sepenuhnya apa yang pihak Gereja ini perjuangkan. Web The Herald menyatakan PAS menyokong! Apakah ini juga di politikkan oleh pimpinan PAS?

Gomo MENCABAR kepada pihak PAS terutama pemimpin mereka agar membuat laporan Polis jika benar PAS tidak menyokong apa yang pihak Gereja Kristian ini nyatakan dalam web nya. Jika PAS berdiam diri bermakna PAS sememangnya bersetuju dengan apa yang pihak Gereja Kristian ini nyatakan.

Isu Kalimah Allah ini janganlah di politikkan oleh pimpinan PAS. Jika hal sebegini pun PAS mempolitikkan dalam meraih undi apatah pula yang akan di jadikan modal dalam meraih undi Kafir selepas ini. Ini pekara bukan boleh di bawa main main. ianya soal AKIDAH kita semua umat Islam.



Gomo harap tampa mengira fahaman politik sama ada UMNO, PAS dan PKR yang mana Islam agamanya bersatulah dalam mempertahankan kalimah Allah ini. Kita harus sedar akan agenda tersembunyi yang mereka pihak Gereja Kristian ini lakukan dan akan lakukan sebaik sahaja kalimah Allah mereka gunakan. (Klik Di Sini Artikel Niat Sulit Gereja Kristian) Jangan sehingga anak cucu cicit kita melihat gambar Seseorang dan mengatakan inilah Allah. Ianya tidak mustahil terjadi jika kita yang merelakannya.

Gomo menunggu jawapan dari pihak PAS berhubung artikel pihak Gereja Kristian ini. Jika PAS benar dalam menentang penggunaan kalimah Allah maka buat lah satu laporan POLIS dan SAMAN lah pihak Gereja ini kerana telah menyebarkan Fitnah terhadap PAS. Kami di dalam umno juga akan turut bersama PAS jika benar PAS telah di Fitnah oleh pihak Gereja ini.

Semoga kita bersatu walau apa sekalipun dalam mempertahankan Islam, Bangsa dan Tanah Air ini dari di timpa Bala Bencana. Sesungguhnya Allah mengasihi umat nya tampa mengira pemahaman Politik!

Artikel PANAS:
Lagi Demonstrasi Akan Berlaku-TAIPINGMALI
Video Ekslusif Ustaz Nasha- G.A.P.
Kalimah Allah Pandangan Pensyarah-PENGHUNI GUA
Demo Bantahan Umat Islam-PISAU

Psssttt....Gomo masih menunggu kenyataan Tantawi ketua pemuda PAS. Jika di Bagan Pinang seruan Jihad di katakan oleh nya untuk menyerang umno. Apa dalam isu kalimah Allah takda seruan JIHAD ke?

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


Comments

0 comments to "ALLAHUAKHBAR-PAS Menyokong Pihak Gereja Kristian Bagi Mengunakan Kalimah Allah???"