CHANNEL UMB

Azam Tahun Baru : Pemuda PAS Larikan Anak Orang, Pemuda Keadilan Larikan Dadah.

Friday, January 1, 2010 by pisau · 0 comments


oleh Dr Novandri Hasan Basri

Kita belum lagi selesai isu pemimpin Pemuda PAS yang melarikan anak dara orang dan melanggar perintah Mahkamah Syariah.

Yang memalukan ialah pemimpin tersebut begitu cepat menarik diri dari jawatan beliau di dalam Pemuda PAS kononnya tidak mahu menjatuhkan nama parti PAS walhal segala 'aktiviti' yang tidak sah dari segi hukum Islam itu dilakukan semasa beliau menjawat jawatan di dalam parti!

Beliau merupakan pemimpin muda parti PAS ketika bersekedudukan dengan wanita tersebut. Yang lebih memalukan ialah insiden keluarga wanita tersebut yang mengepung rumah pemimpin muda PAS itu dan 'kecekapan' segerombolan ahli-ahli PAS yang berjaya membawa pemimpin PAS dan wanita tersebut dari rumah tersebut.

'Cekap' sungguh pemimpin-pemimpin PAS hari ini!

Yang terbaru ialah timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.

Jangkaan penulis tepat apabila mengatakan bahawa sayap Pemuda Keadilan dan PAS tidak mendapat tempat dan senang diperlekeh-lekehkan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Kita juga tentu ingat satu demonstrasi yang diketuai oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar yang 'mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demonstrasi tersebut jelas menunjukkan bahawa Ketua Pemuda Angkatan Muda PKR itu mahu kes liwat Anwar Ibrahim dibicarakan!

Realitinya, kenyataan 'Hero' muda ini bercanggah dengan usaha 'love' beliau iaitu Anwar Ibrahim yang mahukan beliau tidak dibicarakan dan perbicaraan kes liwat itu ditutup. Klik di sini.

Dimanakah agaknya si Ketua AMK sekarang?

Comments

0 comments to "Azam Tahun Baru : Pemuda PAS Larikan Anak Orang, Pemuda Keadilan Larikan Dadah."