KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.
Pampasan yang diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussin itu, dipercayai antara yang terbesar pernah diputuskan bagi kes saman sivil di negara ini.
Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000.
Syarikat berkenaan, Timbermine Sdn Bhd, menyaman kerajaan Kelantan pada 2004 kerana menghalangnya daripada menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan yang diluluskan.
BHarian
Doa BALA yang dipinta oleh Nik Aziz, isu BALAK pula yang muncul di Kelantan !
Kes ini telah menunjukkan kelemahan pentadbiran negeri dibawah kepimpinan Nik Aziz apabila terpaksa membazirkan wang rakyat bagi membayar pampasan yang tinggi tersebut.
Mungkin ini adalah diantara sebab utama pihak Pas beria-ia benar untuk mendapatkan wang royalti minyak dari pada kerajaan pusat. Hasil dari wang royalti tersebut bolehlah digunakan oleh mereka2 ini untuk melangsaikan segala hutang2 yang membebani kerajaan negeri Pas Kelantan.
800 juta adalah merupakan satu jumlah yang amat tinggi bagi sesebuah negeri yang agak ketinggalan dari segi ekonomi dan juga pembangunan seperti Kelantan. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pas tidak menjalankan pentadbiran ekonomi melalui pembalakan dengan bijak.
Diharapkan kes ini dapat membuka mata rakyat negeri Kelantan didalam menilai perjalanan menguruskan sumber hasil bumi yang menjana ekonomi negeri itu. Rakyat Kelantan harus menyedari bahawa ketidak cekapan pentadbiran Pas negeri telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi dan juga dana yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan psarana di negeri tersebut.
Kelantan selama dibawah pentadbiran Pas telah ketinggalan jauh dari segala aspek jika dibandingkan dengan negeri2 lain di negara ini. Pampasan yang diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussin itu, dipercayai antara yang terbesar pernah diputuskan bagi kes saman sivil di negara ini, akan membuatkan Kelantan akan semakin ketinggalan.
Apakah rakyat Kelantan masih mahu bergelumang didalam kemunduran dan juga kemiskinan dibawah pemerintahan tak cekap Nik Aziz dan juga Pas?
Hasil bumi Kelantan semakin susut dibolot oleh politikus2 haprak Pas untuk kepentingan peribadi. Manakala rakyat Kelantan yang sepatutnya mewah kerana sumber ekonomi balak yang dikurniakan Allah pula terpaksa merana akibat kedunguan pemimpin2 kerajaan negeri Pas Kelantan.
Apakah rakyat Kelantan yang memilih Pas untuk memegang tampuk pemerintahan negeri hanya taksub dengan janji2 syurga/pahala tanpa memikirkan kesenangan hidup didunia?
Mungkin sudah tiba masanya rakyat negeri Kelantan memikirkan untuk beralih kepimpinan dari Pas kerana terbukti sejak sekian lama, Pas tak mampu memakmurkan negeri Kelantan.
Daripada Saidina Anas Bin Malik r.h, telah bersabda Baginda Nabi Saw yang bermaksud:
"Bukanlah sebaik-baik kamu yang meninggalkan dunia untuk akhiratnya dan akhirat untuk dunianya sehingga dia mendapat semua dari kedua-duanya. Sesungguhnya dunia ialah jalan menuju akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban tanggungan ke atas manusia".
- hadith riwayat Ibnu A'sakir -
Comments
4 comments to "Patutlah Pas Kelantan meroyan pasal wang ehsan..."Salam Tun, inilah gambaran sebenar yang tersembunyi disebalik jubah dan serban tok guru......... menjelang tahun 2010 gerhana PAS akan lebih menyerlahkan kepmungkaran pemimpin-pemimpinnya..... InsyaAllah.
Cakap dengan oghe pas..hutang wajib dibayar walau tak dituntut
Sahabat,
Pas semakin lemah di Kelantan.
Tapi yang betul-betul lemah ialah Nik Aziz, yang sedang menentang badai, menentang takdir, menentang hukum alam...
Dia seorang yang gagal meletakkan diri di tempat sewajarnya.
Dia over confiden dengan dirinya, memandang rendah semua orang dan merasa dirinya di suatu tempat yang khas.
Kerana berasa diri sebagai mahaguru, dia tak mahu belajar apa-apa lagi dan tak mahu mendengar sesiapa.
Insylh, Hukum Tuhan akan sampai.
sekarang nik najis situa kutuk bangsat dah tak pegang KUNCI SYURGA ...... sekarang situa kutuk bangsat tu dah tukar kunci ....... KUNCI NERAKA ... ngiat ingsong mata kaji semar ngiseng
Post a Comment