oleh des
Friday, January 8, 2010
Ingatkan kes rempit Nizar boleh le slow kan sikit isu Kalimah Allah ni, rupanya tidak. Kes Nizar hanya kes rempit biasa seperti mana-mana kes-kes pemandu mabuk yang lain.
Isu kalimah Allah ini semakin panas perdebatannya di dalam alam internet ini walaupun telah dinasihatkan beberapa kali oleh pemimpin atasan untuk tidak menghangatkan lagi suasananya.
Yang amat menghairankan, isu-isu ini banyak ditulis oleh blogger-blogger pro pembangkang. Tidak pasti sama ada mereka menyokong penuh pihak kristian untuk menggunakan kalimah Allah atau pun tidak kerana penulisan mereka kebanyakkannya memburukkan UMNO.
Salahkah UMNO bising dan membangkang pihak keputusan yang kontroversi ini? Penulis-penulis tersebut banyak membuat perbandingan dengan beberapa keputusan UMNO sebelum-sebelum ini yang kononnya bercanggah dengan agama. Maka, UMNO pada mata mereka tidak layaklah untuk mempersoalkan isu kalimah Allah ini.
Persoalannya sekarang, mereka-mereka yang menulis mengenai hal seperti ini berada di pihak yang mana? Kalau benar pun UMNO ada buat keputusan yang tidak betul, itu bukan menggambarkan keputusan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Masalah yang timbul sekarang adalah permasalahan akidah umat Islam. Kalau ada segelintir pemimpin UMNO yang bangang dengan agama, lantak la dengan dia. Biar dia jawab dengan Allah dengan apa yang dipertanggungjawabkan ke atas dia.
Bukan semua ahli UMNO yang jahil tentang agama. Bukan semua ahli PAS yang bagus dan bijak dengan hal agama. Tetapi apa yang nyata, masing-masing berpegang kepada akidah yang satu. Masing-masing bersolat berkiblatkan kaabah. Masing-masing bersolat dan memohon kepada Allah yang satu.
Cuba buat satu penulisan yang membina macam lawyer sorang ni. Buat apalah nak dikorek-korek perihal keburukan UMNO kemudiannya mengutuk tindakan UMNO mempertahankan kalimah Allah. Bukankah kita satu agama, dan sedarkah agama kita sekarang semakin terancam.
Tidak takutkah anak-anak kita yang masih kecil dan akan membesar dengan suasana yang penuh dengan kekeliruan mengenai akidah. Nauzubillah!
Sudah-sudahlah dengan penulisan yang tidak berfaedah. Cubalah cari fakta-fakta penting yang dapat mendorong keputusan mahkamah tersebut di batalkan. Tak dapat nak dibayangkan bagaimana pula reaksi penulis-penulis jenis ini jika keputusan mahkamah tersebut kekal.
Adakah mereka akan gembira atau terus menyalahkan UMNO?

Comments
5 comments to "BERDOSAKAH UMNO MEMPERTIKAIKAN ISU KALIMAH ALLAH INI?"UMNO harus sedar diri...
Dgn situasi sekarang ni, UMNO memang kurang layak...
Salam Bro, kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......
Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....
semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........
Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...
Anon 5:49.
Kalau UMNO kurang layak, nak harapkan siapa? PKR dah setuju, mmg tak akan pertahankan, PAS belit2, ala2 atas pagar, tak berani pertahankan.... So nak harap siapa lagi???
Seperti kata Yang Gambi, jika matlamat PR menyokong penggunaan perkataan ALLAH semata-mata hendak menghadapi pilihanraya Sarawak, amat mendukacitakan kita kerana hanya untuk sekelumit kuasa, mereka sanggup menggadai Akidah...
Salam,
Kalau bukan UMNO siapa lagi?...harap Parti Islam PAS? atau Parti Liberal Islam PKR?...fikirlah!. UMNO tetap bela Melayu dan Islam di negara ini.
Tak payah risau,kes ni takkan melarat selagi UMNO ada.
Post a Comment