CHANNEL UMB

Demi Perpaduan, Orang Kristian Malaysia diharap Jangan Bertindakbalas

Thursday, January 14, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


oleh Hilbert


Apa yang dikhuatiri saya selaku rakyat biasa selama ini tentang hubungan kaum dan agama di negara ini kini seolah-olah semakin menuju kearah yang sangat sukar. Pembentukan negara Malaysia, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan negara yang dikecapi hasil usaha pemimpin Malaysia yang terdahulu langsung tidak dihargai oleh segelintir generasi berbagai kaum di negara ini.


Sepatutnya apabila negara Malaysia telah memasuki usia kemerdekaannya melebihi 52 tahun iaitu satu usia yang sudah matang, maka sewajarnya rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di negara ini juga sudah boleh menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain.


Tetapi malang sekali apabila keadaan itu tidak terjadi malah lebih teruk lagi apabila terdapat sesetengah mereka yang bergelar sebagai pemimpin seringkali memainkan sentimen-sentimen sensitif yang sepatutnya harus dihindari daripada menyebabkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.


Insiden membakar 3 Gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi sedikit sebanyak telah melonggarkan ikatan yang telah terjalin walaupun tidak semesra mana selama ini diantara penganut Kristian dengan penganut agama lain dinegara ini mula semakin bergolak. Puncanya semua pihak sudah sedia maklum. Jika pihak minoriti memahami serta menghormati hak pihak majoriti di negara ini, saya percaya setiap perbalahan akan menjadi mudah untuk diselesaikan.


Berhubung dengan kejadian tersebut, adalah besar harapan saya agar rakan-rakan Kristian saya di Malaysia bertenang dan tidak usah bertindakbalas. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Yang penting jangan menuduh mana pihak yang melakukan perkara itu sehingga pihak polis berjaya mengesan mereka yang bertanggungjawab.


Kita tidak boleh menuduh sebarangan kerana dalam keadaan yang bercelaru saat ini segala kemungkinan pasti akan berlaku dan mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan didalam situasi berlaku seperti sekarang untuk melakukannya.


Beri kerjasama kepada pihak berkuasa serta sentiasa patuh kepada seruan kerajaan supaya kita sama-sama dengan masyarakat lain di Malaysia untuk memelihara keamanan demi kesejahteraan kita semua.


Kepada ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Rev. Father Murphy Parkiam saya sebagai sebahagian daripada penganut Katolik di negara ini sangat berharap agar beliau boleh kembali memikir serta mengkaji semula apa yang sedang beliau serta pihak Catholic Herald Tribune perjuangkan di Mahkamah ketika ini demi perpaduan bangsa-bangsa di negara ini. Terima kasih.


* Hilbert adalah blogger prolifik pro Kerajaan yang menganut agama Kristian Roman Katolik dan berasal dari Sarawak.

Comments

1 comments to "Demi Perpaduan, Orang Kristian Malaysia diharap Jangan Bertindakbalas"
  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN amat terpegun dan meminati penghasilan blog anda yang amat berani mengutarakan isu2 berkaitan politik tanah air..

    Semoga kita dapat bekerjasama dalam menjawab segala dakyah dan fitnah pembangkang.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Ketua Pemuda UMNO Cawangan kami, En. Mohd Radzi Omar turut menyampaikan Salam Kasih buat anda.

    Kami juga telah link blog anda di blog kami.

    SEKIAN,

    CREW EDITOR BLOG,
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.