CHANNEL UMB

Showing posts with label Anwar Bengong. Show all posts
Showing posts with label Anwar Bengong. Show all posts

Anwar 8 Najib 1

Tuesday, May 4, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:

oleh Paneh Miang

1. Kononnya ramai orang (padahal "ramai orang" itu hanya pembangkang) mempersoalkan kaitan kerajaan dengan APCO Worldwide.

2. Walaupun pelbagai penjelasan telah diberikan kerajaan, malah APCO Worldwide sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertubuhan mereka tidak terlibat dengan Israel, namun begitu ramai penjilat Al-Jub yang masih suka mempersoalkan itu dan ini.

3. Biasalah...Bro CIFUT tu memang mahir dalam bab Creative Destruction Strategy. Siapalah yang jadi sifu si CIFUT tu agaknya.

4. Kami nak ajak pembaca Paneh Miang untuk buat perbandingan siapa yang lebih banyak dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi di seluruh dunia antara Bro Anwar dengan Mohd Najib. Kita tengok siapa yang kena...


5. Maka jelaslah yang Bro Anwar Bin Ibrahim jauh mendahului Mohd Najib dengan 8 berbalas 1. Itu hanya senarai pertubuhan Yahudi yang kita tahu...yang kita tak tahu entah berapa banyak lagi?

6. Harus diingat bahawa Bro Anwar Bin Ibrahim selama ini TIDAK PERNAH cuba untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada penyokongnya sendiri, akan kaitan dirinya dengan pelbagai pertubuhan milik Yahudi.

7. Malah dalam kenyataannya pada 1998, Bro CIFUT mengakui bahawa James Wolfensohn, Madeline Albright, Al-Gore, W. S. Cohen yang kesemuanya Yahudi adalah antara sahabat dan kenalan baiknya.

8. Jika Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri GAGAL menjelaskan kaitan dirinya dengan pelbagai pertubuhan milik Yahudi, mengapa pulak dia nak kecoh suruh orang lain jelaskan?

9. Kata dulang paku serpih...

Double Standard, Nik Aziz Ulamak Jenis Apa?

Sunday, February 28, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,



oleh Daniel Arif

Video di atas adalah rakaman peristiwa bersejarah ketika isu kes liwat 2 Anwar Ibrahim mula timbul pada tahun 2008 lalu iaitu ketika sebelum Saiful Bukhari melafazkan sumpah laknat.

Pada ketika Nik Aziz menggesa kedua-dua pihak yang terlibat di dalam kes liwat 2 itu untuk bermubahalah atau bersumpah.

Tidak lama selepas itu, Saiful Bukhari mengambil keputusan untuk melafazkan sumpah di Masjid Jalan Duta dan selepas itu pula Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa sumpah yang dilakukan Saiful tidak mengikut cara Islam.

Persoalannya sekarang, Nik Aziz hanya mengkritik Saiful Bukhari tetapi tidak mengulas langsung mengenai satu pihak lagi yang tidak melakukan sumpah dan juga memberi pelbagai alasan iaitu Anwar Ibrahim.

Disebabkan itu ramai yang melihat kenyataan Nik Aziz mengenai sumpah ini semata-mata hanya bertujuan politik iaitu pada satu ketika menyuruh bermubahalah dan pada satu ketika mendiamkan mulut serta tidak menggesa Anwar Ibrahim untuk bersumpah.

Inilah ciri-ciri pemimpin politik flip-flop yang hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Pelik, dahulu suruh bersumpah selepas itu apabila Saiful Bukhari bersumbah. Kritik pula Saiful Bukhari dan tidak menggesa langsung untuk Anwar Ibrahim bersumpah.

Nik Aziz ini ulamak jenis apa?

Kenapa double standard kepada Saiful Bukhari?

Beranikah Blogger Pakatan Rakyat Kritik Anwar Ibrahim Yang Menyokong Kamal Atartuk?

Friday, February 26, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,




oleh Daniel Arif

Semalam Daniel terbaca di blog Ruang Bicara Pria Malaya. Beliau menulis mengenai kononnya Utusan Malaysia mengiktiraf Mustafa Kamal Atartuk di dalam satu rencana yang disiarkan oleh akhbar itu. Kerana seperti sengaja mahu memburukkan Utusan beliau tulis pula semua keburukkan Mustafa Kamal Atartuk untuk menggambarkan Utusan terlampau bodoh untuk menggugat sensitiviti umat Islam. Boleh baca di sini.

Ada tiga perkara blogger itu terlepas pandang dalam menilai adakah benar-benar Utusan mengiktiraf Mustafa Kamal Attartuk.

Pertama, rencana itu bukannya ditulis oleh Utusan Malaysia tetapi dipetik daripada Bernama.

Kedua, akhbar itu menggunakan tajuk "Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki". Satu pertanyaan kepada blogger terlampau cerdik itu. Adakah perkataan yang ditulis 'bebaskan' sama maksudnya dengan perkataan bebaskan iaitu tanpa 2 penutup kurungan di atas?

Pada pendapat saya perkataan yang ditulis 'bebaskan' tidak membawa maksud perkataan bebaskan seperti apa yang kita faham tetapi ia membawa maksud lain yang merujuk kebebasan yang negatif.

Saya rasa ramai yang tahu dan bersependapat dengan saya mengenai perkara ini dan boleh disimpulkan tajuk "Kemal Ataturk 'bebaskan' wanita Turki" itu boleh membawa maksud Kamal Attartuk membawa kebebasan yang melampau dan tidak sepatutnya kepada wanita turki. Jadi apa masalahnya?

Jika dilihat kepada kandungan rencana itu pun, ia hanya bersifat melaporkan berita bukan mengiktiraf apa yang dibuat oleh Kamal Attartuk seperti yang dilaporkan oleh blog itu.

Ketiga, saya berasa bersyukur kerana ada juga blogger Pakatan Rakyat masih sensitif dengan apa yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Justeru itu saya mahu meminta beliau untuk menilai ucapan Anwar Ibrahim dalam video di atas yang terang-terang menyokong dan memuji dasar Sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attartuk.

Saya cabar blogger Ruang Bicara Pria Malaya untuk mengkritik kenyataan Anwar dalam video di atas dalam blog beliau. Jika beliau tidak mampu berbuat begitu. Saya faham beliau hanya mahu mencemarkan imej Utusan Malaysia dan bukan benar-benar ikhlas ingin menentang mereka yang mengiktiraf Mustafa Kamal Attartuk.

Ruang Bicara Pria Malaya adakah anda berani menerima cabaran ini?

Ingat Nik Aziz. Ramai Penyokong PAS Tak Percaya Anwar..

Tuesday, February 2, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under: ,


oleh Daniel Arif

Kehadiran Nik Aziz pada perbicaraan Anwar pada hari ini diyakini adalah semata-mata untuk mempengaruhi penyokong PAS untuk menyokong Anwar dalam kes liwat.

Untuk rekod ramai penyokong PAS dikatakan tidak meyakini yang Anwar tidak terlibat langsung dalam kes liwat terbaru beliau ini. Laporan terbaru blog ini juga pernah menyiarkan yang Haji Hadi lebih mempercayai Saiful Bukhari berbanding Anwar dan ini membuktikan pimpinan PAS turut tidak meyakini Anwar bukan hanya sekadar penyokong parti itu.

Justeru itu kehadiran Nik Aziz ini adalah semata-mata untuk menarik ramai penyokong PAS menghadiri perhimpunan membantah kes liwat ini tatkala Anwar Ibrahim sendiri hilang sokongan daripada penyokong parti beliau sendiri.

Untuk rekod perhimpunan dan demontrasi sebelum ini seperti Bersih, Anti ISA dan Bantahan PPSMI. Majoritinya dihadiri penyokong PAS yang ingin digunakan Anwar untuk menjayakan misi beliau tetapi di akhirnya PAS kurang mendapat publisti dan hanya Anwar yang sering mendapat populariti daripada perhimpunan-perhimpunan terbabit sedangkan penyokong-penyokong PAS yang bersusah-payah.

Beliau juga disebut ramai pihak tidak dapat menarik penyokong PKR untuk menyokong beliau di sebarang perhimpunan.

Penyokong PAS diharap jangan jadi bodoh!

Ingat Anwar. Shamsul tu Pengecut...

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,


oleh Kumbang

Kumbang mendapat maklumat yang serupa dengan apa yang dilaporkan oleh blog Parpukari dan Big Dog daripada rakan PKR Kumbang. Klik sini dan sini.

Ceritanya Anwar terpaksa menggunakan elemen simpati untuk mempengaruhi rakyat setelah kehabisan modal untuk berhadapan dengan lambakkan bukti nyata di mahkamah. Sebagai contoh kita boleh lihat di blog beliau bagaimana pemimpin Chameleon itu menulis terlampau panjang untuk memancing simpati penyokong yang mana masih menggunakan hujah dangkal dan penuh penipuan. Klik sini.

Amat malang sekali elemen simpati yang cuba untuk dilakukan Anwar kali ini adalah melibatkan pihak polis yang mana beliau akan mewujudkan rasa benci rakyat kepada penjaga keselamatan negara itu dengan menjalankan provokasi ke atas mereka.

Seperti tahun 1998 beliau akan cuba untuk menggambarkan beliau dan keluarga adalah mangsa kerakusan pihak polis dan kali ini mahu melibatkan sama penyokongnya bagi menambahkan impak bahawasanya pihak polis adalah benar-benar zalim.

Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan Anwar untuk memancing simpati dan memaksa rakyat untuk melupakan bukti-bukti sahih serta nyata yang akan ditunjukkan di mahkamah.

Tetapi dalam keghairahan Anwar untuk melakukan provokasi terhadap pihak polis.

Beliau terlupa seseuatu perkara iaitu tindakan beliau melantik Shamsul Iskandar sebagai field Commander untuk menjalankan provokasi terhadap pihak polis adalah sesuatu yang amat silap dan menunjukkan kebodohan beliau kerana sememangnya Shamsul Iskandar telah hilang sokongan ahli PKR kerana pro kepada Azmin dan ditambahkan lagi dengan fakta Ketua AMK itu adalah seorang pengecut dan gemar melarikan diri jika berhadapan dengan pihak polis tidak seperti Ketua AMK dahulu saudara Ezam Mohd Nor.

Perkara yang beliau gemar melarikan diri ini dibuktikan dengan yang beliau tidak pernah ditahan oleh pihak polis sepanjang hampir 12 tahun reformasi walaupun rakan-rakan beliau seringkali ditangkap dan ditahan kerana sudah menjadi rahsia umum beliau melarikan diri dahulu sebelum tangkapan dilakukan.

Jadi sudah dapat diteka jika berlaku perhimpunan pada hari ini dan provokasi dijalankan ramai penyokong PKR mungkin akan ditahan kerana itu tetapi saudara Shamsul pasti tidak akan ditahan kerana beliau akan melarikan diri terlebih dahulu dan membiarkan rakan-rakan beliau menjadi mangsa kepada kezaliman yang dirancang beliau sendiri.

Adakah anda sebodoh itu untuk menjadi mangsa Shamsul Iskandar yang senang-lenang menggemukkan badan sementara anda menjalani hukuman di penjara nanti?

Fikirkanlah sendiri. Adalah lebih baik untuk perbicaraan dijalankan secara aman. Jika Anwar tidak bersalah,sila buktikan.

Kenapa mahu menjalankan provokasi terhadap pihak polis yang pernah menjaga keselamatan anda sebagai pemimpin negara berbelas tahun tanpa belot?

Ingat Anwar. DNA ada..

Sunday, January 31, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


oleh Warisan 2057

MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada 29 Januari menolak rayuan DS Anwar Ibrahim mahu dokumen2 penting kes liwatnya untuk perbicaraan yang patut mula 2 Februari ini. Ini merupakan keputusan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang semakin muak dengan gelagat Anwar sekarang.

Pada 28 Januari pula, peguam Anwar memfailkan satu lagi rayuan di Mahkamah Tinggi agar perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Feb depan di tangguhkan. Alasannya mahkamah Rayuan belum panggil bicara untuk kes rayuan terhadap keputusan mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar untuk kesnya dibatalkan.

Begitulah ceritera Bangsawan yang takutkan bayang-bayangnya sendiri. Bangsawan yang takut menghadapi seorang anak muda yang pernah dia aniaya.

Tidak banyak yang diminta oleh anak muda ini. Dia minta cuma dia dibicarakan. Dia minta supaya dia diadili. Dia minta janganlah cakap orang Bangsawan sahaja yang didengar. Sedangkan cakap orang marhaen seperti anak muda ini langsung tidak di endahkan.

Adakah hari esok untuk golongan marhaen yang teraniaya di bumi Malaysia ini? Anak muda ini adalah lambang kerakusan Bangsawan yang tamak haloba, cuba menjadi raja dan tuhan kepada kelemahan marhaen.

Anak muda ini hanya bisa pasrah kepada Allah yang Maha Esa. Allah itu Maha Adil dan Maha Agung. KepadaNya juga tempat insan bergantung.

Memang benar kata pepatah, menjadi resam mentimun dengan durian - mengolek luka digolek pun luka. Adakah punya masa depan untuk mahkamah yang adil di Malaysia, apabila ia disalahgunakan oleh Bangsawan berkuasa, melakukan kezaliman kepada rakyat marhaen seperti anak muda Saiful ini ?

Saiful menyimpan seribu rahsia Bangsawan yang ingin menaiki takhta. Hanya dia sahaja yang tahu disebalik kehebatan Bangsawan berpidato hebat lagi dia bila sebilik bersama.

Ingat Anwar. DNA ada..

Ingat Kak Wan. CCTV ada..

Saturday, January 30, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

oleh The Unspinners

Wan Azizah Nama Pertama Senarai Saksi Alibi Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail adalah antara saksi alibi berhubung kes liwat membabitkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai tertuduh, kata polis Jumaat.

"Untuk makluman, nama Datuk Seri Wan Azizah adalah nama pertama dalam senarai antara 13 orang saksi alibi dalam notis alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan melalui peguam S.N Nair dan Partners," Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media bahawa R.Sivarasa, antara peguam kepada Anwar, tidak ingat nama Wan Azizah ada dikemukakan sebagai alibi dalam kes itu.

Wan Azizah dipanggil polis tiga hari lepas untuk memberi kenyataan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Baca seterusnya sini.
Ini kes dah lama Kak Wan. Bolehkah ingat?

Masa lepas berlaku pun Kak Wan tidak ingat. Ingat tidak kata berikut:

Mana Kak Wan? Dia bermesyuarat atau dia bersama kami? Oppps ... soalan tidak berkaitan.

Ingat Kak Wan. CCTV ada ....

Demi Perpaduan, Orang Kristian Malaysia diharap Jangan Bertindakbalas

Thursday, January 14, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


oleh Hilbert


Apa yang dikhuatiri saya selaku rakyat biasa selama ini tentang hubungan kaum dan agama di negara ini kini seolah-olah semakin menuju kearah yang sangat sukar. Pembentukan negara Malaysia, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan negara yang dikecapi hasil usaha pemimpin Malaysia yang terdahulu langsung tidak dihargai oleh segelintir generasi berbagai kaum di negara ini.


Sepatutnya apabila negara Malaysia telah memasuki usia kemerdekaannya melebihi 52 tahun iaitu satu usia yang sudah matang, maka sewajarnya rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di negara ini juga sudah boleh menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain.


Tetapi malang sekali apabila keadaan itu tidak terjadi malah lebih teruk lagi apabila terdapat sesetengah mereka yang bergelar sebagai pemimpin seringkali memainkan sentimen-sentimen sensitif yang sepatutnya harus dihindari daripada menyebabkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.


Insiden membakar 3 Gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi sedikit sebanyak telah melonggarkan ikatan yang telah terjalin walaupun tidak semesra mana selama ini diantara penganut Kristian dengan penganut agama lain dinegara ini mula semakin bergolak. Puncanya semua pihak sudah sedia maklum. Jika pihak minoriti memahami serta menghormati hak pihak majoriti di negara ini, saya percaya setiap perbalahan akan menjadi mudah untuk diselesaikan.


Berhubung dengan kejadian tersebut, adalah besar harapan saya agar rakan-rakan Kristian saya di Malaysia bertenang dan tidak usah bertindakbalas. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Yang penting jangan menuduh mana pihak yang melakukan perkara itu sehingga pihak polis berjaya mengesan mereka yang bertanggungjawab.


Kita tidak boleh menuduh sebarangan kerana dalam keadaan yang bercelaru saat ini segala kemungkinan pasti akan berlaku dan mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan didalam situasi berlaku seperti sekarang untuk melakukannya.


Beri kerjasama kepada pihak berkuasa serta sentiasa patuh kepada seruan kerajaan supaya kita sama-sama dengan masyarakat lain di Malaysia untuk memelihara keamanan demi kesejahteraan kita semua.


Kepada ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Rev. Father Murphy Parkiam saya sebagai sebahagian daripada penganut Katolik di negara ini sangat berharap agar beliau boleh kembali memikir serta mengkaji semula apa yang sedang beliau serta pihak Catholic Herald Tribune perjuangkan di Mahkamah ketika ini demi perpaduan bangsa-bangsa di negara ini. Terima kasih.


* Hilbert adalah blogger prolifik pro Kerajaan yang menganut agama Kristian Roman Katolik dan berasal dari Sarawak.

Kalimah Allah : Nik Aziz Ubah Pendirian, Anwar Bila Lagi?

Monday, January 4, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,



oleh Daniel Arif 


Kalau pembaca perasan dulu Nik Aziz kata lompat parti itu tidak salah dan apabila Ibrahim Ali tidak duduk di bawah Pakatan Rakyat dan PAS. Nik Aziz menukar pendirian kepada sebaliknya.

Begitu juga dengan isu kroni. Dulu kata semuanya salah. Tetapi apabila beliau melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK mala keluarlah pula bahawa kronisme ini diamalkan dalam Islam.

Terbaru Nik Aziz semalam menukar pendirian
yang dibuat hampir 10 bulan lepas bahawasanya orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi semalam beliau mengatakan orang bukan Islam tidak boleh pula menggunakan nama Allah kerana takut akan mengelirukan.

Baguslah Nik Aziz faham apa yang diperjuangkan oleh kita semua. Tetapi pertanyaan terlintas di hati saya. Adakah pernyataan yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah yang dibuat oleh beliau pada 10 bulan lepas itu berunsur politik?

Yalah, ketika itu berlangsung 3 pilihanraya kecil serentak dan undi bukan Islam amat diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Sekarang tiada pilihanraya kecil dan Nik Aziz boleh pula menukar pendirian beliau semata-mata mahu menarik sokongan terhadap beliau semula.


Tambah menarik lagi Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas juga menggunakan pernyataan Nik Aziz itu untuk menguatkan hujah beliau bagi membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Apakah pendirian Anwar Ibrahim selepas ini akan berubah seperti Nik Aziz tatkala bantahan penggunaan nama Allah ini semakin memuncak?

Jika pendirian beliau pun turut berubah berkadar masa. Maka benarlah anggapan saya yang pernyataan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas adalah berunsur politik dan semata-mata ingin menarik undi orang bukan Islam.

Akhirnya, saya mengucapkan syukur kerana Nik Aziz telah kembali rasional. Diharap janganlah lagi membuat kenyataan berunsur politik lagi dan mengelirukan umat Islam.



Anwar bila lagi akan menukar pendirian? Mungkin tidak kot, kerana beliau sibuk untuk menyelamatkan diri dalam perbicaraan kes liwat yang semakin hampir.

Isu Penggunaan Nama Allah : Bukti Anwar Atartuk Sokong Pluralisme

by pisau · 2 comments
Filed under: ,

oleh kumbang

Antara punca Kumbang mengalihkan sokongan dan menentang Anwar Ibrahim selain kes liwat adalah isu penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian di Malaysia. Perkara ini membuktikan sememangnya Anwar menggalakkan dan menyokong pluralisme agama serta sudah beralih kepada perjuangan Islam liberal naungan barat.

Beliau yang hanya sekadar berkelulusan ijazah sarjana muda bahasa melayu universiti malaya ini dengan sewenang-wenangnya membenarkan penggunaan nama Allah kepada penganut agama lain tanpa memikirkan kesan jangka panjang kelangsungan agama Islam di Malaysia.

Ulas beliau dalam satu kempen PKR di Lubok Antu,Batang Ai. Menjadi hak penganut agama lain untuk menggunakan nama Allah S.W.T dalam agama mereka dan beliau memberi jaminan PKR tidak menghalang perkara itu.

Semudah itu ijtihad Ulamak Islam liberal ini hanya berpandukan pandangan Mursyidul Am PAS.

Kenyataan beliau yang condong untuk menarik undi penganut agama khristian di Batang Ai memakan diri kerana PKR kalah pada pilihanraya itu.

Menurut beberapa rakan Kumbang yang beragama khristian dan berfahaman roman katolik. Ternyata perkara ini bukan isu kepada penganut Islam sahaja, menurut mereka penggunaan nama Allah dalam agama khristian dianggap mengarut kerana akan mengelirukan penganut-penganut agama mereka sendiri.

Jelas mereka, ini semua adalah dakyah yahudi yang ingin merosakkan agama mereka semenjak wujudnya mazhab kristian protestan. Perkara ini menurut mereka lagi adalah sebenarnya cubaan yahudi untuk mewujudkan pluralisme agama iaitu menganggap semua agama sama dan menjahanamkan semua agama di dunia sekaligus menjayakan agenda zionis mereka.

Jika ini pendapat orang kristian sendiri mengapa perkara ini boleh disokong membuta-tuli oleh pemimpin Islam bernama Anwar Ibrahim. Jika PKR benar-benar jujur kenapa tidak dilakukan kajian secara mendalam terhadap isu ini. Buat sahaja kajian rambang, adakah penganut kristian benar-benar suka terhadap perkara ini. Kumbang jamin ramai yang akan menentang.

Adakah Anwar Ibrahim hanya menjadi pak turut kepada pemimpin PKR yang menjadi penyokong setia beliau bernama Irene Fernandez?
Jika penganut agama kristian sendiri menentang, kenapa Anwar Ibrahim terus menyokong?
Adakah ini arahan dari Barat dan Yahudi?

Isu penggunaan nama Allah ini membuktikan ramai pemimpin Pakatan Rakyat sudah menyedari bahawa Anwar Ibrahim ternyata salah dalam membuat pendirian. Bagi mereka ini bukan isu politik tetapi ianya isu agama yang melangkau sempadan kepartian. Tergamak pencacai-pencacai Anwar yang menganggap isu ini sebagai jerat UMNO sedangkan menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankan agama.

Adakah Islamnya dan iman mereka hanya dengan mengikut telunjuk Anwar Ibrahim tanpa berfikir secara rasional?

Bayangkan jika UMNO yang menyokong penggunaan nama Allah oleh kristian ini maka keluarlah Anwar dengan segala macam hujah termasuk daripada Yusuf Qaradawi dan menjeritlah pencacai-pencacai beliau membantai lawan mereka itu. Kerana bagi Anwar dan pengikut beliau bukan agama menjadi ukuran tetapi disebabkan politik semuanya mesti ditentang.

Inilah perjuangan hak asasi dan politik menghalalkan cara yang menjadi amali mereka. Soal agama sudah menjadi nombor dua. Kuasa dan politik menjadi nombor satu.

Hanya seorang melayu Islam yang berani bersuara dalam PKR dan menentang pendirian Anwar Ibrahim ini iaitu Zulkifli Noordin. Pemimpin PAS seperti Harun Taib,Taib Azamuddin, Ustaz Nasa dan Idris Ahmad sudah menyuarakan penentangan mereka.

Yang tinggal menyokong pendirian Anwar ialah mereka yang masih takut kalah dalam pilihanraya dengan larinya undi cina seperti Khalid Samad dan beberapa rakan beliau yang lain.

Anwar ternyata tidak mahu melayan penentangan rakan-rakan beliau tentang isu penggunaan nama Allah ini malah beliau kini sibuk untuk merayu demi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau. Yang lain beliau pasti tidak akan peduli...

AGENDA BARU ANWAR-DEMONSTRASI LAGI

Sunday, January 3, 2010 by pisau · 0 comments
Filed under:



Anwar telah gagal dalam rancangan jahatnya untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor. Beliau hilang kepercayaan kepada Prof Dr Zainal yang juga bekas Adun BN satu ketika dahulu. Dr Zainal banyak mendiamkan diri dalam isu-isu Anwar dan ini menyebabkan ia perlu disingkirkan.

Terbaru dan dalam perancangan Anwar ialah untuk mengadakan satu lagi demontrasi besar-besaran di ibu negara untuk mencari sokongan rakyat bagi menyerahkan satu memorandum kepada YDP Agong supaya mengampunkan beliau dari segala kesalahan dan tuduhan terhadap dirinya. Ia berkait rapat dengan isu liwat yang akan dibicarakan dalam bulan ini.

Anwar terlalu takut dalam tuduhan liwat kali ini. AMK juga telah berusaha mengadakan satu demontrasi LOVE ANWAR di dua lokasi iaitu Permatang Pauh dan Shah Alam. Kedua-dua program tersebut telah tidak mendapat sambutan dan gagal.

Demontrasi yang bakal diadakan sebelum kes liwat disebut di mahkamah merupakan usaha terakhir Anwar sebelum disumbat di Sungai Buloh, Kajang, Taiping atau Batu Gajah.

Kepada sesiapa yang mendapat mesej untuk berdemontrasi dalam bulan ini , sila abaikan dan jangan tertipu dengan alasan yang bakal diberi. Jemputan tidak akan menyebut tujuan sebenarnya, kita tidak mahu ada rakyat yang dipelawa naik bas ke ibu negara untuk satu lawatan percuma dan dibayar wang saguhati. Jangan nanti bila dapat RM150 seorang, berebut-rebut untuk turut serta tanpa mengetahui cerita sebenarnya.
Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

Kalah Di Arena Cyber, Pencacai Anwar Godam Blog Pro Kerajaan

Thursday, December 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 10 comments
Filed under: ,



Semenjak kebelakangan ini blog pro kerajaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan..ini adalah satu perkara baik dalam menghebahkan kepincangan Pakatan Haprak yang baru sepenggal memerintah beberapa negeri di Semenanjung. Di Selangor, sumber dalaman memberitahu KGC bahawa Anwar telah membawa masuk 7 orang pakar dalam bidang IT dalam memantau dan juga melaksanakan beberapa sistem yang boleh dijadikan senjata dalam menangani hati rakyat. Ini adalah bukti sistem IT yang digunakan oleh AL-Juburi yang terbukti dihantar daripada negara Yahudi Amerika Syarikat.Beliau menggunakan sistem Email Blaster yang diselia oleh Election Email.




Ini adalah email yang dihantar terus ke Inbox kita.





 
Dibawah email tersebut dinyatakan email dihantar daripada Pejabat AL_Juburi di Petaling Jaya tetapi cuba korang subscribe di laman web Election email. Sistem ini hanya boleh diguna pakai oleh parti2 politik di US sahaja.Persoalan sekarang..bagaimana AL-Juburi ini boleh menggunakan sistem ini.

Aku yakin beberapa kes blog prokerajaan di godam didalangi oleh mereka-mereka ini selepas mendapat arahan daripada AL-Juburi.Tidak boleh dinafikan bahawa blog prokerajaan akan terus digodam apabila PRU ke 13 bakal menjelang..Mereka menggunakan strategi melaga-lagakan di antara blogger prokerajaan dalam memastikan nama mereka bersih daripada sebarang kesalahan.Blog yang menjadi mangsa ialah blog analisisringan.blogspot.com yang dikendalikan oleh Kumbang dijadikan sebagai tapak dalam mengerakkan strategi mereka ini.Aku suka mengingatkan rakan blogger terutama di Selangor supaya lebih berhati-hati.

Kita sebagai blogger prokerajaan tidak harus mendiamkan diri dalam memastikan peperangan alam siber ini nanti dikuasai oleh mereka.Kepada mereka yang pakar dalam bidang IT, bangkitlah membantu mereka yang teraniaya ini. Aku seru rakan-rakan didalam IT hubungi teman2 kita yang teraniaya bantu mereka dan sama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara

Bala : Penyelamat Politik Anwar Hanya Sampah Dalam PDRM

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,



oleh Tokey Garam

TG terkejut apabila nama P.I Bala tiba-tiba muncul setelah hampir setahun dia bersembunyi daripada perhatian umum. TG tidaklah kangen tetapi rasanya agak kaget kerana sebelum itu Anwar sudah mengisytiharkan perang terhadap Najib. Usaha pertamanya adalah dengan menerbitkan video pengakuan Bala yang disiarkan melalui blog Raja Petra, Raja munafik yang tiada jajahan cuma hebat dalam menjajah minda menabur fitnah.

Jika diteliti plot drama Bala muncul seiring dengan usaha terdesak Anwar yang cuba untuk mengalih perhatian rakyat daripada meneliti perbicaraan sodominya. Masih teringat betapa pengakuan P.I Bala dalam akuan bersumpah yang dipertikaikan menampakkan karektor Bala daripada dulu sampai penglibatannya dalam kes Altantuya, P.I Bala diragui..!

Mengikut maklumat yang TG dapat secara kasarnya, rekod Bala dalam PDRM boleh dianggap sampah dengan pelbagai masalah disiplin dan intergritinya diragui sebagai kaki ponteng dan malas bekerja. Apakah tempoh kerja hampir 16 tahun dengan pangkat Lans Koperal, Bala boleh menjadi penyiasat yang disegani..? Itu belum didedahkan pelbagai lagi kesalahan tatatertib seperti jenayah ugut yang pernah dilakukannya. Dalam PDRM jika seseorang itu tidak dinaikkan pangkat walaupun sudah hampir 20 tahun bertugas bermakna dia sangat tidak berdisplin.

Kewibawaan Bala sangat diragui, daripada betugas di hutan (PPH) hingga menjadi Polis bandar (G.D) pekerjaannya amat membosankan. Untuk itu, Bala memohon untuk memasuki Cawangan Khas (SB) itupun setelah pelbagai rekod buruk dikumpul Bala sebelum itu.

Dalam SB, Bala cuma sempat bertugas selama 2 tahun. Dia tidak diberi tugas yang lebih mencabar kerana rekod lampau yang dikumpulnya. Bala ditugaskan di airport Subang, itupun Bala cuma mengira kapal terbang yang turun naik di airport subang atau Traffic Control Officer (TCO). Apa kelayakan yang Bala ada untuk dia mengiklankan diri mengoffer sebagai penyiasat persendirian.? Apa pengalaman yang ada jika cuma 2 tahun dalam SB itupun sebagai TCO dan jaminan kehebatan yang boleh dibanggakan.!

Selepas keluar daripada PDRM, Bala diupah menyiasat dan terjerumus di dalam kes Altantuya . Agak mengejutkan apabila bagaimana seorang yang tidak berdisplin dan mempunyai beberapa kes tatatertib Bala boleh menjadi penyiasat persendirian. Kredibilitinya bertambah diragui kerana sepanjang berkhidmat dalam PDRM Bala pernah menyalurkan maklumat yang salah berkaitan satu kes culik. Apa jenis penyiasat jika kesilapan sebegini boleh berlaku.

Semasa Bala membuat akuan bersumpah dulu rasanya ramai rakyat Malaysia yang kena tipu tetapi bagi bekas-bekas rakannya dalam PDRM depa sudah tahu temberang yang Bala sedang panggungkan. Apa yang susah tulis dalam satu kertas pegi jumpa Pesuruhjaya sumpah bayar RM 6.00 cop sain maka jadilah Akuan bersumpah.

Bagi Anwar, Bala adalah salah satu aset penting untuk dia mengeksploitasi penglibatannya dalam kes altantuya untuk menjahanamkan imej Najib dan memesongkan perhatian rakyat. Samada betul atau tidak desperado Anwar akan sampai kemuncaknya dengan membawa kemarahan rakyat untuk menyokong dan memuja Anwar sebagai Harapan Baru Malaysia

Tapi jika benarlah Bala ini hebat sangat mintalah dia siasat kes sodomi Anwar daripada sibuk menjaja Akuan bersumpah Rm 6.00 dari koridor Jalan Chow Kit.