CHANNEL UMB

Kalimah Allah - Tun M dan Ustaz Nasharuddin nyatakan kebimbangan

Sunday, January 3, 2010 by pisau · 2 comments
Filed under:



oleh Tun Faisal Ismail bin Aziz
 
Suara yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik sebagai terjemahan kepada perkataan `God' dalam Bible semakin meningkat.

Seperti yang dilaporkan oleh TV3 jam 8.00 malam tadi, turut mengemukakan perasaan tidak senang ini adalah negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Semakin banyak NGO Islam bersuara, termasuk Persatuan Pengguna Islam (PPI).

Kepimpinan Pas yang menentang puak `Erdogan' dalam Pas juga sudah bersuara. Walaupun sebelum ini pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dilihat bersependapat dengan pandangan Anwar Ibrahim bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain untuk memenggil tuhan mereka, namun hari ini Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Hj Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang saya baca sebagai kenyataan rasmi Pas yang kecewa dengan keputusan tersebut (klik di sini).

Jumlah tulisan di dalam blog juga semakin bertambah. Antaranya tulisan menarik YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru bertajuk "Menyanggah Khalid Samad" dan Dr Novandri, "Perkataan Allah - Gereja perlu prihatin". Zulkifli memberikan hujah-hujah kenapa Khalid Samad salah dan berkongsi tafsiran sejumlah ensaiklopedia ternama mengenai perkataan 'God'.

Jika semalam pemerhatian saya mencatatkan sejumlah 34 orang blogger menulis mengenai perkara ini, hari ini ada beberapa orang lagi yang menulis mengenainya, iaitu Papa Gomo, Mesin Taip Buruk dan Gunung Mat Cincang. Terima kasih juga kepada Panglima Perang Cyber yang telah berkongsi video debat YB Taib Azimuddin yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk Islam (klik sini).

Lebih menarik dalam masa tak sampai 3 hari kumpulan Facebook yang menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam telah mengumpul lebih daripada 5,800 orang pengikut..!!!

Ada sejumlah rakan-rakan yang turut berkongsi artikel yang dirasakan penting untuk menguatkan justifikasi bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God adalah menyeleweng termasuk pandangan pemimpin agama Kristian sendiri, Dr R Albert Mohler Jr, President The Southern Baptist Seminary dalam The Christian Post. Katanya adalah tidak kena bagi orang Kristian untuk memanggil Tuhan sebagai Allah disebabkan perbezaan teologi antara Kristian dan Islam yang tidak dapat diselaraskan.

Kamus Oxford Fajar menterjemahkan 'God' sebagai makhluk atau kuasa halus yang dipercayai mempunyai kuasa ke atas semua alam tabi'i dan hal ehwal manusia; dewa; supreme being, creator and ruler of universe; Tuhan. Cambridge Advance Learner's Dictionary mendefinisikan `God' sebagai "(in especially Christian, Jewish and Muslim belief) - the being which made the universe, the Earth and its peopleand is believe to have an effect on all things". Merriam-Webster Online dictionary pula mendefinisikan `God' mengikut `Christian Science' sebagai "incorporeal divine Principle ruling over all as eternal Spirit: eternal: infinite mind". Kamus Oxford Advanced juga tidak pernah menterjemahkan God sebagai Allah.

Begitulah jugalah yang dipetik oleh Zulkifli tentang tafsiran Hutchinson Encyclopedia (halaman 27) tentang kalimah Allah iaitu "Allah - Islamic name for God".

Mungkinkah Vatican wajar mengkaji dan menyiasat sama ada Gereja Katholik di Malaysia telah melakukan penyelewengan agama Kristian dengan mengubah apa yang dimaksudkan secara asal oleh Bible tentang kalimah `God' kerana seperti disebutkan oleh Dr Mohler, kerangka teologinya tidak sama?

Atas sebab apakah, Gereja hendak menamakan Tuhan mereka sebagai Allah dalam Bahasa Melayu, sedangkan di dalam versi bahasa Inggeris, dalam mana-mana ensaiklopedia dan kamus dan dalam mana-mana versi asal Bible tidak pernah ditulis perkataan Tuhan bagi orang Kristian adalah Allah?

Comments

2 comments to "Kalimah Allah - Tun M dan Ustaz Nasharuddin nyatakan kebimbangan"
  1. Salam bro, inilah gambaran sebenar mereka dalam memperjuangkan Islam..... kalau dibiarkan, mungkin di negeri Selangor atau mana negeri di bawah kuasa pakatan akan membolehkan Nga, Gobala, Eli, Teresa Kok, sami budha, sami hindu dan paderi-paderi katolik membaca khutbah Jumaat dalam Masjid.... Khalid Samad dan Nik Aziz akan tutup mulut demi kuassa....

  2. Assalamualaikum

    Nasib baik ada golongan cerdik pandai bidang perundangan Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim yg memasti undang syariah termaktub dlm perlembagaan. Kalau tidak dah lama Tanah Melayu jadi macam Turki. Berkuasa lebih 50 tahun sepatutnya boleh shj kerajaan melaksankan undang-undang syariah (Hukum Allah). Umno sepatutnya dah lama melaksanakan undang2 syariah ni sbb kuasa ada dlm tangan. Lepas tu yg menghakimi ialah Hakim bukan Islam pulak tu.

    Sewaktu Aishah Bukhari dimurtadkan dan kesnya dibawa ke mahkamah, tak nampak pulak Umno kisah hatta beribu remaja Islam yg dah murtad (baca kenyatan Mufti Perak). Mana pergi org Umno?? Meh kita tanya PDRM, bolehkah mereka cari dimana perginya Aishah Bukhari? Kasihan pada ibunya yg melahirkan.
    Dan sewaktu itu, FRU berada dimahkamah utk mengelakkan org Islam melakukan sesuatu yg tidak diingini.
    Masa dimana Hamid Othman, TDM dan semua org Umno yg berkuasa. TV3 ...hampeh...

    Atas Pagar dululah