CHANNEL UMB

Kenyataan akhbar sdr Jamawi Jaafar, exco Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, January 2, 2010 by pisau · 0 comments
Filed under:

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta agar menangguhkan dahulu proses kenaikan harga gula yang difikirkan tidak sesuai dilaksanakan pada awal tahun kerana ianya akan memberikan impak terhadap beban kewangan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar (Gambar ) berkata, kenaikan harga gula dan penghapusan subsidi roti putih tidak kena pada masanya untuk dinaikkan kerana pada awal tahun masyarakat khususnya ibubapa perlu berbelanja lebih untuk menyediakan keperluan anak –anak mereka menghadapi musim persekolahan yang sudah tentu menjadi beban kewangan untuk mereka hadapi terutamanya masyarakat di luar bandar.

“ Dengan kadar kenaikan ini, secara langsung beberapa barangan berkaitan akan turut naik terutamanya kuih muih, minuman dan barangan lain yang mana kesannya juga melibatkan anak anak yang bersekolah di padalaman dimana ibubapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk pelanja 'poket' anak anak mereka” katanya ketika dihubungi di sini dan diminta mengulas isu kenaikan isu kenaikan harga gula yang diumumkan oleh kerajaan Kerajaan kemarin mengumumkan kenaikan harga gula pada kadar RM 2.20 sekilo gram berbanding dengan harga sebelum ini iaitu RM 1.65 di Semanjung dan di Sabah ianya dijual pada harga RM 1.75 sen bagi mengimbangi faktor siso ekonomi dan harga gula mentah di pasaran dunia.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom isu kenaikan harga gula ini bukan sahaja menjadi beban kepada rakyat malah pembekal makanan berasrama untuk sekolah menengah dan pembekal makanan 'Rancangan makanan Tambahan" untuk sekolah rendah yang baru memperolehi kontrak tersebut akan merasai tekanan akibat daripada kenaikan harga gula ini.

“Difahamkan pembekal pembekal tersebut hanya akan mendapat bayaran bermula April 2010 dan sepanjang 3 bulan pertama ini akan menanggung perbelanjaan yang besar sebagai modal pusingan dan ini sudah tentu turut menjejaskan perniagaan mereka” katanya Jamawi menambah semua pihak memahami beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan berkaitan subsidi gula yang menjangkau lebih RM 1 billion setahun, bagaimanapun kenaikan tersebut perlu juga memahami perasaan dan hati rakyat sesuai dengan Slogan Rakyat didahulukan. “ jika pun terpaksa dinaikkan pilihlah waktu dan masa yang sesuai dan bukannya dijadikan hadiah tahun baru 2010 kepada rakyat, ketika rakyat bergelut dengan pelbagai keperluan kewangan awal tahun terutamnya dalam menyediakan keperluan pendidikan anak-anak meraka, malah kerajaan juga boleh mempertimbangkan kadar kenaikan ini dikaji untuk disesuaikan dengan keadaan ekonomi rakyat” tambah Beliau Jamawi juga meminta pihak berkenaan sekiranya harga kenaikan gula ini telah dimuktamadkan oleh kerajaan pemantaun perlu dibuat kerana ada golongan peniaga mengambil kesempatan dengan meletakkan harga sesuka hati melebihi dari harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“ Kerajaan telah menatapkan harga pada kadar RM2.20 sekilo namun ada golongan peniaga cuba menaikkan harga yang ditetapkan dengan pelbagai alas an antaranya bekalan tidak mencukupi sedangkan gula merupkan barangan kawalan dimana harga jualanya perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan” tegas Jamawi yang juga Ahli Majlis Tertinggi (USIA).

Comments

0 comments to "Kenyataan akhbar sdr Jamawi Jaafar, exco Pemuda UMNO Malaysia"