CHANNEL UMB

KENA BOHONG LAGI...

Monday, January 4, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under: ,

oleh desprado


Penulis mengalu-alukan perlantikan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Hj Elias Zakaria yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa esok.

Secara peribadi, penulis dan keluarga penulis mengenali Hj. Elias Zakaria. Hj. Elias telah mengimamkan sembahyang jenazah arwah bapa penulis dan beliau begitu disenangi oleh orang ramai.

Ironinya, perlantikan Hj Elias secara langsung telah membuka satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat. Dan pembohongan itu adalah berdasarkan satu pembohongan yang lain!

Anwar Ibrahim telah berjanji kepada rakyat Permatang Pasir bahawa Salleh Man, ADUN Permatang Pasir akan dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP walau pun ketika itu Anwar Ibrahim tahu bahawa jawatan tersebut telah diisi oleh orang lain dan telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agung!

Sungguh hebat betul pembohongan Anwar Ibrahim!

Pembohongan Anwar Ibrahim itu mengingatkan penulis kepada pendedahan seorang pemimpin parti PKR di Sabah yang mengatakan Anwar ibrahim juga telah berbohong kepada rakyat Sabah. klik di sini

Memang betul bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Ketua Pakatan Rakyat seperti yang dikatakan oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Dr Novandri Hasan Basri

DES : Pengundi di Pulau Pinang kena bohong atas pembohongan...gila! Macam ni punya manusia pun ada!

Comments

1 comments to "KENA BOHONG LAGI..."
  1. Ehhhh...berapa kali mau bohong daaaaa...??? Pakatan "Kencing" Rakyat kepalanya...Kasi hantam itu "kepala"...