CHANNEL UMB

Kalimah Allah : Nik Aziz Ubah Pendirian, Anwar Bila Lagi?

Monday, January 4, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,



oleh Daniel Arif 


Kalau pembaca perasan dulu Nik Aziz kata lompat parti itu tidak salah dan apabila Ibrahim Ali tidak duduk di bawah Pakatan Rakyat dan PAS. Nik Aziz menukar pendirian kepada sebaliknya.

Begitu juga dengan isu kroni. Dulu kata semuanya salah. Tetapi apabila beliau melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK mala keluarlah pula bahawa kronisme ini diamalkan dalam Islam.

Terbaru Nik Aziz semalam menukar pendirian
yang dibuat hampir 10 bulan lepas bahawasanya orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi semalam beliau mengatakan orang bukan Islam tidak boleh pula menggunakan nama Allah kerana takut akan mengelirukan.

Baguslah Nik Aziz faham apa yang diperjuangkan oleh kita semua. Tetapi pertanyaan terlintas di hati saya. Adakah pernyataan yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah yang dibuat oleh beliau pada 10 bulan lepas itu berunsur politik?

Yalah, ketika itu berlangsung 3 pilihanraya kecil serentak dan undi bukan Islam amat diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Sekarang tiada pilihanraya kecil dan Nik Aziz boleh pula menukar pendirian beliau semata-mata mahu menarik sokongan terhadap beliau semula.


Tambah menarik lagi Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas juga menggunakan pernyataan Nik Aziz itu untuk menguatkan hujah beliau bagi membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Apakah pendirian Anwar Ibrahim selepas ini akan berubah seperti Nik Aziz tatkala bantahan penggunaan nama Allah ini semakin memuncak?

Jika pendirian beliau pun turut berubah berkadar masa. Maka benarlah anggapan saya yang pernyataan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas adalah berunsur politik dan semata-mata ingin menarik undi orang bukan Islam.

Akhirnya, saya mengucapkan syukur kerana Nik Aziz telah kembali rasional. Diharap janganlah lagi membuat kenyataan berunsur politik lagi dan mengelirukan umat Islam.



Anwar bila lagi akan menukar pendirian? Mungkin tidak kot, kerana beliau sibuk untuk menyelamatkan diri dalam perbicaraan kes liwat yang semakin hampir.

Comments

2 comments to "Kalimah Allah : Nik Aziz Ubah Pendirian, Anwar Bila Lagi?"
  1. Salam bro, apalagi nak kato...... mautlah nanti Khalid Samad dan Anwar.....

  2. Errr..Anvar Abrahaiem tu Islam ke?