CHANNEL UMB

Perkataan 'Allah' - Pihak Gereja Perlu Prihatin !

Sunday, January 3, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under:

Dr Novandri Hasan Basri


Penulis terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' untuk terbitan The Herald. Hakim Lau Bee Lan memutuskannya berdasarkan pihak minoriti mempunyai hak dan kebebasan beragama di negara ini.
Keputusan mahkamah telah diberikan. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah pihak yang bertanggungjawab mesti menfailkan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan dengan seberapa segera.
Penulis bukan prejudis atau anti-agama lain, tidak sekali-kali. Penulis percaya bahawa agama-agama di negara ini mengajar kita untuk melakukan kebaikan, toleransi dan segala perkara yang dapat memanafaatkan kehidupan seharian kita.
Akan tetapi, banyak persoalan yang timbul sehinggakan penulis sangat ragu dan was-was dengan motif asal yang cuba diperkatakan oleh pihak The Herald.

Apakah The Herald tidak tahu :-

1. Tidak menjaga sensitiviti 60% daripada 28 juta penduduk Malaysia yang beragama Islam.
2. Perkataan 'Allah' digunakan oleh setiap orang Islam tidak kira sama ada mereka bangsa Melayu, bangsa Arab atau pun bangsa Inggeris yang menganut agama Islam. Ianya berlainan dengan agama Kristian yang mempunyai alternatif untuk menyebut Tuhan mereka.

3. Di dalam konteks negara Malaysia, 'Allah' adalah sinonim dengan Islam dan pengertian SETIAP rakyat Malaysia ialah Allah adalah tuhan kepada umat Islam.
4. Dan semenjak merdeka, kita TIDAK PERNAH menghadapi kesukaran untuk membezakan tuhan yang disembah, sama ada penganut Islam, kristian. buddha dan Hindu.
5. Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak TIDAK PERNAH menghadapi kesukaran untuk memahami ajaran Kristian sejak kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian di negeri-negeri tersebut walau pun ketika itu Bible yang digunakan tidak menggunakan perkataan 'Allah'.
Kita juga perlu pertimbangkan bahawa :-

1. Hanya 9.1% daripada rakyat Malaysia menganuti agama Kristian.

2. Walau pun jumlahnya sedikit jika dibandingkan 60% rakyat Malaysia beragama Islam, semua pihak mesti ingat bahawa perkara yang dibangkitkan oleh The Herald ialah penggunaan 'Allah' di transkrip-transkrip berbahasa Melayu.

3. Dan jika berdasarkan kepada bilangan Bible yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri, hanya sekitar 6,000 - 8,000 orang sahaja yang benar-benar terlibat di dalam isu ini dan bukannya seluruh 850,000 penganut kristian di negara ini.
4. Pengkhususan penggunaan perkataan 'Allah' dikatakan digunapakai di The Herald yang diedarkan di Sabah dan Sarawak
5.. Makanya, penganut-penganut Kristian bangsa Cina dan bangsa India tidak sepatutnya marah atau tersinggung kerana mereka menggunakan istilah lain untuk tuhan mereka.

6. Penulis berkata demikian kerana The Herald edisi Tamil, Mandarin dan Inggeris TIDAK menggunakan perkataan 'Allah'. Dan penganut kristian bangsa Cina dan India tidak pula mempunyai sebarang kesukaran untuk memahami agama Kristian!

7. Dan satu perkara yang mesti diingat oleh pihak The Herald iaitu Malaysia bukannya negara Timur Tengah di mana pengertian 'Allah' adalah berdasarkan kepada bahasa Arab itu sendiri.
8. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula bukannya orang Arab dan sebarang istilah tuhan di dalam Bible tidak menimbulkan sebarang masaalah kepada pengukuhan agama Kristian mereka.
9. Dan jika paderi Lawrence Andrew dan pihak the Roman Catholic Church benar-benar faham tentang kerangka, sensitiviti dan jalinan di antara kaum-kaum dan penganut-penganut agama yang berlainan di negara ini, mereka tidak akan menganggap bahawa keputusan Mahkamah Tinggi sebagai the glorious day atau pun mereka tidak patut meneruskan kes mereka itu.
10. Perlu diingat bahawa penganut agama Kristian di negara ini mempunyai alternatif untuk menyebut nama tuhan mereka tetapi tiada alternatif kepada penganut Islam di negara ini!
Dan jika agama Kristian turut mengajar toleransi dan kasih sayang, buktikanlah dengan menghormati penganut-penganut lain di negara yang tercinta ini.
11. Jika pihak gereja mampu melakukannya, mereka sebenarnya telah menunjukkan satu tauladan yang baik tanpa sebenarnya menukar sebarang konteks di dalam agama Kristian itu sendiri!
MAKA di sini penulis menyeru kepada semua pihak agar dapat menyelesaikan isu ini dengan rasional dan di atas dasar bertolak-ansur. Pihak gereja mesti prihatin ke atas sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jika tidak, penulis tidak menolak akan berlaku kebangkitan umat Islam untuk menyatakan isi hati mereka pula.

Ironinya juga, terdapat agensi berita asing yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan negara Malaysia akibat isu tersebut :-

Ethnic Chinese and Indians, who are mainly Christians, Buddhists and Hindus, have been upset by court rulings on conversions and other religious disputes as well as demolitions of some Hindu temples.

Satu lagi perkara yang kita perlu tahu (terutamanya ahli-ahli dan penyokong PAS) bahawa kerajaan negara Malaysia hari ini tergolong di dalam "very high" di dalam mempertahankan agama Islam sama seperti negara Iran!

Malaysia was rated as having "very high" government restrictions on religion in a recent survey by the Pew Forum, bracketing it with the likes of Iran and Egypt and it was the 9th most restrictive of 198 countries.

Comments

1 comments to "Perkataan 'Allah' - Pihak Gereja Perlu Prihatin !"
  1. salam,

    setuju.