CHANNEL UMB

Satu Suara : Demo Bantahan Umat Islam Pulau Pinang Terhadap Kelulusan Pengunaan Nama Allah Oleh Herald Tribune

Sunday, January 3, 2010 by pisau · 0 comments
Filed under:



Hari ini menyaksikan demo bantahan umat Islam Pulau Pinang bermula pada pukul 10 pagi tadi di hadapan Dewan Sri Pinang,Padang Kota. Kehadiran pisau anggarkan 200-300 orang.Bantahan disertai oleh Pemuda Umno,PAS dan bersama NGO .

Ucapan di mulakan oleh Ustaz Hafiz Bin Nordin, Bekas Ketua Pemuda PAS P.Pinang,beliau menyatakan dengan tegas betapa tindakan pihak makhamah tidak harus memihak terhadap rayuan pihak gereja yang memohon pengunaan nama Allah.Beliau turut menyelar sikap beberapa pemimpin PAS yang begitu liberal dan mempromosi pluralisme hingga tergadai soal prinsip hanya semata mata mahukan sokongan terhadap parti. Beliau turut berkongsi pendapat bersama pemuda umno menolak perbezaan politik demi kesucian Islam semangat satu nada di terjermahkan kepada tindakan agar nama allah dipertahankan.

Selepas itu ucapan di oleh saudara Norman Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,beliau turut sama berkongsi kegusaran umat Islam akibat keputusan makhamah membenarkan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.Beliau mengalu-alukan perpaduan atas semangat persaudaraan sesama Islam,satu suara satu matlamat,demi kesucian nama Allah di pertahankan.

*gambar ucapan norman dari blog pemuda nibong tebal.

Pisau sifatkan demo ini sebagai satu titik tolak satu hati dan satu suara menentang pengunaan nama Allah oleh pihak kristian. didalam artikel Pisau sebelum ini menyatakan PAS turut terlibat bersandarkan hujah hujah Khalid Samad & hujah Nik Aziz sendiri yang membenarkan pengunaan nama Allah oleh pihak kristian.ternyata pihak erdorgan PAS begitu mahukan liberalisme & pluralisme menyerap masuk kedalam masyarakat majmuk dimalaysia ini.

sekitar demo bantahan umat islam pulau pinang:





Selepas tamat demo bantahan Pemuda Umno Pulau Pinang telah menyampaikan Memorandum bantahan pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune kepada wakil TYT Rahman Abas di Sri Mutiara,Kediaman Gabenor Pulau Pinang.



memo bantahan:


Pisau kata " Umat Islam akan bangkit akibat kerja gila Nik Aziz,Khalid Samad & Anwar Ibrahim"

Comments

0 comments to "Satu Suara : Demo Bantahan Umat Islam Pulau Pinang Terhadap Kelulusan Pengunaan Nama Allah Oleh Herald Tribune"