CHANNEL UMB

Penang Maulidur Rasul: YB Malik Kassim Punca Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul

Monday, February 15, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:

by pisau.net


Haprak Daily lidah bercabang rasmi PAS cuba mengajar supaya tidak melakukan fitnah,walhal artikel yang disiarkan ternyata mereka sendiri yang membuat fitnah,menyiarkan artikel yang menghasut dan berbohong kepada umat islam terutama di negeri Pulau Pinang.

Haprak Daily-Sofi Wahab

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka




Ternyata artikel yang berniat jahat ini adalah satu cubaan untuk menutup kesilapan YB Malik Kasim dan Lim Guan Eng.

Pihak PAS sedaya upaya cuba untuk menghalalkan cara,demi untuk menutup pekung yang terdedah kepada Umat Islam dinegara ini.

Melalui artikel tersebut ternyata Haprak Daily tidak membuat penyelidikan dan siasatan,siapakah dalang disebalik pembatalan perarakan maulidur rasul di Pulau Pinang,sebaliknya terus menuduh media massa membuat fitnah. Kenyataan ini bersifat dangkal dan jumud

Mereka jelas berbohong rujuk aturcara majlis sambutan,tidak ada perarakan malah majlis berakhir pada pukul 11.30pagi. Tidak ada langsung dinyatakan sambutan akan diadakan selama 3 hari,dalam jadual aturcara tidak dinyatakan adanya perarakan,malah Pisau merujuk dengan beberapa penjawat awam yang terlibat dengan perarakan,mereka menyatakan memang perarakan dibatalkan berdasarkan surat pekeliling dan tidak wujud sambutan akan diadakan selama 3 hari.Malah mereka tidak menerima surat pekeliling sepertimana yang didakwa oleh Malik Kasim.



Adakah untuk menutup malu atas tindakan membatalkan perarakan maulidur rasul?,Lim Guan Eng & Malik Kasim mengarahkan JAIPP mengeluarkan jadual baru bertarikh 12/2/2010,walhal sebelum ini didalam laman web JAIPP hanya menyatakan cuma majlis perhimpunan sahaja akan berlangsung,kemudiannya mereka telah mengarahkan mengubah jadual di laman web JAIPP kepada majlis perhimpunan dan perarakan,Setelah itu barulah mereka mengeluarkan kenyataan secara bersama sepertimana yang disiarkan oleh Malaysian Insider?


Adakah ini salah satu taktik
Damage Control dan cubaan mengubah persepsi untuk mendiversikan tuduhan tersebut untuk menjadikan yang menuduh kelihatan membuat fitnah? selanjutnya sini

Menurut sumber yang terlibat didalam majlis mesyuarat, Yb Malik Kassim sendiri yang membuat keputusan untuk membatalkan perarakan,katanya bertujuan transformasi dan perhimpunan ummah diganti daripada membuat perarakan sambutan maulidul rasul.

Namun apabila isu ini tersebar mendapat perhatian dan bantahan umat Islam dan disiarkan media massa,dengan secara secara tergesa gesa beliau telah memberi arahan supaya menukar aturcara majlis perhimpunan dan menambahkan kepada 3 hari untuk menyambut sambutan maulidul rasul.

Beberapa ahli majlis mesyuarat turut menjadi saksi dan menyatakan YB Malik Kassim jelas berbohong dengan kenyataan beliau di Malaysia Insider dengan cuba untuk menutup kesilapan beliau,tidak ada keputusan didalam mesyuarat sebelum ini untuk mengadakan perarakan sebaliknya Malik Kasim yang membatalkan perarakan, malah yang menjadi mangsa keadaan adalah Dato' Hj Yusoff bin Wazir Tim Setiausaha Kerajaan Negeri telah dikambing hitamkan demi menutup pembohongan Yb Malik Kasim dan Lim Guan Eng.


Jangan cuba baling batu sembunyi tangan, Ingat batu yang dibaling ramai blogger nampak dan
BAKAL mendapat malu besar selepas ini!


Pisau kata " Wali selipar batalkan perarakan maulidur rasul semata mata untuk menghalalkan tindakan Lim Guan Eng dan Malik Kasim"

Comments

2 comments to "Penang Maulidur Rasul: YB Malik Kassim Punca Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul"
  1. Harap Melayu Penang tak jadi Melayu di Singapura yang telah di pinggir secara senyap hingga menjadi kelas 3 dalam masyarakat di Singapura. Kaum India di naikan kelas 2. Apa guna hidup sekiranya Melayu di hina Islam di pijak

  2. Bro, yang peliknya sekutu DAP macam PAS buat pulak statmen dalam harakahdaily 'UMNO mendidik Melayu jadi Pak Pandit' bila ada NGO dan umat Islam Penang buat bantahan.... inilah putar belit PAS buat dalil untuk membantu DAP........