Dr Novandri Hasan Basri
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff menyifatkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pandai memerintah dan sudah masanya ia ditukar. I adalah kerana, katanya, BN yang memerintah negara banyak melakukan pembaziran wang rakyat serta ketirisan dalam mengurus harta negara.
Untuk pengetahuan semua, Siti Zailah Muhd Yusoff juga merupakan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.
Persoalannya sekarang,
1. Pihak manakah yang sebenarnya tidak pandai memerintah?
2. Apakah sumbangan YB Siti Zailah kepada kawasan parlimen beliau sehingga saat ini?
3. Apakah beliau sudah berjaya menaik tarafkan kawasan beliau itu sehingga berjaya?
4. Tidakkah beliau mahu mencermin diri sendiri sebelum mengkritik pihak lain yang mampu mentadbir negara sehingga hari ini?
Adalah amat memalukan apabila seorang pemimpin yang hanya pandai mengkritik dan menceramah tetapi hakikatnya beliau sendiri gagal memberi sebarang impak kepada kawasan parlimen Rantau Panjang.
Pada pendapat penulis, adalah lebih baik untuk YB Siti Zailah menumpukan fikiran dan tenaga beliau untuk memastikan kawasan parlimen beliau tidak lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan parlimen yang lain.
Realitinya, tidak ada sesiapa pun yang menafikan wujudnya ketirisan dan kelemahan di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Isu ini telah didedahkan kepada seluruh rakyat dan kita tahu bahawa kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk membendung kelemahan tersebut.
Tetapi kita jangan lupa tentang ketirisan dan kelemahan yang berlaku di dalam kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir oleh PAS seperti penyalahgunaan kuasa oleh Arrifahmi, Al-menantunya Nik Aziz.
Masaalah kronisme dan conflict of interest yang nyata telah lama wujud di dalam kerajaan negeri Kelantan tetapi YB Siti Zulaiha dan pemimpin-pemipin PAS yang lain tidak menyuarakan kebimbangan mereka.
Dan sehingga ke saat ini, isu seperti di atas dan juga rasuah 'menunaikan haji' yang disogokkan kepada Nik Aziz masih lagi tidak terjawab.
Begitu juga yang berlaku di dalam kerajaan DAP Sosialis Pulau Pinang di mana kewibawaan Lim Guan Eng selalu tercabar dek ketidakefektifan beliau mentadbir negeri Pulau Pinang. Dalam masa yang singkat ini, beliau telah memporak-perandakan kaum peniaga dan membuat keputusan yang bersifat diktator dan chauvinis.
Dan perkara ini tidak ditimbulkan oleh parti lawan tetapi oleh rakan-rakan politik Guan Eng sendiri sehingga menimbulkan satu persoalan asas iaitu apakah Guan Eng benar-benar mampu menjadi Ketua Menteri?
Makanya, apakah kritikan YB Siti Zulaiha mempunyai sebarang nilai jika rumahtangga parti beliau sendiri tidak berani ditegur oleh beliau ?
Penulis kerap mengkritik kerajaan dan parti pemerintah di dalam blog ini jika penulis tidak sependapat dengan tindakan parti. Tetapi ianya bukan bermaksud penulis seorang anti-kerajaan. Ianya pandangan peribadi dan penulis berpendapat bahawa penulis berhak untuk menyuarakan pandangan sendiri tetapi dengan tertib, positif dan membina.
CHANNEL UMB
Statistik
Sedang Membaca
Unit Media Baru PPUM
UMB Negeri
Makluman
Kepada para pembaca yang berminat untuk menyumbangkan informasi dalam apa sahaja bentuk seperti video,dokumen, artikel dan sebagainya. Boleh email terus atau hubungi pihak UMB di alamat email umb.ppum@gmail.com atau umb_ppum@yahoo.com.
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
Rakan-Rakan
-
-
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet - The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the Khaza...1 month ago
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...10 months ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...3 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...5 years ago
-
PELANTIKAN TOMMY THOMAS CETUS KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAN UMAT ISLAM MALAYSIA - 1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam negara ini. Lebih m...6 years ago
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM ! - *Liwat: Anwar didapati bersalah* PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...9 years ago
-
Memang UMNO Selangor dah lemau..!! - *kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu* Pak Lah tak dapat 2/3 masa...10 years ago
-
-
TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tela...11 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...11 years ago
-
-
-
Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau - Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu tek...12 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...12 years ago
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...13 years ago
-
-
-
-
Comments
1 comments to "Signifikankah Kritikan Ini?"Sememangnya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh YB Siti Zailah didalam memajukan kawawsan parlimennya. Sebab musabab kelembaban beliau memajukan kawasannya tidak lain tidak bukan kesukaran mendapat bantuan dari kerajaan pusat dibawahan lambang dacing.
Apakah kita sanggup menafikan perkara ini? Berani kerana benar itulah yang seluruh rakyat Kelantan lakukan hari ini.Puluhan ribu rakyat Kelantan berkumpul mendengar perbincangan mengenai isu royalty minyak mereka dan beribu rakyat Kelantan mengaminkan solat hajat yang diketuai oleh Datuk Nik Aziz. Berani kerana benar mereka berhimpun menuntut hak mereka hak orang melayu Kelantan setelah kerajaan pusat terlalu suci hatinya membenarkan royalty minyak bukan wang ehsan pada negeri yang majoritinya bumiputera yang bukan melayu.
Kalau perkara sebesar ini diakui oleh bekas pengerusi Petronas dan saksi undang-undang bekas hakim Besar Malaya yang disingkirkan tidak mustahil YB Siti Zailah mengalami kesukaran untuk mendapat bantuan dari kerajaan pusat.
Tidak cukup dengan itu, pengalaman saya sendiri memohon gerai kosong dipasar ditolak semata-mata kerana bukan ahli umno sedangkan kami sudah berniaga 10 tahun diperkarangan luar pasar secara sah dan berlesen.
Saya bukan penyokong kayu BN dan bukan PR. Kalau slogan anda BERANI KERANA BENAR slogan saya MEMILIH YANG TERBAIK DARI YANG BAIK. Maka jadilah kita bangsa Melayu BERJIWA BANGSA bukan BUKAN MELAYU DIGULA-GULAKAN.
Post a Comment