CHANNEL UMB

ADA LAGI YANG NAK DILONDEHKAN....

Tuesday, March 23, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments

oleh des

Pendedahan Ahli Parlimen bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai pelan 16 September bukan sahaja membuka tembelang dan pekong Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tanpa ramai sedar, tembelang PAS pun turut terbongkar.

Dengar ceritanya, beberapa pemimpin tertinggi PAS yang juga ahli parlimen tidak tahu pelan menawan Putrajaya ikut pintu belakang sampai begitu serius hingga memperalatkan nama Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

Juga ikut ceritanya hanya pemimpin PAS yang dikaitkan dengan kumpulan Erdogan yang pro Anwar tahu rancangan Ketua Pembangkang itu, bukan ke semua 23 ahli parlimen PAS.

Sebab itu, pada petang Rabu ketika Zahrain ‘melondehkan’ Anwar, ahli-ahli parlimen PAS tak banyak mulut – mereka diam menikus kecuali ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menjerit-jerit ketika bekas ahli parlimen PKR itu menceritakan apa sebenarnya berlaku disebalik kisah pelan 16 September.

Hanya ahli parlimen PKR terutama dari Batu, Tian Chua dan Padang Serai N.Gobalakrishnan yang banyak mencelah menganggu Zahrain membuat pendedahan itu ketika perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di Pertuan Agong.

Tetapi pada pagi Khamis, sewaktu Zahrain sambung ‘cerita panas’ itu, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Dr Lo’Lo Ghazali (Titiwangsa) bangun bersama ahli parlimen PKR dan DAP cuba menidakkan pengakuan Zahrain.

Adakah kerana mereka sudah diminta berbuat demikian?

Kalau tak silap, mereka ini adalah antara dikaitkan dengan kumpulan Erdogan selain Dr Zulkifli (Kuala Selangor) Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Dan dua tiga kerat lagi termasuk Exco Kelantan Datuk Husam Musa.

Beria-rialah Khalid, Dr Mariah dan Dr Lo’Lo cuba mempertahankan Anwar tetapi yang menariknya ada antara mereka kata di Dewan Rakyat kenapa nak buang masa cerita perkara itu sebab ramai yang tahu.

Peliknya selama dua hari Zahrain mendedahkan kisah itu, belum ada ahli parlimen Pakatan Rakyat menafikan malah jeneral PKR yang juga ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga tidak menafikan pendedahan ahli parlimen Bayan Baru itu.

Dalam sidang media pada pagi Khamis, Saifuddin kata pendedahan Zahrain tidak akan melencongkan perjuangan Pakatan Rakyat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional.

Berbalik soal PAS, jika benarlah ada pemimpin tertinggi parti tidak tahu skrip 16 September yang dikarang Anwar, ini sudah kira kes berat.

Barangkali yang tahu adalah mereka yang sudah dijanjikan jawatan oleh Anwar jika dapat jadi Perdana Menteri ke-6.

Perlu juga diingat bagaimana pemimpin PAS yang dikaikan pro Anwar ini cuba ‘membelasah’ Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam beberapa isu malah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun hampir jadi mangsa kritikan.

Barangkali inilah yang dimaksudkan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin fasal Fir’aun-Fir-aun Kecil dalam Pakatan Rakyat yang mengelilingi Anwar.

Lebih menarik lagi, Mahfuz ketika diminta komennya fasal pendedahan Zahrain, tak mahu ulas kononnya beliau ‘tidak dengar’ apa yang bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dedahkan sedangkan beliau yang beria-beria menjerit dalam Dewan pada petang Rabu.

Justru itu, semua ini pasti lebih hangat jika ada pemimpin tertinggi PAS terutama Abdul Hadi mahu mengulas perkara tersebut.

Apapun, baik ahli parlimen PKR, DAP mahupun PAS, mereka kini sudah jadi cacing kepanasan kerana Zulkifli yang lantang bercakap dan ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng serta ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzi Samsuri belum lagi ‘buka mulut’. Jadi kita tungggu – siapa yang kena atau lebih banyak tembelang membabitkan PAS juga akan pecah.

Agendadaily

DES : Kalau tak pecahkan ruyung...manakan dapat sagunya...teruskan!

Comments

2 comments to "ADA LAGI YANG NAK DILONDEHKAN...."
  1. This is the world's current political.

    hrm,
    cubic zirconia engagement rings

  2. Thats politic!

    Cheers,
    sterling silver locket