CHANNEL UMB

Gay/Lesbian Is OK - Rakan Politik Anwar Ibrahim ?

Tuesday, March 23, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments

Dr Novandri Hasan Basri

Semasa negara dan rakyat cuba menyesuaikan diri dengan keputusan akhir PRU12, Anwar Ibrahimlah yang memporak perandakan kestabilan politik dengan memujuk rayu ahli-ahli Parlimen yang menang untuk melompat parti dan menyertai beliau.

Malah, rakan seperjuangan parti DAP iaitu parti PAS tidak yakin dengan 16 September.

Malangnya, modus operandi Anwar Ibrahim yang mengkritik orang lain padahal beliaulah mastermind yang paling giat melakukan perkara yang beliau kritikkan itu, tidak dibaca oleh kebanyakkan orang sebagai satu perkara yang jelek dan memualkan.

Aura yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim mampu memesongkan fikiran rakyat sehinggakan ramai yang menerima apa sahaja yang dikatakan oleh beliau.

Beliau juga pernah menyaman Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tatkala seorang yang 'kerdil' bernama Saiful mengheret beliau ke mahkamah. Tindakan beliau itu memang telah diramalkan.

Beliau mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau berdepan dengan orang-orang penting negara dan bukannya hanya seorang lelaki yang tidak berkedudukan tinggi seperti Saiful.

Beliau juga telah ditegur oleh rakan seperjuangan beliau bernama Karpal Singh. Karpal Singh sudah meluat dengan beliau dan menyarankan beliau agar bertaubat.

Katanya:

“Anwar also needs to taubat (repent) without further betraying the people and their trust.

“In the public interest, and in particular in the interest of Pakatan, Anwar has a lot to answer for creating the woes of the coalition now,”
he added - The STAR


Malangnya, segala kelemahan dan keburukan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tidak digunapakai dengan sepenuhnya oleh pihak Barisan Nasional untuk menawan kembali hati rakyat. Pihak BN tidak agresif dan sentiasa dalam mode defensif dan bukannya ofensif. Penulis pun hairan.

Kenapakah BN begitu berlemah lembut dengan Anwar Ibrahim

Kenapakah BN membiarkan sahaja Anwar Ibrahim bermaharajalela dan dilihat sebagai saviour kepada rakyat padahal beliau hanya mementingkan angan-angan beliau sahaja ?

Seperti biasa, Anwar Ibrahim akan terlepas begitu sahaja. Isu-isu seperti kritikan keras Karpal Singh itu akan lenyap begitu sahaja tanpa dijadikan point politik parti BN untuk menerangkan tipu muslihat Anwar Ibrahim kepada rakyat.

Begitu juga dengan penglibatan pemimpin-pemimpin Barat yang sekepala dengan Anwar Ibrahim di mana kebanyakan mereka menghalal malah memperjuangkan kesamarataan di antara kaum gay, lesbian dan masyarakat keseluruhannya. klik di sini

Jika dari segi moral pun sudah songsang, ditambah lagi dengan anasir-anasir 'gay & lesbian is good', apakah kita masih membuta tuli untuk mempercayai Anwar Ibrahim lagi? klik di sini

Comments

0 comments to "Gay/Lesbian Is OK - Rakan Politik Anwar Ibrahim ?"