CHANNEL UMB

Muktamar PAS:DHPP Bercakaran Sesama Sendiri

Monday, June 14, 2010 by pisau · 0 comments

Dewan Himpunan Penyokong PAS bercakaran sesama sendiri,walaupun baru saja diumumkan mereka boleh menjadi calon parti untuk PRU13 oleh Presiden Hj Hadi,kalangan India dan Cina PAS sudah pun mula berangan angan mahu menjadi YB.

Pisau berasakan ini adalah satu titik tolak bagaimana platform parti kononnya berlandaskan Islam sudah di gadai untuk kepentingan politik dan prinsip,PAS sudah berubah secara total apabila dihalalkan dengan hujah dan 'nas' untuk mencapat matlamat untuk kekuasaan politik.

Konflik yang Pisau katakan berpunca apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS yang pengerusinya seorang cina dan timbalan pengerusi bersama setiausahanya berbangsa India sudah bercakaran sesama sendiri.

Mereka sudah mula berkempen dan memburukkan antara satu sama lain semata mata mahukan wakil masing masing untuk menjadi calon PAS pada PRU13 nanti.

Kononnya PAS tidak perjuangkan Asabiyah ternyata lebih kepada retorik semata mata,bibit bibit perkauman dan rasis sudah mula tersemai didalam PAS apabila masuknya kaum India dan Cina.


Dewan Himpunan Penyokong PAS;

Dewan Himpunan Penyokong PAS lebih bersifat untuk menyelamatkan survival politik PAS, Pisau melihat ini adalah salah satu jalan untuk PAS keluar dari pakatan rakyat dan mampu untuk bertahan walaupun tanpa sokongan DAP atau pun PKR.



Pisau kata "Adakah PAS sudah menyedari mereka dilihat sebagai jalang politik oleh DAP dan PKR?"

Comments

0 comments to "Muktamar PAS:DHPP Bercakaran Sesama Sendiri"