CHANNEL UMB

Boikot Jual Barang Kawalan,Rakyat Jadi Mangsa

Saturday, June 19, 2010 by pisau · 0 comments

Sebelum ini didalam entri Pisau,kerja jahat penyangak pemborong dan segelintir peruncit yang menjadi penyebab kepada kekalutan barang kawalan tiada didalam pasaran dan kenaikan harga barang.:klik sini

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan usaha MCA untuk menjadi perantara bagi menyelesaikan isu perlesenan runcit dengan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mampu membantu kementerian menangai masalah itu dengan menemui para peniaga terbabit.

"Seramai 15,000 peniaga sudah memohon lesen menjual barangan keperluan, maka ia sepatutnya tidak menjadi masalah kepada pengguna untuk membeli barangan terbabit atau kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Peniaga-peniaga yang menganggotai Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia akan berhenti menjual gula, minyak masak dan tepung gandum mulai hari ini kerana tidak setuju dengan langkah kerajaan memperkenalkan lesen runcit untuk tiga barangan kawalan itu.

Presidennya Lean Hing Chuan berkata persekutuan itu telah mendapat persetujuan daripada kebanyakkan persatuan peruncit Cina yang dianggarkan berjumlah 20,000 peruncit dari seluruh negara.

"Kita akan mula berhentikan penjualan barang itu mulai hari ini kerana semalam adalah hari terakhir kita akan jualkan semua barang itu sehingga habis," katanya.

Lean berkata peruncit termasuk dari Sabah dan Sarawak juga menyokong boikot itu kerana mereka semua beranggapan penjualan ketiga-tiga barangan tersebut tidak memberi keuntungan yang banyak.

Ditanyakan mengenai kesan tindakan mereka, beliau berkata mereka tidak akan kerugian kerana penjualan barangan berkenaan tidak menjejaskan mereka dan menguntungkan serta membebankan peniaga terbabit.

- Bernama
Alasan yang diberikan memang cukup tidak munasabah, inilah kenyatan dan realitinya apabila dimonopoli oleh mereka yang keterlaluan mahu membuat untung yang lebih.

Menyorok barangan seperti minyak masak,gula dan tepung dengan berniat jahat untuk menaikkan harga benar benar menyusahkan rakyat,malah ia lebih kepada kerja pengkhianatan malahan mereka mereka ini telah mengaut berbillion ringgit hasil daripada subsidi kerajaan.

Dengan menguasai ekonomi dan monopoli dalam industri borong,mereka mampu untuk mengugut kerajaan,malahan kehendak dan kesusahan rakyat tidak dipedulikan,yang menjadi keutamaan bagi mereka adalah untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin.


Kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas,bukan dengan hanya berlembut dan memberi muka kepada penyangak yang serba kurang ajar dan tamak haloba ini.

Berikan lesen borong kepada usahawan melayu, berikan bantuan kepada usahawan ini untuk menjadi pemborong agar dipecahkan monopoli segolongan banjingan yang sudah ketahap cukup melampau ini.

NGO dan persatuan penguna harus terus terusan mendesak pihak kerajaan. BN juga harus memainkan peranan dengan berkempen untuk mendesak dan membantu rakyat.
Jangan bertindak sepertimana pihak pakatan haprak yang sering kali berbohong dan mengambil peluang menanguk diair yang keruh dengan menyalahkan kerajaan.



Pisau kata " manis macam gula"

Comments

0 comments to "Boikot Jual Barang Kawalan,Rakyat Jadi Mangsa"