CHANNEL UMB

Pemimpin PAS Hipokrit - Luahan Penyokong PAS.

Wednesday, June 23, 2010 by pisau · 0 comments

Nasihat yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.

Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.

Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.



Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan baru di kalangan pemimpin PAS yang mula menyedari realiti semasa.

"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menulis blog apabila melihat kemenangan besar calon-calon mereka dalam pilihan raya Mac 2008.

"Harapan mereka tidak tinggi. Mereka cuma mahu lihat janji pilihan raya itu ditunaikan - janji-janji tentang kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.

"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.

"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk,"
katanya.

Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa) -
seterusnya

Sumber:DrNovandri

Comments

0 comments to "Pemimpin PAS Hipokrit - Luahan Penyokong PAS."