CHANNEL UMB

PAS Kena Penampar Karpal 'Langkah Mayatku Dulu' Singh.

Thursday, July 1, 2010 by pisau · 1 comments


Dr Novandri Hasan Basri

PAS sekali lagi telah ditipu bulat-bulat oleh rakan sekatil mereka iaitu parti DAP. DAP sekali lagi menyatakan pendirian menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS jika pembangkang mengambil alih negara.

Kenyataan tersebut adalah daripada Karpal Singh, Pengerusi DAP baru-baru ini disebuah portal berita.

Yang menimbulkan rasa mual tentang isu ini ialah kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang menyarankan agar perkara itu tidak dibangkitkan kerana takut memberikan 'bpla tanggung' kepada pihak lawan.

Kenyataan Nasrudin itu sebenarnya lebih ke arah membohongi penyokong-penyokong parti PAS. Penulis berasa simpati kerana selama ini mereka telah dibuai dengan pelbagai jaminan daripada kepimpinan PAS. Tetapi hakikatnya, parti DAP telah membohongi ahli-ahli demgan lakonan mereka.

Yang memalukan ialah kepimpinan PAS sanggup menjadi pelakon tambahan dan 'menyapu isu fundamental ini dibawah karpet' dengan harapan ahli-ahli tidak tahu serta mempercayai lakonan mereka dan DAP.

Dan jangan haraplah Harakah dan portal PAS yang lain berani menyampaikan kenyataan Karpal Singh itu. Mereka pasti akan menyembunyikannya dam yang tertipu ialah penyokong PAS.

Penulis akan menulis satu artikel yang mendedahkan pembohongan Lim Gian Eng, tentang isu arca condong di Botanical Garden. Maklumat awal yang diterima amat memeranjatkan. Lim Gian Eng DAP memang penipu besar!

Comments

1 comments to "PAS Kena Penampar Karpal 'Langkah Mayatku Dulu' Singh."
  1. Pok Nik terlalu kasih kepada PR.
    Yg dicakap Pak sheikh Singh, hanya pandangan peribody.
    Pok Nik telah buat "Lawak Antarabangsa"

    Pok Nik..
    Ini SINGH adalah ketua, penghulu, pengerusi DAP. Cakap dia mewakili DAP.

    Pok Nik tak perasan kaaa?

    Pok Nik sebenarnya masih "angau" "Cinta Bute". Sudah hilang rasional pertimbangan IMAN, Tapi Pok Nik masih mengiakan wahyu si Kapiaq.

    Kesian..
    Kesian...

    Maka Pok Nik salah seorang daripada aliran mazhab dalam PAS yang telah meruntuhkan moral PIS.

    Kini dalam PAS sudah wujud pelbagai aliran mazhab :
    i- Mazhab Pok Nik Ajis
    ii- Mazhab Hadi (ah)
    iii- Mazhab Harun Din (ASWJ)
    iv- Mazhab 4 LINE (warna)
    v- Mazhab Pro-BN
    vi- Mazhab Mat Sabu (SYIAH)
    vii- Mazhab Khawarij
    serta berpuluh lagi aliran yang wujud dan sedang mekar didalam PAS

    Kesian..
    Kesian..

    Sekarang PAS sudah terpisah-pisah akibat keceluparan mulut-mulut busuk yang tidak dimanfaatkan untuk JIHAD ISLAM.

    -Pandangan penulis yang benar, tepat dan tiada unsur fitnah-

    kih.. kih.. hamba pun dah pandai masok bakul, sendiri mau angkat..
    kih.. kih..