CHANNEL UMB

Penang: Bukti Guan Eng Pembohong ,Putar Belit & Besar Kepala

Friday, July 23, 2010 by pisau · 0 comments

"Lim dikatakan mendakwa pegawai berkenaan sebagai “tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat” berhubung isu curi pasir di Balik Pulau.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya" - sinar harian


Lim Guan Eng Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Pulau Pinang benar benar besar kepala,kurang ajar,rasis,chauvanist dan ultra kiasu.

Segala dakwaan keatas Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang (SDO) Nik Ali Nik Yunus cukup jelas betapa sifat gampangan Khalifah sosialis ini begitu tidak profesional,tidak kompetent dan bersifat serangan peribadi.

Pembohongan Guan Eng.

Guan Eng mengelar SDO seorang pegawai yang berlidah biawak ketika membuat sidang akhbar pada 22 Nov 2009 selepas acara tahunan larian marathon dengan alasan tidak menyediakan tempat duduk kepada beliau sebagai Ketua Menteri pada majlis perasmian pelancaran kerja kerja naik taraf keretapi Bukit Bendera pada 20 Oktober 09 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan bertempat di Stesen Bawah Keretapi Bukit Bendera.

Beliau begitu berani bercakap bohong didepan khalayak dan pihak media walaupun menyedari dakwaan beliau adalah pembohongan semata mata, sehingga sekarang beliau tetap berbohong dalam banyak hal.

Lihat gambar dibawah, adakah beliau tidak mendapat tempat duduk VVIP?



Gambar diatas membuktikan Lim Guan Eng ternyata berbohong dan berniat jahat menyerang SDO Nik Ali tanpa usul periksa, untuk pengetahuan anda SDO hanyalah ditugaskan untuk menyelaras majlis perasmian yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Noor Mohamed Yakcop dan Yb Dato Sri Dr Ng Yen Yen.

Sebenarnya Guan Eng tiba lewat ,padahal majlis perasmian dijadualkan pada jam 10.30pagi, majlis diteruskan dan beliau tiba 10 minit kemudian ketika Menteri Pelancongan memberi ucapan aluan.

Inilah perangai seorang pembuli dan tidak kompetent sebagai Ketua menteri,akauntan buruk buangan rakyat Melaka menjadi besar kepala apabila sebagai orang luar diangkat menjadi Ketua Menteri.

Cara beliau menyerang SDO Nik Ali cukup menjelaskan beliau tidak tahu pengkhususan kerja penjawat awam,hentam kromo dan menyalahkan orang lain sudah menjadi tabiat ultra kiasu ini.

Siapa sebenarnya berlidah biawak? Barangkali Guan Eng lebih teruk daripada biawak, hal sekecil ini beliau sanggup berbohong dan putar belit apatah lagi isu isu lain yang pernah dibangkitkan oleh Pisau sebelum ini.


Pisau kata " berapa kali bohong daaa"

Comments

0 comments to "Penang: Bukti Guan Eng Pembohong ,Putar Belit & Besar Kepala"