CHANNEL UMB

Pakatan Rakyat Yang Sebenarnya Meniru 1 Israel!

Wednesday, August 25, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


oleh One Malaysia Future

Konsep One Israel telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 sebagai langkah menarik perhatian rakyat Israel bagi pilihanraya yang akan berlangsung pada 1999. Konsep One Israel diisytihar sebagai menunjukkan gabungan tiga parti utama Israel iaitu Labour, Gesher dan Memad.

Kemudian, One Israel diperkuatkan semula oleh pemimpin Parti Buruh iaitu Ehud Barak dalam persediaan menghadapi pilihanraya Israel 1999. Dengan pelancaran konsep One Israel, Barak mengharakan Parti Buruh berjaya menarik sokongan rakyat Israel.

Namun begitu, gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh tidak bertahan lama. Pada tahun 2000, Barak telah menyertai perjanjian Camp David bersama Yassir Arafat. Tindakan Barak menyebabkan salah satu parti gabungan iaitu Parti Gesher menarik diri. Keluarnya Gesher dari gabungan menyebabkan berakhirnya gagasan One Israel yang dipromosikan Parti Buruh selama ini.

Rumusannya konsep 1 Israel adalah gabungan , kerjasama dan pakatan 3 buah parti politik demi tujuan pilihan raya di Israel. Kebetulannya Pakatan Rakyat juga terdiri daripada 3 buah parti yang bergabung , bekerjasama dan berpakat demi tujuan pilihan raya dan politik.

1 Malaysia adalah Perpaduan Kaum dan bukannya Perpaduan Parti Politik

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS , DAP dan PKR adalah Perpaduan Parti Politik.

Comments

0 comments to "Pakatan Rakyat Yang Sebenarnya Meniru 1 Israel!"