CHANNEL UMB

PR Tulis Perlembagaan Baru?

Wednesday, August 18, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

w

Oleh Satu Hala

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesah beliau tahu pihak mana dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Jadi, secara otomatik persoalan yang timbul ialah pihak mana agaknya yang berani berani + bodoh nak mampus wujudkan perlembagaan baru.

Satu Hala tidak rasa ia perbuatan pihak dalam Barisan Nasional (BN) atau UMNO kerana perlembagaan yang sedia ada sudah cukup sempurna dan sejajar dengan falsafah perkongsian kuasa yang terkandung dalam ideologi BN itu sendiri.

Perlembagaan yang ada memberikan faedah kepada masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera, yang Muslim dan bukan muslim.

Kalau ada apa-apa perubahan yang diperlukan, pindaan terhadap Perlembagaan dapat dilakukan di Parlimen. Walaupun agak sukar dan remeh, namun pindaan terhadap Perlembagaan boleh dilakukan.

Jadi kini sasarannya adalah ke atas pembangkang.

Dah tentu salah satu parti anak haram dalam pembangkang yang punya kerja wujudkan perlembagaan baru ini.

Ia boleh jadi perbuatan PAS yang mewujudkan perlembagaan baru yang kononnya mencerminkan perlembagaan negara Islam ikut acuan mereka.

Namun, rasanya untuk PAS berbuat demikian tidaklah cerah sangat peluangnya. Pasal munafik-munafik dalam PAS ni antara yang meraih banyak faedah daripada perlembagaan sedia ada. Anak-anak orang PAS yang sebahagian besar tak pernah bayar sesen pun cukai pendapatan merupakan antara yang paling banyak mintak biasiswa JPA untuk sambung pelajaran ke luar negara.

Perlembagaan sedia ada inilah yang memberikan ruang untuk agensi seperti JPA memberikan biasiswa lebih sedikit jumlahnya kepada anak-anak Melayu.

Melainkan orang-orang PAS terlalu bodoh atau terlalu taksub dengan idea-idea yang dilontarkan Anwar Ibrahim.

Jadi, tinggal DAP dan PKR sekarang ini yang boleh dilihat sebagai lebih berpotensi menulis perlembagaan baru.

Satu Hala yakin penulisan perlembagaan baru adalah idea DAP tetapi ia idea disalurkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penulis lebih yakin ia dilakukan PKR atas 'bimbingan' dan nasihat DAP.

DAP belum ada telur untuk buat sendiri. Tetapi kandungan perlembagaan baru walaupun ditulis PKR, pastinya selaras dengan nada dan keinginan DAP.

Antaranya mungkin Melayu hilang status sebagai penduduk asal negara ini dan mungkin lebih banyak kelebihan diberikan kepada masyarakat Cina pula.

Apa pun, rasanya PKR yang menulis perlembagaan baru itu.

Pasti perlembagaan baru itu bertentangan dengan Perlembagaan yang ada kini. Dan pertentangan itu adalah dari segi membuang kelebihan dan hak yang dimiliki kaum bumiputera.

Bukankah PKR yang kononnya mahu wujudkan kesaksamaan antara semua (macamlah perlembagaan sekarang tidak memberikan keadilan).

Mahu samakan semua benda.....tanpa menyedari tindakan itu akan mewujudkan bom jangka terhadap hubungan antara kaum di negara ini dalam jangka panjang.

Kepada PKR dan DAP....teruskanlah sandiwara melampau-lampau ini.....hasilnya pasti bukan sesuatu yang indah nanti!

Comments

0 comments to "PR Tulis Perlembagaan Baru?"