CHANNEL UMB

'Perutusan Ramadhan' Lim Guan Eng DAP Yang Memualkan !!

Friday, August 13, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments

oleh novandri

MIM tersenyum sinis dengan 'perutusan Ramadhan' Lim Guan Eng DAP. Tetapi lebih banyak rasa nak muntah dibuatnya !

Dari segi hariki, Pulau Pinang sudah mempunyai ketua agama Islam iaitu TYT Pulau Pinang. TYT yang paling layak memberikan perutusan Ramadhan dan bukannya bukan Islam seperti Lim Guan Eng DAP.



Di dalam 'perutusan' tersebut Lim Guan Eng DAP mengatakan :-

" Kerajaan yang baik dan bersih akan dapat jimatkan wang untuk dikongsi bersama rakyat. Ini boleh dilihat buat pertama kalinya semua warga emas yang melebihi 60 tahun telahpun menerima RM100 setiap tahun dan waris akan menerima buat pertama kalinya RM1,000 untuk urusan jenazah. "
Jika dibaca keseluruhan 'perutusan' tersebut, bab RM100 itu sahaja sebenarnya yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng di sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri. Itu sahaja.

Secara logiknya, orang ultrakiasu seperti Lim Guan Eng DAP tentunya akan menonjolkan segala kejayaan beliau kepada rakyat Pulau Pinang tetapi tidak ada! Sungguh memalukan.

Lim Guan Eng gagal dari segi meningkatkan indeks makro-ekonomi Pulau Pinang sejak beliau memegang tampuk kerajaan dan para peniaga sudah mula resah dengan ketidakefesienan beliau sebagai Ketua Menteri. klik sini

Lim Guan Eng DAP juga mengatakan :-

" Di samping itu, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya basmikan miskin tegar pada 2009."
Rakyat perlu tahu bahawa hampir semua daripada program pembasmian miskin tegar adalah inisiatif kerajaan BN negeri Pulau Pinang sebelum Lim Guan Eng DAP. Dalam hal ini, Lim Guan Eng DAP sepatutnya malu untuk mengambil kredit hasil daripada pihak lain.

Kenyataan Lim Guan Eng DAP seterusnya lagi memualkan :-

" Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya memberi jaminan bahawa amalan CAT akan dilaksanakan tanpa pilih kasih bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri diteruskan dengan tiga teras pembangunan ekonomi yang digariskan iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor). "
Ooii Guan Eng Sosialis......Mana lu punya pro-growth ? Mau kelentong lagi ka?

Hakikatnya, pelaburan ke negeri Pulau Pinang semakin jatuh teruk sejak Lim Guan Eng DAP menjadi Ketua Menteri. Pada tahun 2009 hanya RM2.1 bilion. Antara Januari hingga April 2010, hanya RM236 juta pelaburan asing yang masuk. Padahal semasa kerajaan BN tahun 2008, RM10.2 bilion berjaya dibawa masuk!

Mananya pro-jobs ? klik sini

Dan mananya pro-poor (keadilan sosio-ekonomi) jika selama ini terbukti bahawa Lim Guan Eng sangat berat sebelah dan mengalah sepenuhnya kepada peniaga-peniaga Cina tetapi bertindak kejam kepada peniaga-peniaga Melayu? klik sini klik sini klik sini

Kelentong Lim Guan Eng seterusnya :-

" Di bulan yang mulia ini juga, saya mengambil semangat Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini untuk menyeru rakyat negeri Pulau Pinang agar mengelakkan fitnah walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tindakan aibkan orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan."
Beliau seterusnya memberi contoh isu perarakan Maulud dan Bazar Ramadhan kononnya fitnah terhadap kerajaan DAP tetapi hakikatnya, permulaan kepada kedua-dua isu tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP sendiri yang tidak kompeten.

Yang peliknya, Lim Guan Eng DAP tidak pula menyelitkan isu beliau dengan Nik Ali, SDO Pulau Pinang padahal isu ini bola tanggung untuk menghentam kerajaan persekutuan.

Apakah Lim Guan Eng DAP sudah termalu sendiri dek pendedahan MIM dan rakan bloggers lain yang menunjukkan beliau membuat fitnah dan berbohong? klik sini

Kalau Lim Guan Eng DAP sendiri berbohong, apakah nilai 'perutusan Ramadhan' beliau itu ?

Jika Lim Guan Eng DAP hanya mampu menceritakan RM100 sebagai satu-satunya pencapaian beliau selama ini, apa perlu beliau menjadi Ketua Menteri?

Dan sungguh memualkan apabila seorang bukan Islam yang tidak ikhlas dan berkepentingan politik seperti Lim Guan Eng DAP memperkatakan tentang kebesaran, kemuliaan Islam dan menggunakan hadis suci Rasulullah saw tetapi diri beliau sendiri tiada roh Islam di dalam hati dan tidak pernah mengamalkan rukun Islam dan rukun Iman.

Ianya boleh diumpamakan seperti Nik Aziz mengucapkan kewujudan Jesus sebagai anak Tuhan yang mengajar umat supaya berbuat baik !

Comments

1 comments to "'Perutusan Ramadhan' Lim Guan Eng DAP Yang Memualkan !!"
  1. Salam..Guan Eng boleh berbohong sesuka hatinya sebab dia bukan puasa,cuma ambil peluang orang Islam yang puasa supaya berbuat baik dan jangan memfitnah...dia buat jahat dan boleh fitnah orang..Itulah dia namanya Haram Jadah bertaraf puaka.