Oleh: Susan Lim
Sebelumnya ia adalah 80% dibunuh dan sekarang ia adalah 100% bukan bunuh diri. Kedua-dua keputusan ini dibuat hanya dengan melihat gambar simati.
Doktor Porno ini baru sahaja kehilangan titis terakhir air mukanya dan sisa-sisa kredibiliti yang mungkin pernah dimilikinya. Dia kini hanya bermain dengan kata-kata dan mengambil kesempatan atas mahkamah kangaroo yang dicipta oleh pembangkang.
Tidak mungkin mana-mana pakar dapat mengesahkan apa sahaja hanya dengan melihat gambar.
Dua pakar sebelum ini yang memberi kenyaaan bahawa ia bukanlah pembunuhan sebaliknya mendapat kelebihan dengan melihat sendiri keadaan mayat, bukan seperti Doktor Porno.
Mana-mana manusia yang waras tanpa dipengaruhi dadah yang bernama anti-kerajaan pastinya mempercayai kedua-dua pakar tersebut berbanding Doktor Porno. Apa lagi bila dia juga tidak kelihatan seperti seorang doktor langsung, tetapi seperti gadis jalanan. Difahamkan bahawa reputasinya di Thailand juga dipersoalkan.
Penulis percaya bahawa semua di dunia ini mempunyai had, walaupun kebencian. Jika kita lupa akan had maka kita selalunya akan berakhir dengan membodohkan diri sendiri atau hilang kewarasan. Inilah yang berlaku kepada DAP dan penyokong mereka.
Mereka terlalu ingin mempercayai apa sahaja yang buruk di Malaysia adalah salah kerajaan yang diterajui Melayu hingga ke tahap di mana mereka tidak lagi dapat melihat logik dan kewajaran.
Kita tidak boleh meminta seorang yang dibutakan oleh kebencian untuk berfikir dengan waras. Bukti dan saksi tidak memberi makna kepada mereka jika ia tidak membawa kepada kerajaan yang diterajui Melayu didapati bersalah.
Lim Kit Siang hysteria di dalam tweeternya bila kredibiliti Doktor Porno dipersoalkan. Lalu, apa yang dia jangkakan? Ia dahulunya 80% dibunuh dan kemudian 100% bukan bunuh diri jadi apakah yang terjadi? Satu tragedi malang jatuh terhumban?
Kita bercakap mengenai kenyataan seorang doktor yang mana sepatutnya berdasarkan penemuan saintifik bukan seorang psikik atau bomoh dari hutan Afrika yang menganalisa sesuatu hanya dengan melihat arah pancutan darah lembu yang diketuk kepalanya.
Apa yang kita lihat ialah Doktor Porno sedang mencari jalan terbaik untuk melepaskan diri kerana dia tahu kini bahawa dia tidak mungkin dapat menjelaskan kenyataannya mengenai 80% dibunuh itu.
Sekurang-kurannya, di dalam minda kotornya, dengan menegaskan bahawa ia bukan bunuh diri dia tidak akan dituduh membuat kenyataan yang bercanggah secara total. Jadi, Beng Hock mungkin dibunuh dan tidak mungkin bunuh diri tetapi mungkin juga jatuh. Siapa peduli?
Ya, Doktor Porno tidak peduli tentang Beng Hock. DAP juga tidak peduli. Apa yang mereka peduli hanyalah reputasi DAP dan masa depan pemimpin korup mereka yang Beng Hock hampir dedahkan.
Penulis tidak yakin yang keluarga Beng Hock begitu buta dan tidak dapat melihat kebenaran. Penulis rasa yang mereka telah terpaksa memilih apa itu kebenaran. Jika ini benar, ia amatlah menyedihkan bagi Beng Hock kerana keluarganya memilih DAP dan bangsa mereka berbanding kebenaran atas kematiannya.
Apapun, Doktor Porno tidak lagi layak menjadi saksi. Noktah.
Jadi, tolonglah buktikan kepada kami bahawa mahkamah Malaysia bukanlah mahkamah kangaroo. Kita mula meragui mahkamah bila Karpal dibenarkan untuk mempersendakan keadilan dengan mengheret kes Anwar sebegitu lama atas alasan yang bodoh dan tidak relevan. Jangan benarkan anaknya, Gobind melakukan yang sama dalam kes Beng Hock ini.
Comments
0 comments to "Tidak Konsisten, Dr Porno Penipu!"Post a Comment