CHANNEL UMB

Edar risalah , Guan Eng semakin tertekan tekanan oleh rakyat

Wednesday, September 15, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa · 0 comments


Penyebaran risalah yang mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu yang timbul di negeri ini khususunya bacaan doa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat menunjukkan kerajaan negeri tertekan dengan sokongan rakyat terhadap mereka.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata risalah berkenaan yang turut menyelitkan beberapa isu lain termasuk mengaitkan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu hasil kerja UMNO adalah satu tindakan yang memperlihatkan mereka benar-benar terdesak.

Menurut beliau, perkara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana itu adalah perangai parti pembangkang yang sudah sebati dan menjadi “darah daging” mereka sejak daripada dahulu lagi.

“Tindakan menyebarkan risalah pada ketika umat Islam saling bermaafan dalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Sewajarnya dalam suasana umat islam menyambut hari lebaran, hentikanlah seketika politik fitnah memfitnah itu.

“Tindakan menyebarkan risalah pada ketika umat Islam saling bermaafan dalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku. Sewajarnya dalam suasana umat islam menyambut hari lebaran, hentikanlah seketika politik fitnah memfitnah itu.

“Bukankah Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya. Takkan beliau tidak tahu. Paling kurang pun Pas, yang menjadi sekutu mereka di dalam membentuk kerajaan negeri takkanlah tidak boleh memberikan nasihat.

“Saya bukannya nak tuduh kerajaan negeri atau mana-mana pihak lain yang buat. Tetapi kalau dah burukkan UMNO di dalam risalah berkenaan termasuk menjelaskan isu-isu yang berbangkit, kerja siapa lagi,” soalnya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyebaran risalah yang mengaitkan UMNO dengan beberapa isu yang timbul di negeri Pulau Pinang khususnya isu bacaan doa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng di dalam khutbah Jumaat baru-baru ini.

Norman yang juga Ketua Pemuda Bayan Baru seterusnya berkata, adalah lebih kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap soal pembelaan terhadap rakyat dan bukannya mengambil sikap sedemikian rupa.

“Tindakan kerajaan negeri yang ditunjangi DAP yang pada setiap masa ingin berpolitik menyebabkan pembangunan serta soal pembelaan terhadap rakyat terabai. Apakah ini yang dikatakan pemerintahan mengikut acuan Khalifah Umar Abdul Aziz.

“Setahu saya, Khalifah Umar Abdul Aziz tidak meminggirkan rakyat sebaliknya mengutamakan kebajikan mereka. Ini tidak pula berlaku sebaliknya pengabaian terhadap amanah yang dipukul,” katanya.

Sebelum ini, penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong merintih ekoran rumah mereka yang akan dirobohkan oleh pihak pemaju. Difahamkan isu berkenaan masih berlarutan tanpa pembelaan sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Malah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Sharipah Aminah Syed Mohd.menyelar pemimpin Melayu pembangkang kerana langsung tidak berani bersuara bagi mempertahankan nasib orang Melayu Pulau Pinang yang kini teruk ditindas oleh DAP. – MediaUMNO

Comments

0 comments to "Edar risalah , Guan Eng semakin tertekan tekanan oleh rakyat"