CHANNEL UMB

Azmin jadi punca Syed Husin berundur...

Wednesday, September 15, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments

oleh mediapermatangpauh


Hari ini sudah sah bahawa Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali tak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan PKR November ini.

Didepan media, Syed Husin memberikan alasan bahawa dia mengundurkan diri dari mempertahankan jawatan kerana sudah lama berada didalam kancah politik.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa seminggu sebelum Syed Husin mengambil keputusan untuk tak bertanding, dia telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah bagi bagi membincangkan tentang pemilihan parti.

Sumber PKR memberitahu, sebelum perjumpaan tersebut, Syed Husin memang berniat untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presidennya biarpun akan ditentang oleh Azmin dan juga Zaid Ibrahim.

Menurut sumber tersebut lagi, amat menghampakan kerana Syed Husin mengambil keputusan untuk berundur sebaik saja pulang dari pertemuan bersama Anwar Ibrahim.

Disini jelas membuktikan bahawa Syed Husin mungkin telah dipaksa untuk tak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bagi memberi laluan kepada Azmin Ali.

Jika mengikut perkembangan semasa didalam kem PKR menjelang pemilihan kali ini, pengaruh Zaid semakin meningkat dikalangan majoriti ADUN PKR dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Ini pastinya amat membimbangkan Anwar yang pastinya tak mahu "orang kesayangannya" Azmin dimalukan oleh Zaid Ibrahim. Dan mungkin sebab inilah Syed Husin "dinasihatkan" berundur dari PKR dan semua penyokong Syed Husin "diarahkan" supaya menyokong Azmin.

Apakah Zaid Ibrahim dapat mencabar Azmin Ali si "budak kesayangan" Anwar dengan perkembangan terbaru ini?

Kalau semasa PRK Hulu Selangor sahaja dikhabarkan Zaid berhabisan sebanyak RM3juta untuk berkempen, kini berapa pulak yang nak dihabiskan oleh melayu sekular ini didalam pemilihan PKR?

Comments

1 comments to "Azmin jadi punca Syed Husin berundur..."
  1. mampoih laaa dengan PKR nie yang aku dok heran korang nie dok sebok citer pahal ... kebanyakan blog PRO BN dok sebok sangat bagi publisiti citer PKR ... kusut laa kepala korang nie ...