CHANNEL UMB

Sekitar Hari Pertama Perhimpunan Pemuda UMNO 2010

Wednesday, October 20, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Malaysia sedang bermula. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Penulis akan update dari dalam Dewan Merdeka.

3.oo petang - Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Malaysia telah sampai ke ucapan wakil negeri-negeri. Sekarang ialah daripada wakil Kedah. Sebelum ini adalah wakil daripada negeri Pahang dan Sabah.

Kedua-dua wakil dari Pahang dan Sabah telah menggariskan beberapa usul yang pada pendapat penulis perlu diketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO untuk dikaji dan dilaksanakan.

Wakil Kedah menerangkan Isu Memali di mana mereka yang meninggal dianggap mati syahid tetapi hari ini parti PAS telah memperlekehkan pergorbanan ahli PAS di Memali. Parti PAS sanggup menggadai maruah dan perjuangan parti serta menghadap parti DAP, parti rasis yang keparat di negara ini.

Dan jawapan beliau tentang kenaikan tarif air di Kedah ?? Dan komen penulis tentang komentar Tengku Adnan ?
Dan komen penulis tentang komentar wakil tentang Ketua Pemuda Malaysia?

PANAS !!!



4.50 ptg - Wakil daripada Pulau Pinang mendedahkan pembohongan dan putar belit Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Di antaranya ialah isu Kampung Pala, isu tanah di Balik Pulau dan lain-lain. Realitinya, isu-isu yang ditimbulkan oleh Guan Eng telah menghuru-hara dan bertindak zalim terhadap rakyat Pulau Pinang.

Isu yang dibawa oleh wakil Pulau Pinang itu merupakan beberapa isu besar yang telah mencemar imej Lim Guan Eng. Tetapi Guan Eng masih tetap degil dan menzalimi rakyat Pulau Pinang.

Jika Lim Guan Eng berbohong secara terang-terangan, apakah ada lagi isu-isu lain yang disembunyikan?



oleh Melayu Cindia

Pemuda UMNO menggambarkan pakatan pembangkang umpama –Cerberus-raksasa hodoh dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepada terjulur dari badan.

“Bayangkan betapa susah dan menyesalnya menjadi badan kepada raksasa ini – satu kepala nak makan, satu kepala nak tidur dan satu lagi nak jalan. Pasti hura hara jadinya, Itu belum lagi kalau ketiga-tiga kepala bergaduh saling mengigit hingga boleh terjelepok jatuh di tengah jalan,” kata ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, beliau menegaskan, politik raksasa hodoh ini semakin nyata dengan DAP – sehingga mayat mereka dilangkah tidak akan sebulu dengan PAS. Manakala PAS pula katanya, tidak memberi keutamaan kepada penubuhan negara Islam demi menjaga hati DAP dan PKR sedang berkecamuk krisis dalaman gilakan kuasa.

Katanya, penyatuan pakatan pembangkang hanyalah wayang bagi memastikan ikatan rapuh mereka tidak terungkai dan tembelang dalaman mereka tidak dihidu sesiapa. Justeru itu, Khairy mengingatkan pergerakan Pemuda UMNO tidak sampai terrikui-ikut jejak langkah pembangkang dan hanya bersandar kelemahan pihak lawan. Dalam pada itu katanya, pergerakan itu penyumbang besar keahlian baru berbanding sayap-sayap lain dengan pertambahan 41,663 ahli. Beliau mahu usaha menambah bilangan ahli ditingkatkan bukan sekadar melepas batuk di tangga dan memastikan ahli baru didaftar sebagai pengundi.

“Saya juga tidak mahu lagi mendengar kes-kes mereka yang mahu menyertai UMNO terpaksa menunggu beberapa tahun kerana karenah birokrasi dan sabotaj politik yang rasa terancam dengan kedatangan bakat baru,” ujarnya. Beliau berkata, gelanggang siasah semasa tidak lagi memberi ruang kepada pertembungan kuasa semata-mata tetapi lebih utama ia juga membabitkan "persaingan minda dan pertempuran idea".

"Suka tak suka, mereka yang mencabar ideologi politik kita perlu kita depani di pentas politik yang bertunjangkan ilmu, agar mereka dapat kita tewaskan dengan kekuatan hujah dan ketajaman intelek. Bukannya bergantung kepada kuasa eksekutif semata-mata," katanya.

Seramai 795 perwakilan Pemuda menghadiri perhimpunan itu yang turut disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Khairy turut menekankan mengenai perlunya Pemuda UMNO untuk mendekati dan mendampingi golongan muda melalui pendekatan yang berpaksikan pemikiran membina dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu.

"Kita perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja dan bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah. Anak-anak muda ini mempunyai idealisme dan pandangan tersendiri dan cara untuk memenangi hati golongan ini adalah dengan melibatkan mereka secara langsung dalam proses pembinaan negara," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan yang lebih luas kepada oang muda dan ini perlu diatasi oleh UMNO khususnya bagi memperkukuhkan sokongan muda kepada parti yang kini berusia 64 tahun.

Beliau berkata, generasi muda amnya amat berharap agar UMNO bersikap lebih terbuka kepada Pemuda dan dalam masa sama membimbing mereka agar tidak tersilap langkah. "Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikan kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia," katanya dengan diiringi tepukan gemuruh oleh perwakilan dan pemerhati.

Khairy yang turut mengimbau mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), mahu Pemuda lebih jelas dengan falsafah Model Baru Ekonomi (MBE) yang sama sekali tidak mengenepikan agenda bangsa sebaliknya bertujuan mengemaskini cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB diatasi. Beliau juga menegaskan harapan Pemuda untuk bangsa adalah kejayaan yang hakiki dan kemajuan yang sejati dan tidak hanya sekadar tertumpu kepada mempertahankan hak, kedudukan dan keistimewaan.

"Kita perlukan naratif yang lebih berani demi mencapai kejayaan yang tidak kita kecapi sepenuhnya sebelum ini," katanya. Beliau berkata, naratif baru itu tidak hanya terhad kepada agenda ekonomi bangsa tetapi pendekatan baru yang lebih progresif juga melahirkan orientasi politik yang baru. Ketika meminta orang Melayu supaya berjiwa besar dan menghayati politik kesederhanaan, Khairy berkata sensitiviti bumiputera juga perlu dijaga dan mereka juga mesti memahami perasaan orang bukan Melayu.

Beliau turut menyelar politik pembangkang yang "cakap tidak serupa bikin" dan "politik raksasa bodoh", sambil mengingatkan Pemuda Umno supaya tidak mengikut jejak langkah pembangkang. Khairy juga berkata sebagai sebuah organisasi politik yang berteraskan pencapaian, hala tuju pergerakan itu wajar diukur dengan beberapa petunjuk prestasi seperti jumlah peningkatan keanggotaan baru dan mendaftar mereka sebagai pemilih.

Comments

0 comments to "Sekitar Hari Pertama Perhimpunan Pemuda UMNO 2010"