CHANNEL UMB

200 Ahli PKR Merusuh

Monday, November 22, 2010 by PAPA GOMO · 0 comments
Filed under:



Kira-kira 200 orang yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.

Diketuai bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala, penyokongnya daripada 14 buah seluruh selangor hadir untuk protes ringkas selama 45 minit.

Mereka yang membawa kira-kira 20 kain rentang, antaranya berbunyi "Jenapala The Hero", "Keadilan yang tidak adil" dan "Shame on you Anwar".

Jenapala di dalam ucapannya menuntut supaya pemilihan diadakan dengan telus dan pemilihan ini tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi.

"Jalankan pemilihan dengan telus. Parti (ini) cakap mengamalkan demokrasi dalam pemilihan, tetapi di mana perkataan itu lagi," katanya sambil mendakwa ahli PKR sudah ditipu dengan janji-janji kosong.

Beliau juga turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan calon timbalan presiden Azmin Ali daripada anggota parti.

"Kalau hendak (Azmin) simpanlah untuk selama-lamanya," katanya menyindir.

Jenapala sebelum ini pernah mengadakan perhimpunan yang sama, dengan motif yang serupa di tempat itu.

Bagaimapun, ketika itu, jumlahnya hanya separuh daripada yang hadir hari ini.
Sumber Bernama

Comments

0 comments to "200 Ahli PKR Merusuh"