CHANNEL UMB

Showing posts with label Dr Meletop. Show all posts
Showing posts with label Dr Meletop. Show all posts

USD120,000 Sejam Bayar Dr. Porntip aka Dr Meletop

Thursday, October 22, 2009 by pisau · 7 comments
Filed under:



Dr. Porntip diupah sebegini besar semata-mata untuk menegak benang basah. Gurband Singh, keluarga Hock dan Pakatan berasa kes ini tidak memihak kepada mereka kini di penghujung mahkamah untuk diadili.


PAKAR Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan diberi bayaran sebanyak USD120,000 bagi setiap satu jam sejak berada di Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dr. Porntip ditugaskan untuk menimbulkan keraguan terhadap memeriksa dan bedah siasat yang dilakukan oleh pakar dari Malaysia, iaitu Dr. Khairul Azman dan Prashant.

Kerajaan Selangor telah menghantar wakil untuk berjumpa dengan Dr. Porntip dan berjanji akan menyelesaikan kes ini dalam masa sehari sedangkan perkara sebaliknya yang berlaku.

Adakah perbelanjaan tambahan akan dikenakan sekiranya Dr. Porntip tinggal lebih lama di Malaysia?

Bayangkan berapa jam sehari Dr. Porntip 'disewa' oleh Kerajaan Selangor selain menyediakan hotel yang disewa khas bernilai RM800.00 semalam, diberi elaun perbelanjaan untuk makanan, 'claim elaun' kerana bertugas di luar negara sebanyak USD 20,000 sehari, tiket kapal terbang dan turut menyediakan pakaian.

Kenapa Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim meluluskan wang sebanyak itu semata-mata untuk membela keluarga Teo Beng Hock sedangkan masih ramai pakar tempatan yang boleh diupah dengan murah untuk tujuan yang sama?

Adakah pakar perubatan dan forensik di Malaysia semuanya tidak betul dan berat sebelah apabila menyatakan kebenaran yang Teoh membunuh diri atau dibunuh oleh rakannya sendiri?

Melalui sumber yang terdekat (maaf abe MIE tidak boleh dedahkan) dengan Khalid Ibrahim, dua minggu lepas, atas desakan pihak tertentu, Gurband Singh telah memohon kelulusan dari Khalid Ibrahim untuk membayar 'sewa' dengan menggunakan hasil Kerajaan Negeri Selangor kepada Dr. Porntip semata-mata menimbulkan keraguan pada kes kematian dengan hanya MENELITI GAMBAR YANG DIBERIKAN SAHAJA.

Menurut Gurband Singh, populariti Dr. Porntip mampu mempengaruhi saksi-saksi mahkamah sebelum ini. Sekiranya PENDAPAT Dr. Porntip diguna pakai untuk kes ini sudah tentu pakar-pakar perubatan dari Malaysia akan dimalukan sebagaimana stereotaip (anggapan buruk) diberikan kepada agensi kerajaan yang lain, antaranya polis, SPRM, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), JPA dan lain-lain lagi oleh rakyat Malaysia.

Siapa Dr. Porntip?

Dr. Porntip merupakan seorang pakar forensik terkenal di peringkat antarabangsa dan kini bertugas sebagai Director of Central Institute of Forensic Science Thailand. Kenapa Dr. Porntip dipilih menjadi doktor penyiasat persendirian untuk kes ini sedangkan pelbagai saksi telah memberi keterangan seolah-olah memberi gambaran keluarga Teoh, Gurband Singh dan Pakatan Rakyat akan tewas dalam kes ini.

1. Orang pertama memperkenalkan DNA sebagai bahan bukti untuk kegunaan di Mahkamah Thailand bagi kes-kes kematian yang tidak mempunyai saksi.

2. Pada tahun 2005, pernah menjalankan kajian ke atas mayat-mayat yang reput akibat mangsa Tsunami untuk dituntut oleh keluarga dan saudara mara.

3. Pada tahun yang sama, National Geography membuat satu rakaman dokumentari mengenai tugasnya di wilayah Phang Nga ketika mengkaji mayat mangsa Tsunami.

4. Diupah untuk menyiasat kematian pelakon kungfu terkenal dari Hollywood, David Carradine di dalam sebuah bilik hotel di Bangkok. Beliau telah membuat siasatan dengan melenyapkan andaian terhadap David kononnya dibunuh oleh pihak tertentu sedangkan pelakon berkenaan membunuh diri ekoran terdapat bahan kimia yang dipanggil autoerotic asphyiation di dalam tubuh David.


Semasa perbicaraan pada 21 Oktober 2009 yang lepas, Dr. Porntip ditanya oleh Peguam Tan Hock Chuan, "setujukah memandangkan kamu tidak memeriksa dan membedah siasat mayat Beng Hock, tidak pergi melawat tempat kejadian di tingkat 14 Plaza Masalam dan tidak dibekalkan beberapa dokumen relevan, adalah tidak tepat kamu menganggarkan peratusan tersebut.

(Maksudnya, dengan hanya melihat gambar, Dr. Porntip membuat andaian kemungkinan besar atau 80 % Beng Hock dibunuh dengan melihat kesan hentakan di buntut dan kepala.)

Kata Dr. Porntip, "Saya tidak perlu melihat mayat kerana menjaga hak mayat tersebut".

Sambungnya lagi, "Dalam kes ini saya tidak mengetahui yang ia sudah melibatkan isu politik. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya membentangkan PENDAPAT KEPADA MAHKAMAH BERDASARKAN PERMOHONAN PEGUAM". (petikan dari Utusan Malaysia)

Dr.Porntip juga sedia melihat rangka mayat Beng Hock dan menjalankan bedah siasat kali kedua.


abe MIE- Sekiranya Dr. Porntip berjaya mempengaruhi hakim, sudah tentu kes ini akan memihak kepada keluarga Beng Hock dan Pakatan Rakyat akan menggunakan isu berkenaan untuk menghentam dan memburukkan agensi kerajaan yang diterajui oleh BN terutamanya SPRM.

abe MIE- Kita tidak faham- kejayaan Dr. Porntip mengenal pasti mayat mangsa Tsunami melalui DNA hampir 'tepat' namun dalam kes kematian Beng Hocki amat berlainan sama sekali. Siapa yang menjadi saksi kepada kematian akibat malapetaka Tsunami melainkan Ombak dan Tuhan! Sedangkan di dalam kes beng Hock, sebelum terjun dari tingkap bangunan, semua orang menyaksikan kelakuan ganjilnya.


Cuba perhatikan kenyataan yang dikeluarkan Oleh Gurband Singh pada saat-saat akhir dengan menggunakan pengaruh Dr. Porntip untuk memberitahu yang Beng Hock dibunuh sedangkan pelbagai saksi dikemukakan menunjukkan keraguan terhadap dakwaannya. Adakah sistem kehakiman negara juga dijadikan 'pentas politik' sebagaimana Pakatan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK)?



sumber: abemie

Nizar OII!!! Baru Ku Tahu Dr Meletop Ada Hubungan Sama Anwar Atartuk

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,


oleh Encik Tukang Taip

Terkinja-kinja nampaknya beberapa pihak berseronok, apabila Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr. Death mengatakan KEMUNGKINAN 80 peratus kematian Teoh Beng Hock dikaitkan dengan pembunuhan. Dengan sepintas halilintar Anwar Atarturk pun mengeluarkan kenyataaan bahawa dia tidak terkejut pun kenyataaan Dr. Porntip tersebut, seakan sudah tau apa yang akan diucapkan oleh Dr. Porntip pada sesi inkues kematian Teoh Beng Hock.

Di Ruang lobi Mahkamah, Roniu Liu sentiasa bergerak bersama dan tidak lekang dari punggung pakar tersebut yang dibawa khas dari negara gajah putih oleh Kerajaan Negeri Selangor. Agaknya pada fikiran Roniu Liu, Dr. tersebut kemungkinan besar mampu menyelamatkan imej dirinya, DAP dan Kerajaan Negeri Selangor .

Tukar Tiub ada menceritakan sedikit latar belakang Pornthip yang dipuja oleh Sebahagian besar penyokong Anwar, namun tidak semua yang diceritakan hanya yang positif sahaja. Nama sebenar Dr. ini ialah Pornthip Rojanasunand lahir pada 21 Disember 1955 dan merupakan seorang ahli patologi forensik Thailand, juga merupakan penulis dan aktivis hak asasi manusia.

Lantaran penglibatan dalam Human Right beliau mengenali Tian Chua, Elizabeth Wong dan aktivis hak Asasi dalam PKR/DAP di Malaysia.Kini beliau merupakan Pornthip Pengarah Institut Sains Forensik, Thailand. Dan orang yang bertangungjawab menjadikan DNA sebagai bukti di Mahkamah Thailand.

Nama beliau menjadi sebutan apabila berlakunya kejadian tsunami di Thailand dan beberapa Negara asia pada tahun 2004. Pada masa itu beliau telah masuk campur dalam banyak perkara berkaitan urusan pengenalan mayat hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak berkuasa.

Sebenarnya pandangan mengenai hasil penemuannya bukanlah digunapakai semua pihak di Thailand, malah ada yang meragui krediboliti Dr. Pornthip. Kerana wanita yang selalu berpenampilan imej rangi ini adalah seorang yang gila publisiti kerana sentiasa ingin menonjolkan kehebatan dirinya. Malah ada yang berpendapat sebagai penulis, tidak mustahil dia banyak menimbulkan kontoversi untuk melariskan jualan bukunya. Satu situasi yang pelik Pornthip seakan mempunyai dendam kepada pihak polis dan keselamatan, hingga banyak kali berikrar untuk mencari kesalahan pihak berkuasa.

Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Natio. Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.

Ketidakpercayaan sepenuhnya masyarakat Thailand atas hasil Dr. Porntip dapat dilihat pada kes tahun 1999, apabila seorang ahli Parlimen Thailand Hangthong Thammawattana ditemui mati dengan peluru menembusi kepalanya. Hasil autopsi yang dilakukan oleh polis menunjukkan bahawa Hangthong telah membunuh diri. Namun autopsi kedua dilakukan oleh Dr Porntip menunjukkan bahawa dia dibunuh.

Ini menyebabkan kakak Hangthong iaitu Noppadol ditangkap dan didakwa dengan kes pembunuhan. Namun, pada tahun 2006, autopsi ketiga yang dilakaukan oleh pakar forensik Universiti di Thailand, sekali lagi bersetuju dengan hasil autopsi yang dikelurkan OPFS (Pejabat Sains Forensik Polis Thailand), menyatakan bahawa Hangthong telah membunuh diri.
Kes ini menyebabkan wujudnya konflik antara Dr Porntip, Polis di raja Thailand dan ahli forensik Thailand. Beberapa pihak di Thailand berpendapat hasil keputusan autopsi Dr. Pornthip banyak dipengaruhi dari keterlibatannya dengan badan hak asasi manusia, khususnya Asian Human Rights Commission.

Sewaktu dia terlibat mencari punca kematian David Carradine, aktor Hollywood yang mati mengejut di Thailand, beberapa penganalisis mengatakan Pornthip hanya memberi pandangan berdasarkan apa yang dibaca oleh beliau dalam buku kes yang hampir sama melibatkan kematian mengejut orang barat/eropah dan bukan berasaskan fakta sebenar. Kematian David Carradine sehingga ini masih misteri dalam mencari punca sebenar walaupun banyak kajian forensik telah dilakukan.

Jika kita berasaskan beberapa kisah seperti diatas, kredibiliti Dr. Pornthip yang kini dijulang oleh Anwar dan penyokongnya sebenarnya boleh dipertikaikan. Banyak persoalan yang meragukan berkaitkan latar belakang Dr. tersebut, seperti penglibatannya dalam kerja penulisan dan senada suaranya dengan badan hak asasi manusia.

JIka pasukan forensik profesional Thailand sendiri mempertikai hasil yang dikeluarkan oleh Dr. Ponrthip adakah beliau layak memberikan pandangan kes yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock. Lebih-lebih lagi dia hanya menganalisa gambar sahaja dan lansung tidak terlibat dengan kerja-kerja bedas siasat mayat teoh sebelum ini.

Huhah yang hanya bersandarkan MUNGKIN secara logik adalah hanya membawa spekualasi sahaja, kerana ia bukanlah hujah terbaik untuk menafikan fakta yang telah dikeluarkan pihak yang lebih berautoriti.

Tentu kita masih ingat bagaimana sebelum ini kita digembarkan dengan dakwaan adanya tinggalan seakan darah ditangga pejabat SPRM di Plaza Masalam oleh Gobind Singh Deo peguam bela keluarga Mendiang Beng Hock. Andaian Gobind itu menyebabnkan Ujian terpaksa dijalankan tiga pakar DNA iaitu Dr. Seah Lay Hong; bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Amidon Anan dan saintis forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant. Hasil yang dikeluarkan selepas dibuat ujian terperinci didapati ia bukanlah darah seperti yang diandaikan Gobind.

JIka benar kerajaan ingin melakukan bedah siasat semula keatas punca kematian Beng Hock, seharusnya kerajaan tidak terperangkap dengan mainan Anwar Atarttuk.

Sejarah pernah menunjukkan para golongan Yahudi dan barat pernah bersepakat memanipulasi fakta kematian kaum Armenia sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid hingga menyebabkan Kerajaan Bani Uthamaniyah diasak teruk oleh Negara barat yang waktu itu baru bangkit dari zaman kegelapan menuju era pencerahan.

Namun hari ini, para sejarahwan dan pengkaji lain tidak dapat membuktikan bahawa kematian kaum Armenia adalah disebabkan arahan Sultan Abdul Hamid. Yang jelas orang Yahudi dan barat memainkan peranan kematian orang Armenia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Bani Uthaminyah.

Sebagai ingatan Anwar banyak kali mengatakan bahawa Kerajaan Bani Uhtamaniyah adalah zalim dan sewaktu berucap di NED dia seakan bersetuju dengan sebahagian tindakan yang diambil oleh Kamal Atarturk untuk menjatuhkan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Maka itu seharusnya kita tidak hairan jika kita melihat Anwar orang paling awal memberi ulasan terhadap kenyataan Dr. Pornthip Rojanasunand semalam.