CHANNEL UMB

Showing posts with label Dato Seri Najib. Show all posts
Showing posts with label Dato Seri Najib. Show all posts

Mungkin Bala dan Raja Petra Terlupa Perkara Ini

Thursday, November 26, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,


rosmah
Rosmah Mansor berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, tarikh di mana Altantuya dibunuh.

rosmah2

Rosmah Mansor ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006. Turut kelihatan ialah Mejar Norhayati Hassan (berdiri, empat dari kiri).

rosmah3
Rosmah Mansor bersama sebahagian anak yatim ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006.



Oleh TEH TARIK SATU!

Izinkan kawan untuk memulakan tulisan kali ini dengan beristighfar.

Astagfirullah al azim, astagfirullah al azim, astagfirullah al azim.

Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini adalah insan yang kerdil dan lemah.
Ya Allah, hamba-Mu ini juga banyak melakukan dosa, kesilapan dan mudah terkhilaf.
Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini juga mudah terpedaya.
Oleh itu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini.

Fakta Tuduhan:

Datin Seri Rosmah Mansor dan Mejar Norhayati Hassan serta suaminya, Leftenan Kolonel Abdul Aziz telah dituduh terlibat dalam pembunuhan serta meletupkan mayat model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Tuduhan tersebut dilemparkan oleh pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan kemudian dipetik oleh banyak blog dan portal berita.

Beberapa media utama termasuk televisyen turut menyiarkan tulisan Raja Petra tersebut. Akibatnya ramai yang percaya Rosmah terlibat dalam kejadian itu tanpa melakukan siasatan sama ada tuduhan tersebut berasas atau tidak.

Nama Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri turut terpalit akibat tulisan tersebut. Rosmah dan Najib telah menafikan penglibatan mereka dalam pembunuhan berkenaan, namun ramai yang tetap percaya tulisan Raja Petra adalah benar.

Sedangkan Raja Petra telah pun disaman oleh Norhayati (kini Leftenan Kolonel) dan Abdul Aziz kerana menerbitkan tulisan berunsur fitnah terhadap mereka. Pasangan tersebut turut menyaman media yang menyiarkan tulisan Raja Petra di samping membuat laporan polis.

Akibat tuduhan liar yang disiarkan juga, maka Raja Petra telah didakwa dibawah hasutan. Pada masa yang sama juga, seorang pegawai perisikan yang didakwa oleh Raja Petra sebagai sumbernya yang menyebut Rosmah, Norhayati dan Abdul Aziz memang terlibat meletupkan Altantuya dengan C4, telahpun menafikan bahawa pernah memberi maklumat seperti yang didakwa oleh penulis blog tersebut.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Bahagian Perisikan Pertahanan turut mengesahkan bahawa tiada pegawainya yang memberi maklumat seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Bagi sesetengah pihak, walaupun Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April lalu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu namun ia dianggap masih belum menjawab sejauh mana penglibatan Rosmah dan Najib dalam isu tersebut.

Penemuan Kawan:

Cuba lihat dan teliti gambar-gambar yang disiarkan di atas. Gambar tersebut ialah mengenai majlis yang dihadiri oleh Rosmah dan Norhayati pada waktu yang sama Altantuya dikatakan telah diletupkan oleh mereka.

Baru-baru ini, kawan telah bertemu dengan seorang sahabat lama. Tidak sangka pula, pertemuan kali ini menerbitkan satu perbualan yang begitu mengujakan.

Kata sahabat ini antara lain:

''Ana sudah lama ingin mendedahkan perkara ini. Tetapi ana hairan juga kenapa tiada seorangpun yang mahu mendedahkannya sekaligus dapat meredakan fitnah yang ada. Baik di pihak media, mahupun di pihak Najib.

''Selama ini ana ingat fitnah terhadap Rosmah dan Najib tidaklah serius sangat dan rakyat tak akan mudah percaya. Sangkaan ana salah sama sekali. Sampai ada ahli keluarga ana yang percaya memang Rosmah letupkan Altantuya. Masya Allah.

''Ana tidak lagi mahu bersubahat dengan melindungi kebenaran. Kebenaran mesti ditegakkan segera.

''Jika tidak, akan ramai lagi yang percaya tuduhan Raja Petra ini dan akhirnya kita semua akan mati dalam keadaan percaya kepada fitnah yang maha dahsyat ini''

Itulah antara intipati yang perbualan kawan dengan sahabat ini tempohari. Menurut sahabat ini, dia hadir ke Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Rosmah.

Majlis yang diadakan di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak itu diadakan pada 19 Oktober 2006 bersamaan dengan 26 Ramadhan bermula pada lewat petang.

Katanya, dia bukan setakat hadir, malah sempat mengambil beberapa keping gambar walaupun bukan merupakan jurugambar profesional.

''Ana ada di sana sampai Rosmah pulang. Bila orang kaitkan Rosmah bunuh Altantuya pada masa yang sama dengan majlis tersebut, itu yang ana musykil sangat."

''Kita tahu Rosmah bukanlah seorang wali Allah. Juga bukan ahli sihir macam dalam cerita Harry Porter. Sudah tentulah dia tidak ada ilmu atau kebolehan untuk berada di dua lokasi yang jauh pada satu masa yang sama, bukan?''

``Dia orang biasa. Kalau nak pergi ke mana-mana dia juga kena naik kereta macam kita. Dia tak ada ilmu ghaib atau ilmu terbang atau boleh muncul di tempat lain dalam sekelip mata.

``Jadi macam mana ana nak percaya dia berada kat Shah Alam sedang meletupkan Antaltuya pada waktu itu sedangkan dia di depan mata ana di bangunan Tabung Haji. Bukan ana seorang yang lihat, beratus orang lain pun boleh lihat dia.

''Dia berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, terawih dan bermore bersama-sama dengan anak yatim. Dia balik lewat juga hari tu.''

Tambah sahabat tersebut lagi, dia tidak dapat membayangkan bagaimana Rosmah berjalan dalam gelap di atas jalan tanah berlumpur dengan berpakaian jubah hitam kalau benar dia berada di tempat kejadian.

Malah katanya, sudah tentu juga menjadi satu kesukaran kepada Norhayati untuk bergerak di atas bukit tersebut kerana dia berbaju kurung, tambahan dia adalah seorang yang agak gemuk.

''Abang rasa, logikkah dengan berpakaian sedemikian dan baru selesai solat dia terus pergi letupkan Altantuya.

''Minta maaflah bang. Akal saya kata tuduhan ini tak ada asas langsung. Saya sebenarnya sedih sangat dengan keadaan yang berlaku sekarang. Silapnya mungkin kerana orang tak tahu atau tak sedar di mana Rosmah pada malam tu.

''Kalau orang tahu di mana dia dan Norhayati berada, mungkin cerita sebegini tak akan berterusan.''

''Ana tak nak di Padang Masysar nanti, ana akan diseret dan diseksa kerana menyembunyikan kebenaran sehingga ramai percaya pada fitnah.

''Ana tak nak bang. Ana ada rakam gambar Rosmah pada hari itu. Media pun ramai datang dan ada visual yang sama.

''Ana tahu ada orang benci Rosmah. Ana juga tak selesa dan adakalanya tak suka dengan perangai Rosmah. Tetapi dalam hal ini, ana sangat yakin Rosmah memang tidak terlibat bunuh Altantuya.

''Dia ada di depan semua tetamu dan tak mungkin dia boleh hilang seketika daripada mata tetamu untuk ke tempat pembunuhan dan kemudian datang balik ke Bangunan Tabung Haji. Tak mungkin bang.

``Sekarang ana minta tolong abang untuk cari orang yang boleh dedahkan kebenaran ini.

``Ana hanya ingin mencari keredhaan Allah. Ana tidak mengharapkan sebarang habuan dunia untuk ini. Ana mahu hidup ana selamat dunia dan akhirat. Tolonglah ana.''

Bagi kawan, banyak perkara yang dikatakan oleh sahabat ini membuatkan kawan berfikir banyak perkara. Selain terkejut dengan pendedahan oleh sahabat yang seorang ini, ia juga membuat kawan berfikir tentang dosa dan azab Tuhan.

Maklumlah sepanjang Ramadhan kita dididik untuk menjadi seorang yang lebih baik. Adakah kawan seorang yang emosional hingga ada perasaan tidak suka pada Rosmah sebelum ini dan mudah percaya dengan cerita buruk tentangnya.

Yalah, kita semua kerap dimomokkan dengan pelbagai cerita negatif tentang Rosmah yang banyak ditulis dalam blog, portal berita dan facebook. Kita juga selalu keliru yang mana satu maklumat yang betul. Yang mana satu rekaan dan fitnah.

Tak dinafikan, bahawa kawan sendiri ada percaya juga dengan sesetengah tulisan Raja Petra. Ada logik akan kebenarannya. Tetapi nampaknya, dalam hal Rosmah dan Altantuya ini, kawan jadi tersentuh sedikit sebab sahabat ini datang bertemu kawan dengan bukti bergambar sekali. Rasa bersalah ada juga.

Maklumlah entah berapa kali kawan dah kutuk si Rosmah dan Najib ini. Mungkin Allah telah menentukan bahawa inilah masanya kebenaran harus diketengahkan.

Namun persoalannya, ke mana pula Norhayati dan Rosmah selepas selesai majlis di Bangunan Tabung Haji itu. Adakah mereka berjumpa Sirul dan Azilah. Dan ke mana pula Najib pada malam tersebut.

Dalam siri kedua nanti, kawan akan dedahkan banyak perkara.

Tunggu....!!!

Apa Perbezaan Di Antara DS Najib dan Anwar Ibrahim?

Wednesday, November 25, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,



Anwar Ibrahim Masih Takut Bersumpah Dengan Pelbagai Alasan.



DS Najib Bersumpah Di Masjid Guar Perahu


Apa Yang Ingin Dikatakan Lagi. Akuan Bersumpah Orang Bukan Islam Dijaja Tanpa Prasangka, Bersumpah Dengan Nama Allah SWT Oleh Orang Islam Pula Dipandang Sinis Dan Dipermainkan.

DS Najib bersumpah dengan nama Allah SWT, Anwar Ibrahim masih takut untuk bersumpah dengan memberi bermacam-macam alasan. Cerita Altantuya dijaja, tapi satu bukti pun tiada untuk mengaitkan DS Najib. Begitu juga dengan media barat yang hanya bising tanpa bukti.

Sesungguhnya Allah Itu Maha Mengetahui.

Sebarkan Wahai Semua Rakan Perjuangan !

Konsul Kehormat Mongolia Nafi Serah Gambar PM Dengan Altantuya

Tuesday, November 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Kenyataan Media Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi (17 November 2009)

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Peranchis, Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dengan model Mongolia, Altantuya Shaaribu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh akhbar Suara keadilan Bil 206 (10-17 Nov 2009).

Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak ada kepada polis. Ia tidak masuk akal langsung.

Sepanjang penyiasatan kes berkenaan saya hanya ada menyerahkan kepada Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda(gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya, malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati.

Yang pernah saya lihat ialah gambar yang direka-reka oleh pembangkang melalui teknik pertindihan (superimpose) bertujuan untuk memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut.
Justeru, saya berharap penjelasan ini akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus.

Sekian.

Nizar OII!! Isu Calon BN di Bagan Pinang : Apa Kata Guna Jalan Tengah?

Monday, September 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,


oleh Mat Rempit 1 Oren

Walaupun gua tiada kemudahan internet tapi gua tetap bersemangat untuk update blog ni di Cyber Cafe demi agama bangsa dan negara. Chewah..

Gua sebenarnye Jack. Nak cerita tentang isu calon Bagan Pinang. Ramai dah tahu Tun Mahathir tak nak Isa Samad dicalonkan sebab Isa Samad ni pernah disabitkan tuduhan politik wang.

Problemnya Jack. Isa Samad ni pengaruh die dekat Bagan Pinang ni senang cerita kalau die bertanding confirm menang dan jentera UMNO confirm buat kerja 100 peratus. Yelah kalau orang lame buat kerje bro. Senang je tarik pengundi.

Tapi Tun Mahathir keluar statement ni untuk Isa tidak dicalonkan pun gua faham untuk imej UMNO selepas ini tidak buruk pada masa akan datang walaupun susah nak menang di Bagan Pinang.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gua Mat Rempit yang bertaraf ahli UMNO ni nak bagi cadangan siket.

Apa kata kita guna 'jalan tengah'. Bukan jalan belakang macam Anwar Ibrahim selalu buat tu.

Apa Kata kita calonkan individu yang dipercayai dan rapat dengan Isa Samad serta imej yang bersih.

Confirm gua rasa Tun Mahathir dan Isa Samad boleh setuju.

Yelah Tun Mahathir tak nak Isa Samad je. Gua Rase kalau calon lain Tun Mahathir orait je.

Jangan-jangan pening-pening kepala.Terima cadangan gua je hehe.

Tapi kalau Najib nak calonkan Isa Samad gua orait je. Tapi nak jawab kritikan Tun Mahathir nanti selepas ini nanti,tolong ye geng fikirkan macam mane.

Tun Mahathir kritik untuk kebaikkan Parti je. Apa salahnya kite terime dan guna jalan tengah.

Orait geng. Apa Kata kite pilih sahaja jalan tengah yang gua cakap tadi. Selesai Masalah.
Tapi Kenala kerja kuat siket.

Kalau setakat cakap je dan tak reti nak buat kerja. Lebih baik tak payah Jack. Buat 'abes boreh' je. hehe

Abess..

NAJIB : DARI IJTIMAK TABLIGH KE MAKAH

Wednesday, July 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


aku tidak mahu apologetik hatta jilatlistik dalam penulisan. pemimpin harus taat dan patuh kepada suruhan agama.

berhadapan dengan kaabah merupakan peluang terbaik memohon petunjuk, alhamdulillah najib diyakini semakin memahami permaslahan umat islam di malaysia. inilah antara sebaik tawakal dalam memohon petunjuk.

najib harus kembali memikirkan beberapa permaslahan umat islam di malaysia. krisis berterusan dan isu yang menjadi duri dalam daging umat harus ditangani. dua minggu lepas umat melayu mengenang semula kisah natrah. natrah itu telah meninggal dunia tetapi impak kisah hidupnya pernah menggegarkan jiwa dan raga umat islam di singapura.

aku pernah menulis artikel mengenai natrah yang bertajuk 'antara zulkifli nordin dan inspektor taha kalu' beberapa bulan yang lepas. dalam penulisan itu aku menyatakan sokongan tiada berbelah bahagi terhadap usaha ahli parlimen itu yang telah membentangkan secara lengkap ide mahu menghapuskan permaslahan murtad di malaysia.

walaupun zul datang dari pkr dan ada idenya lebih menjilat anwar namun atas ISU MURTAD aku mengambil pendirian berpihak.aku bersedia menyokong zul dan mana-mana ahli parlimen melayu yang sedia menamatkan krisis murtad di malaysia.

NAJIB DAN UMNO HARUS SELONGKAR KELUHAN UMAT

krisis murtad berlaku sejak zaman natrah sebelum ia mulai meletup tatkala seorang gadis bernama siti aishah bukhari bertukar agama. di situ bermula tragedi kesakitan jiwa orang islam/melayu , mereka merintih kerna segelintir pimpinan partai politik sekadar melepas pandang isu seberat ini.. anwar pernah mengetuai gerakan antai murtad, namun bidalan sekali air bah sekali pasir beubah melanda jiwanya. kini dialah sang petualang durjana mempelopori agenda liberalisme agama !

NAJIB DAN UMNO HARUS INGAT

bahawa bukan semua umat melayu punyai keahlian umno dan pas tiada mampu hatta layak mendabik dada sebagai wakil alternatif partai melayu yang kedua.. 2 partai ini sekadar punyai keahlian juta sahaja dan disebelah sana ada kelompok melayu yang lebih besar kuasa politikal nya. mereka tiada berparti namun senantiasa mengikuti game dan rencana politikal malaysia dengan teliti.

buktinya kuasa mereka telah menggugat umno pada pilihanraya ke 12. peralihan undi luar biasa hebatnya ini bukan kerna anwar itu ganteng atau pas itu hebat, tetapi sekadar berlegar pada agenda protes sahaja. rakyat sekadar mahu mengajar umno erti amanah. mereka tiada berminat dengan retorikal segelintir pimpinan umno yang menghabiskan masa berjam bermain golf.

melayu sensisitf jiwanya. alhamdulillah dan aku akui ia sebenarnya perencanaan qada dan qadar tuhan maha esa, setahun berlalu pasca pilihanraya mac 08 maka kegampangan wajah sebenar anwar dan pas diperlihatkan satu persatu .

bermula dengan ide gila khalid samad menjaja ALLAH digereja kristus,disusuli dengan mainan politikal brengset pas mengenai hudud,kemunculan nizar manusia petaka bangsa dan agama,apatahlagi anwar sang dorjana antara cerita-cerita klimaks filem yang dipertontonkan dengan begitu cepat oleh tuhan rabbullalamin.

sudah ku kata bahawa melayu pantang dihina agama dan bangsa, sekilas marah dan terguris jiwa,tiada sampai setahun protes undi luar biasa kiranya semakin berani dilakukan oleh mereka. peralihan besar undi di kuala trengganu,bukit gantang dan manek urai meropakan manifestasi kebencian pengundi melihat jelek permainan politikal ala gampangan pakatan.

NAJIB PUNYAI KUASA DAN PILIHAN

antaranya meletakkan kepentingan ALLAH SWT melebihi segalanya. di tangan ada kuasa pemerintahan. najib bisa menggunakan ia semaksima mungkin. permaslahan umat harus berani diselesaikan dengan segera. penggubalan ARTIKEL 11 yang membenarkan umat murtad harus segera dilaksanakan.murtad secara teoritikaliti dan praktikaliti harus ditamatkan dengan seberapa segera. najib bisa menggubal dan jurusan itu maka tamatlah segala usaha gerakan murtad secara demokrasi undang-undangnya.

KIRANYA NAJIB MELAKSANAKAN PENGGUBALAN ARTIKEL 11

maka akan terlihat di depan mata seluruh umat, siapa diantara mereka berkiblatkan liberalisme dan siapa antara mereka pejuang islam. kiraan politikal mileage sebenarnya memberikan keuntungan besar kepada najib dan umno. anwar dan segelintir liberalis pimpinan pas pasti meracau gila kiranya ARTIKEL 11 digubal sepenuhnya.

antara kepentingan undi dan kepentingan umat sudah pasti undi akan menjadi perkiraan anwar attaturk manusia petaka agama dan bangsa. anwar pasti bergurindam jiwa dan berretorikal kata, hak asasi dan demokrasi kitaaa akan pertahankan dan kata yang keluar dari mulut sang perosak ini akan disahut takbir oleh pimpinan dan ahli pas yang senantiasa dungu sepanjang masa..

maka satu kelompok besar melayu yang bukan ahli umno hatta pas sudah dapat menilai antara kaca dan permata. sudah pasti satu pukulan maut protes maha besar gamaknya akan mengenai anwar dan partai pas yang maha berpura-pura. najib bisa melakukan politikal checkmate antara yang paling berjaya. satu mendapat rahmat dari ALLAH swt, kedua undi melayu/islam pasti 100% beralih menyokong najib dan ketiga anwar attaturk dan partai pas yang maha pura-pura akan ditalkinkan seadanya.dalam rencana sun tzu, ada disebut bahawa peluang kemenangan bisa tercapai kiranya sang ketua punyai keberanian membuat keputusan luar biasa. peristiwa perang khandak bisa mengajar kita erti merangka strategi dan memerangkap lawan.

Artikel dari Gerakan Anti PKR

Posted by The Rock!

Tahniah Dato Seri Najib untuk 100 hari pertama!

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


KUALA LUMPUR: Sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan 11 berita yang pasti menggembirakan semua lapisan rakyat dalam usaha kerajaan memberikan masa depan lebih baik, makmur dan terjamin untuk mereka.

Berikut ialah berita gembira itu yang diumumkan beliau pada majlis 100 Hari Najib Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan turut disiarkan secara langsung RTM:

1.Pengguna kad prabayar, Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak menerima diskaun 20 peratus.

2. Kerajaan akan tawarkan 44,000 unit perumahan rakyat untuk dijual kepada penyewa di Wilayah Persekutuan.

3. Penjaja dan peniaga kecil di Wilayah Persekutuan akan menikmati potongan sebanyak 50 peratus bagi pembaharuan lesen baru mereka berkuat kuasa serta-merta.

4. Kerajaan menambah 3,000 lagi permit teksi yang permohonannya diluluskan dalam masa tiga bulan akan datang.

5. Langkah-langkah drastik bagi mengurangkan jenayah dan memerangi rasuah.

6. Permohonan pendaftaran kelahiran dipermudahkan di Sabah dan Sarawak.

7. Pembinaan jalan ditambah di Sabah dan Sarawak.

8. Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak.

9. Kadar bayaran latihan menunggang motosikal bagi kelas B2 iaitu 250cc ke bawah dikurangkan kepada RM211 mulai 1 September.

10. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta disediakan untuk usahawan muda kaum India

11. Tabung unit amanah baru dinamakan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz 10 bilion unit akan diperkenalkan.

- Bernama