CHANNEL UMB

Showing posts with label Tan Sri Isa Samad. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Isa Samad. Show all posts

Nizar OII!! Isa Dan Mat Hassan Hubungan Mereka Baik , PAS Jangan Tipu !

Monday, October 5, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , , ,

oleh Mat Rempit 1 Oren

Komplot Pembangkang sekarang ni, terutame PAS sibuk cerite yang hubungan Isa Samad dan Mat Hassan, MB Negeri Sembilan tak berape baik. Tapi gua tengok gambar kat bawah ni, boleh mesra dan gelak-gelak lagi.

Lu biar betul Jack. Jangan tipu. Tak baik..
Lu Parti Islam buat cara parti Islam. Kalau nak buat politik menghalalkan cara jangan jadi Parti Islam. Jadi Parti Komunis!!

Layan gambar di bawah ni beb. Bukti hubungan baik calon kita Isa Samad dengan MB Negeri Sembilan Mat Hassan.






Foto Ehsan Minaq Jinggo

Nizar OII!! Channel UMB : Isa Samad, PAS Memecah belahkan dan Mengelirukan Umat Islam

Thursday, October 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: , , , ,

video oleh Mat 1 Oren dan rakan-rakan..

Isa Samad dalam ucapannya mendedahkan PAS daripada dulu hingga sekarang Memecah belahkan dan Mengelirukan Umat Islam.

NIzar OIII!!! Isa Samad Calon Terbaik di Bagan Pinang

by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , ,


oleh Warisan 2057

Memahami pandangan Rakyat di Bagan Pinang. Isa Samad adalah calun yg tepat untuk Bagan Pinang. Kenapa ? Apa pendapat mereka ?

1. Isa Samad sangat dekat dan mesra dengan rakyat Bagan Pinang. Beliau sering turun kawasan secara informal.

2. Isa Samad anak tempatan. Bagan Pinang adalah kampung Isa Samad.

3. Arwah isteri beliau juga berasal dari Bagan Pinang.

4. Isa Samad juga adalah pemimpin rakyat di Bagan Pinang sebagai Ketua Umno Cawangan Kg Bagan Pinang.

5. Isa Samad berpengalaman selama 30 tahun menjadi wakil rakyat.

6. 22 tahun Isa Samad jadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

7. Sumbangan dan jasanya kepada rakyat Negeri Sembilan, khasnya di Teluk Kemang & Bagan Pinang adalah amat tidak terkira perinya.

8. Pembangunan di PD yg hebat sebahagian besar hasil idea dan usaha serta kerja keras Isa Samad.

9. Isa Samad dekat dan rapat dengan hati dan jiwa rakyat Bagan Pinang, samada Melayu, Cina atau India.

10. Beliau adalah season politician yang setentunya banyak diuji sebagai pemimpin rakyat.

11. Apa pun orang kata mengenai Isa Samad, kami yakin dengan kepimpinan beliau. Orang luar hanya pandai bercakap, mereka datang dan mereka pergi, tetapi kami tetap disini bersama beliau, kami kenal hati dan budi pemimpin kami ini.

Kami mahu Isa Samad terus berkhidmat dengan kami, rakyat di Bagan Pinang.

InsyaAllah kemenangan akan bersama beliau.

Nizar OII!! Channel UMB : Isa Samad-Minumlah Makjun Cap Dacing(BN) dan Pembohongan PAS

Wednesday, September 30, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , ,

Video oleh Mat Rempit 1 Oren dan rakan-rakan..

Tan Sri Isa Samad dalam ucapannya di Rumah Terbuka JKKK Bagan Pinang. Menggesa rakyat Bagan Pinang untuk terus menyokong Barisan Nasional dan menolak Pakatan Pembangkang terutamanya PAS yang sering melakukan pembohongan untuk berkuasa.

Nizar OII!! Sedikit Berkenaan Tan Sri Isa Samad dan Mohon Bantuan Dari Semua Untuk Bantu UMB di Bagan Pinang

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,



oleh Mat Rempit 1 Oren

Seperti yang kita tahu jack, otai lama dan orang yang paling banyak pengalaman di Bagan Pinang dilantik menjadi calon di Bagan Pinang. Tak lain tak bukan Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri memang calon yang tepat sebab dibesarkan di Bagan Pinang dan arwah isterinya juga berasal dari situ.Kalau fikir soal jasa, Tan Sri Isa pernah jadi MB 22 tahun dan wakil rakyat lebih kurang 30 tahun. Pembangunan PD(Port Dickson) yang pesat dah macam kemajuan negeri Melaka tu pun disebabkan Tan Sri Isa sendiri. Bayangkanlah orang dah pernah jage 1 negeri ,lepas tu jage bahagian. Memanglah beliau bagi terbaik punye. hehe Maju PD. Tak percaye turun tengok Jack.

Cuma ada 1 hal iaitu beliau pernah dihukum disebabkan politik wang. Tapi beliau setia pada parti dan tak memberontak macam Anwar Atartuk. Gua pernah dengar di TV yang keputusan hukuman itu pun boleh beliau pertikaikan, tapi kerana sayangkan perjuangan parti beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana gua rasa bagi beliau pemberontakkan akan memecah-belahkan UMNO dan beliau sayangkan perjuangan UMNO lebih daripada kehendak peribadi.

Lagipun beliau dah menjalani hukuman tak payahlah nak dihukum terus. Kalau PAS dan Pakatan Pembangkang banyak mulut sangat. Cermin diri sendiri dulu. Mat Sabu pernah kena tangkap khalwat. Anwar Ibrahim pernah masuk penjara, la ni tunggu bicara kes liwat. Lim Guan Eng pernah masuk penjara pun dah jadi Ketua Menteri. Fikirlah sendiri. Kalau Tun Dr Mahathir cakap gua respek, sebab dia mana pernah kena tuduhan dan kena penjara serta mengkritik dan bagi pandangan kerana kebaikkan parti. Pembangkang cakap ni gua langsung tak percaya, diorang pun 2 X 5 Jack. Cakap je lebih, da nak dekat 20 tahun Nik Aziz jaga Kelantan macam tu jugak, rakyat ramai miskin dan papa kedana. Selangor pun nak bankrupt baru 2 tahun perintah.

Kesimpulannya, InsyaAllah BN akan menang kerana calon kita memang benar-benar layak dan berpengalaman serta jasa kalau nak kira pun tak cukup kalkulator.

Justeru itu minta bantuan daripada ahli UMNO dan orang awam hatta Mat Rempit sekalipun untuk membantu kami. Antaranya ;

1) Informasi menarik atau tak menarik yang korang tahu berkenaan PRK Bagan Pinang tak kira belah pembangkang dan kerajaan.
2)Gambar dan video peristiwa di sana,tak kira belah pembangkang dan kerajaan.
3) Keperluan logistik blogger,sukarelawan atau apa sahaja yang korang nak bantu.

Korang boleh emailkan informasi,berita,gambar,cadangan dan video serta bantuan lain tersebut pada umb.ppum@gmail.com .

Segala bantuan korang geng, gua dahulukan dengan ucapan terima kasih. Kalau lu nak gua siarkan nama dan bantuan lu di blog pun tak ada hal. Beres je.

"Sama-Samalah Membantu Memenangkan Calon BN, Berat Sama dipikul, Ringan Sama Dijinjing"

abes..

Nizar OII!! Isu Calon BN di Bagan Pinang : Apa Kata Guna Jalan Tengah?

Monday, September 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,


oleh Mat Rempit 1 Oren

Walaupun gua tiada kemudahan internet tapi gua tetap bersemangat untuk update blog ni di Cyber Cafe demi agama bangsa dan negara. Chewah..

Gua sebenarnye Jack. Nak cerita tentang isu calon Bagan Pinang. Ramai dah tahu Tun Mahathir tak nak Isa Samad dicalonkan sebab Isa Samad ni pernah disabitkan tuduhan politik wang.

Problemnya Jack. Isa Samad ni pengaruh die dekat Bagan Pinang ni senang cerita kalau die bertanding confirm menang dan jentera UMNO confirm buat kerja 100 peratus. Yelah kalau orang lame buat kerje bro. Senang je tarik pengundi.

Tapi Tun Mahathir keluar statement ni untuk Isa tidak dicalonkan pun gua faham untuk imej UMNO selepas ini tidak buruk pada masa akan datang walaupun susah nak menang di Bagan Pinang.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gua Mat Rempit yang bertaraf ahli UMNO ni nak bagi cadangan siket.

Apa kata kita guna 'jalan tengah'. Bukan jalan belakang macam Anwar Ibrahim selalu buat tu.

Apa Kata kita calonkan individu yang dipercayai dan rapat dengan Isa Samad serta imej yang bersih.

Confirm gua rasa Tun Mahathir dan Isa Samad boleh setuju.

Yelah Tun Mahathir tak nak Isa Samad je. Gua Rase kalau calon lain Tun Mahathir orait je.

Jangan-jangan pening-pening kepala.Terima cadangan gua je hehe.

Tapi kalau Najib nak calonkan Isa Samad gua orait je. Tapi nak jawab kritikan Tun Mahathir nanti selepas ini nanti,tolong ye geng fikirkan macam mane.

Tun Mahathir kritik untuk kebaikkan Parti je. Apa salahnya kite terime dan guna jalan tengah.

Orait geng. Apa Kata kite pilih sahaja jalan tengah yang gua cakap tadi. Selesai Masalah.
Tapi Kenala kerja kuat siket.

Kalau setakat cakap je dan tak reti nak buat kerja. Lebih baik tak payah Jack. Buat 'abes boreh' je. hehe

Abess..

Nizar OIII !!! Isa Samad atau Tidak : Jentera BN Akan Terus Berjuang Seperti Biasa !

Wednesday, September 23, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


oleh Keris Muda

Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.

KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERIS MUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERIS MUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan Jentera BN serta UMNO seluruh negara akan turun membantu rakan-rakan di sana waima siapa pun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!

Bagan Pinang: Isa mahu pandangan semua

Wednesday, September 9, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


oleh : Abdul Rahim Sabri


Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad berkata beliau perlu mendapatkan pandangan semua pihak berhubung cadangan memilihnya sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Saya tidak dapat menjawab. Kena bincang dulu, tengok keadaan dan pandangan sayap-sayap, akar umbi dan mungkin ada calon-calon lain.

NONE"Kemudian rumus untuk dapatkan keputusan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal Ramli berkata rata-rata pemimpin Umno di bahagian tersebut umumnya ingin Isa bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Mohd Faizal berkata Isa, yang mengetuai bahagian tersebut masih dihormati dan "rakyat masih menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan beliau."

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Mengulas lanjut berhubung calon yang akan bertanding, Isa berkata bahagian tersebut akan mengadakan mesyuarat, Khamis ini, antara lain membincangkan pandangan akar umbi mengenai calon serta persiapan jentera pilihanraya BN di DUN tersebut.

Isa berkata, jentera BN di semua peringkat dan sayap-sayap di semua peringkat sedang membuat persiapan termasuk menyusun program untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Persediaan sedang buat, jentera kita tidak ada masalah. Jentera pilihan raya umum yang lalu, kita panggil balik," katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) akan bermesyuarat Isnin ini bagi menentukan tarikh pilihan raya susulan kekosongan kerusi tersebut.

Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian Kamil Abdul Aziz berkata pemimpin Umno di Teluk Kemang menyokong penuh supaya bekas naib presiden Umno itu menjadi calon di Bagan Pinang.

"Pemimpin Umno di Teluk Kemang, teguh sokongannya terhadap beliau untuk menjadi calon.

"Memang beliau orang lama. Beliau ada kekuatan dan pengaruh di situ. Hubungan beliau dengan masyarakat, baik. Bagan Pinang itu kampungnya," katanya.