CHANNEL UMB

Showing posts with label Kes Liwat Anwar. Show all posts
Showing posts with label Kes Liwat Anwar. Show all posts

Kisah Ezam dan Sukma di Penjara Kajang

Thursday, February 18, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


sukmadarmawan
Oleh Kumbang, AIDCclub

Cerita Ezam tinggal di blok yang sama dengan Sukma di penjara Kajang telah Kumbang dengar hampir 2 tahun lalu daripada kalangan rakan PKR. Cerita ini sebenarnya sudah menjadi rahsia umum di kalangan mereka. Rata-rata ahli PKR hanya mengetahui punca Ezam keluar daripada PKR adalah kerana bekas ketua pemuda keadilan itu kecewa dengan sikap Anwar yang melebihkan Azmin Ali dalam segala aspek.

Tetapi sebenarnya keluarnya Ezam daripada PKR adalah bermula dengan apa yang beliau dengar daripada Sukma di dalam penjara Kajang ketika 3 bulan tinggal di blok yang sama dengan adik angkat Anwar itu .
Seperti yang diceritakan rakan PKR Kumbang, pada mulanya perbualan Ezam dan Sukma hanya berkisar tentang hal-hal biasa berkenaan Anwar. Tetapi lama-kelamaan setelah lama tinggal bersama, Sukma mula menceritakan sesuatu mengenai Anwar yang mengejutkan beliau dan membuat beliau berfikir 2 kali untuk meneruskan perjuangan dalam Keadilan.

Menurut rakan PKR Kumbang itu, Sukma telah menceritakan kepada Ezam mengenai kisah 'urut-mengurut' beliau dengan Anwar.

Keluarnya Ezam daripada penjara, beliau mula memikirkan hala tuju baru di dalam kerjaya politik beliau. Tetapi beliau mengambil keputusan untuk terus berjuang di dalam keadilan kerana ingin fokus mendedahkan salahlaku Kerajaan dan bukan hanya fokus untuk membebaskan Anwar sahaja, dengan kata lain Ezam memberi peluang kedua kepada Anwar dan berharap mantan timbalan perdana menteri itu bertaubat walaupun beliau telah mendengar kisah 'urut-mengurut' Anwar daripada Sukma.

Tambahan lagi beliau berasa kasihan kepada Wan Azizah dan anak-anak Anwar. Faktor kasihan kepada Wan Azizah dan anak-anak Anwar ini yang menyebabkan Ezam masih tegar mengunci mulut dan menyimpan rahsia mengenai hal di dalam penjara itu. Tidak menghairankan sehingga kini anak-anak Anwar masih menghormati Ezam walaupun berbeza pegangan politik.



Mimpi ngeri cerita Sukma di dalam penjara kembali kepada Ezam beberapa tahun selepas itu apabila beliau menerima panggilan telefon daripada Wan Azizah yang ketika itu berada di Amerika. Wan Azizah berpesan kepada Ezam "you make sure,tiada jantan,tiada betina di rumah". Ezam kemudian mula berfikir dan bertanya kepada diri sendiri kenapa Wan Azizah berpesan perkara seumpama itu kepada beliau.

Tidak lama selepas itu, tanda-tanya mula seakan terjawab apabila Rashid, pekerja di rumah Anwar dipecat selepas satu pertengkaran antara Anwar dan Wan Azizah sejurus selepas presiden PKR itu pulang daripada Amerika. Punca Rashid dipecat adalah kerana Wan Azizah tidak mahu suaminya terlalu rapat dengan Rashid seperti Sukma.

Menurut rakan PKR Kumbang lagi, Ezam selepas pemecatan Rashid yang kontroversi itu meneruskan siasatan untuk mengetahui rahsia-rahsia Anwar yang lain dengan menemui Nallakarupan. Ketika perjumpaan itu Nalla dikatakan telah menunjukkan satu tayangan video kepada Ezam dan hal video itu yang menyebabkan Ezam nekad mencari alasan untuk keluar daripada PKR.

Apa yang ditunjukkan dan diceritakan oleh Nallakarupan masih menjadi rahsia hingga kini.

Adakah Nalla menceritakan tentang hubungan Anwar dan Rashid?

Adakah Nalla menceritakan tentang Anwar mencari Sukma di sebuah hotel di Jakarta sebaik sahaja selepas bebas dari Penjara Sungai Buloh?

Hanya Ezam tahu apa sebenarnya yang didengar beliau dan beliau sendiri boleh menjawab semua persoalan-persoalan diatas.

Apa salahnya Ezam berkongsi, rakyat akan lebih kenal siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Boleh baca juga mengenai cerita Ezam dan Sukma di Penjara di sini dan sini.

sumber - kumbang

Nizar PKR ! Tangguh Lagi : Permohonan Anwar batal pertuduhan liwat 23 November

Tuesday, November 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: ,


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari.

Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.

Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut menetapkan tarikh yang sama untuk sebutan kes liwat tersebut. - Utusan

Liwat : Tujuh saksi yang ditakuti Anwar!

Friday, July 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,




Oleh Cyber1trooper, AIDCclub

Hari ini 24 Julai sepatutnya Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan kes liwatnya. Sekiranya permohonan Anwar ditolak, maka sebutan kes akan mula bermula hari ini, selepas keputusan dibuat oleh hakim. Tidak tahulah hari ini juga Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk menangguhkan kes lagi, maklumlah Anwar sendiri akan mencari seribu alasan untuk berbuat demikian, termasuk 'sakit', walhal semasa menghadiri kematian Teoh di Melaka, dia segar bugar, sanggup berjalan kaki mengiringi kereta mayat dan sanggup 'ruku' sama naik dengan Lim Kit Siang kepada mayat Teoh.

Apabila melihat perbuatannya yang sanggup 'ruku' (tunduk) kepada mayat Teoh, sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, satu perkara yang bermain di minda, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk 'menggadai' dengan agama, semata-mata untuk mendapat undi Cina. Lim Kit Siang nak 'ruku'(tunduk) sampai paras lutut pun tak apa, sebab itu agama dia. Tetapi Karpal Singh, tidak 'ruku' atau menundukkan kepala, dia hadir untuk menghormati mayat, tetapi dia tidak tunduk, kerana dia menjaga patang larang agamanya. Tetapi Anwar lebih laju daripada Kit Siang, seolah-olah Anwar adalah seorang humanis yang tidak ada pegangan agama.

Bayangkan Anwar yang sedang meruku' kepada mayat mendiang Teoh itu adalah Presiden PAS (seperti yang diramalkan oleh Subky Latif) atau Presiden ABIM yang pernah dipegang ketika muda-muda dahulu, apa pandangan masyarakat Islam kepadanya. Sebab itu Allah tidak makbulkan Anwar menjadi Presiden PAS seperti yang didoakan oleh Subky Latif.

Sebab itu, Anwar bukan Anwar yang dulu. Bukan Anwar ketika Presiden ABIM atau ketika diramal menjadi Presiden PAS. Anwar sekarang adalah seorang yang humanis dan pluralis serta sanggup menggadai Islam kepada agama lain.

Sebab itu, jika Anwar sanggup 'ruku' kepada mayat Teoh, jangan terkejut Anwar juga 'ruku' kepada Yahudi, sujud kepada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Madeline Al Bright, malah memuja-muji Presiden Obama seolah-olah manusia paling berkuasa di dunia, melebihi kuasa Tuhan. Kaji ucapan Anwar di Doha, memuji Obama dan meletakkan dirinya ke dalam diri Obama, manusia-manusia yang memperjuangkan 'kebebasan', 'demokrasi', 'pluralisme' dan 'humanis'

Anwar memasukkan watakkan seumpama Obama iaitu orang yang memperjuangkan demokrasi adalah matlamat segala-galanya yang berteraskan 'vox Populi vox day' iaitu 'Kekuasaan Rakyat sama dengan kekuasaaan Tuhan'

Jadi di atas premis ini, Anwar sanggup ruku kepada mayat Teoh, walaupun bertentangan dengan Islam, Anwar sanggup bertuankan Yahudi seperti ketua (pernah menjadi budak suruhan Paul Wolfowitz), Anwar bertuhankan 'demokrasi' melebihi Al Quran dan As Sunnah, tidakkah mungkin Anwar juga seorang peliwat, yang memangsakan pekerjanya sendiri, Saiful Bukhari Azlan ?

Semua ini tidak mustahil kerana manusia yang sifatnya 'gila kuasa', ghairah kepada 'demokrasi', 'humanis', 'pluralis' dan 'diktator', Allah campakkan ke dalam dirinya satu pembalasan dunia iaitu naluri kepuasan seks kepada lelaki (homoseksual). Mustafa Kamal Ataturk, Presiden Republik Turki adalah model terbaik dalam dunia Islam. Selain diktator, merosakkan Islam di Turki. Kamal Ataturk adalah 'bapa demokrasi Turki' dan 'bapa homoseksual Turki'.

Tujuh saksi liwat Anwar

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan (saksi utama)

Saiful, 24 tahun, bekas pembantu peribadi Anwar. Dibawa masuk oleh Rahimi Osman, rakan sekolahnya yang ketika itu menjawat sebagai pembantu khas kepada Anwar Ibrahim. Pada mulanya sebagai 'sukarelawan' (walaupun nama 'sukarelawan' tetapi bergaji dan diberi penginapan percuma di Kondominium Bukit Damansara (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur). Tempat ini juga, Saiful mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang.

Selepas PRU 12, Anwar menaikkan pangkat Saiful sebagai pembantu peribadi Anwar, manakala Rahimi pula dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Anwar menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad yang menang sebagai ADUN Seri Setia, Selangor. Sekarang Nik Nazmi adalah SETPOL kepada Khalid Ibrahim, MB Selangor.

Penyokong-penyokong Anwar berusaha mengalihkan isu mengatakan kenapa Saiful melaporkan kepada polis ketika diliwat pada 26 Jun 2008, sedangkan dia sudah diliwat sembilan kali sebelum ini ?

Nampak seperti logik hujah penyokong-penyokong totok Anwar ini, bahkan soalan ini seolah-olah telah diprogramkan/ditaklimat kepada pendokong-pendokong PKR. Soalnya dari mana penyokong PKR tahu, Saiful diliwat Anwar sebanyak 9 kali ? Soalan kedua, kalau sudah sampai 9 kali Anwar meliwat Saiful, bermakna benarlah Anwar seorang peliwat. Bagi PKR, mereka sudah didoktrin, peliwat tidak salah menjadi ketua umum mereka, bahkan mereka berusaha menobatkan Anwar sebagai 'bakal PM', kerana Mustafa Kamal Artaturk, seorang homoseksual pun boleh menjadi Presiden Republik Turki.

PKR bukan bertunjangkan agama, parti mereka bertunjangkan 'demokrasi' dan 'hak asasi', sebab itu, moral ahli, dari ketua umum hingga ke ahli-ahli tidak pernah dititikberatkan. Bagaimana moral Elizabeth Wong, moral Zaid Ibrahim ?

2. Rahimi Osman

Seperti yang diulas di atas, dia adalah kawan baik Saiful. Kawan baik sejak dari sekolah. Malah mereka pernah satu kelas. Semasa di universiti, Rahimi menuntut di UIA, manakala Saiful menuntut di UNITEN. Kedua-dua tidak berjaya menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

Seperti kata Saiful, kalau dia diperlekehkan sebagai tidak habis universiti, bagaimana pula dengan Rahimi? Bagaimana dengan Jonah yang menjadi Timbalan AMK Pusat?

Kata saiful, Anwar sengaja memilih budak-budak muda yang low class, supaya senang dieksploitasi dan dijadikan hamba suruhannya. Kalau yang muka 'jambu' seperti Saiful dijadikan pembantu peribadi merangkap hamba seksual.

Rahimi pernah memegang jawatan Presiden Anwar Ibrahim Club(AIC), tetapi tidak digemari oleh sesetengah pihak dalam AIC terutamanya Najwan Halimi dan Marini Kamal. Bermakna semasa Rahimi memegang jawatan Presiden AIC, pecah dua kelompok, kelompok penyokongnya adalah Saiful Bukhari, manakala kelompok menentangnya adalah Najwan Halimi dan Marini Kamal.

Rahimi pun mempunyai misteri yang tersendiri. Pernah satu ketika dikatakan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Anwar kerana mahu menumpukan kepada perniagaan, tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali bekerja dengan Anwar. Apa misteri sebenar ?

Yang lebih misteri lagi, Rahimi pernah digossipkan dalam internet, mengatakan dia juga merupakan 'jambu' Anwar. Soal lemah lembut, memang itu sifat peribadi Rahimi, tetapi tidak dapat dipastikan adakah Rahimi juga merupakan 'jambu' Anwar.

Barangkali secara kebetulan, sesiapa yang dilantik berjawatan 'peribadi' atau 'sulit' selalunya kaitan dengan hal-hal yang bercorak 'peribadi'/'sulit'. Saiful Bukhari (pegawai peribadi), Azmin Ali (Setiausaha Sulit) dan Rahimi (Setiausaha Sulit).

3. Rashid Othman

Rashid Othman mungkin nama baru kepada rakyat Malaysia, tidak sepopular Saiful Bukhari atau Rahimi Osman. Tetapi nama Rashid sangat dikenali oleh Anwar dan Wan Azizah. Malah orang inner circle Anwar (yang boleh masuk melalui dapur ke rumah Anwar) sangat mengenali Rashid.

Rashid adalah kenalan Anwar semasa di penjara Sungai Buloh. Ketika menghabiskan sisa-sisa pemenjaraan di Sungai Buloh, selain hobi Anwar membaca buku-buku Shakepeare, hobinya juga adalah berurut.

Ketika itu Rashid adalah salah seorang tahanan penjara Sungai Buloh dan Rashid menjadi 'kawan paling rapat' dengan Anwar. Rashid juga sering mengunjungi sel VIP Anwar untuk berurut.

Setelah Anwar keluar penjara Sungai Buloh pada 2004, pada tahun yang sama juga Rashid turut dibebaskan. Anwar menghubungi semula Rashid dan melantiknya sebagai pembantu peribadi merangkap 'tukang urut'. Rashid juga bukan kelulusan tinggi, tetapi keistimewaan sebagai tukang urut muda, menyebabkan Anwar sanggup beri gaji lumayan termasuk bonus-bonus.

Pada mulanya Anwar membawa Rashid bertugas di rumah peribadi Anwar dan diberi bilik khas, tetapi memandangkan Wan Azizah tidak 'mengemari' kehadiran Rashid ke rumahnya, Anwar kemudiannya memindahkan Rashid di tempat rahsia. Khabarnya ditempatkan dikondominium pejabat rahsia Saiful.

Ketika itu Anwar berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Malah lebih banyak masa ditumpukan di Amerika Syarikat. Anwar juga telah menghantar semua anak-anaknya (kecuali Ehsan) melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat. Sebagai seorang pekerja Washington, di bawah Presiden Bush, Anwar diberi keistimewaan menghantar anak-anak melanjutkan pengajian ke Amerika. Keistimewaan yang diberi kepada Anwar akan turut dinikmati oleh anak-anaknya. Itulah kesitimewaan sebagai pekerja Presiden Bush.

Satu ketika, Azizah berangkat ke Amerika Syarikat melawat anak-anaknya yang sedang menuntut di sana, manakala dalam masa sama, Anwar pula balik ke Malaysia menghadiri program PKR.

Semasa Anwar berada di rumah kediamannya, hanya inner circle sahaja yang boleh berjumpa dengan Anwar. Ketika itu, Ezam salah seorang inner circle Anwar yang menjawat jawatan Ketua AMK PKR.

Ezam berkunjung ke rumah Anwar untuk berbincang mengenai perancangan parti. Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan 'siapakah yang ada dalam mesyuarat itu'. Ezam menjawab satu persatu. Wan Azizah kirim lagi SMS, bertanyakan soalan, 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain ?'. Ezam jawab tidak ada. Wan Azizah kirim lagi SMS dengan beri peringatan, 'Pastikan tiada mana-mana lelaki bermalam di rumah Anwar'. Ezam jawab ok!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbicangan dengan Anwar dan di pertengahan perbincangan, seorang lelaki 'pembancuh kopi' membawa air kepada Anwar, Ezam dan beberapa orang lain. Pembancuh kopi itu bukan Saiful Bukhari, tetapi Rashid.

Soalnya, apakah kuasa Ezam mahu menunaikan permintaan Wan Azizah supaya tidak ada mana-mana lelaki menginap di rumah Anwar, kerana Rashid adalah pembancuh kopi dan tukang urut Anwar. Gila ke Ezam mahu halau Rashid, sedangkan dia diminta oleh Anwar untuk bermalam di rumahnya menjadi pembantu peribadinya.

Ezam keluar dari rumah Anwar dengan seribu tanda tanya. Semasa di penjara Kajang, Ezam telah mendengar perkara-perkara ini dari Sukma, tetapi Ezam menolaknya. Tetapi setelah melihat kehadiran Rashid, Ezam mula berfikir semula. Banyak soalan yang berlegar di minda Ezam yang gagal dijawab sepenuhnya.

Seandainya kes ini Anwar gagal gugurkan, Anwar bakal mendengar sendiri pengakuan-pengakuan benar daripada tukang urutnya itu secara terperinci, termasuk cerita Anwar di penjara Sungai Buloh dan cerita Anwar selepas keluar penjara.

Sebenarnya, perkara inilah yang amat menghantui Anwar. Sebab itu Anwar bermati-matian berusaha menguggurkan kes, Anwar tidak mahu semua ceritanya akan didengar oleh rakyat. Kalau rakyat tahu, maka hancurlah karier politiknya sebagai bakal PM Malaysia dan Ketua Pakatan Rakyat!

Banyak lagi akan didedahkan di mahkamah. Saiful dan rashid akan mendedahkan kisah di sebalik tabir Anwar itu.

4. Hassanuddin Abdul Hamid

Dia adalah kawan baik Anwar. Dia merupakan pemilik kondominium Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat berlakunya aktiviti liwat sepertimana yang didakwa Saiful.

Kondominium itu bertaraf mewah dan tersembunyi serta dikawal dengan rapi oleh pegawal keselamatan serta dilengkapi dengan CCTV.

Jika dibicarakan, Hasanuddin akan mendedahkan bagaimana Anwar berjumpanya untuk mendapatkan sebuah rumah mewah untuk operasi sulit, berapa bayarannya dan siapakah yang menginap di kondominium itu.

Terdapat tiga saksi lagi yang bakal dikemukakan oleh pendakwaraya. Salah seorangnya adalah Dr Osman Abd. Hamid, dari hospital Pusrawi. Sebelum ini, rakyat Malaysia dimomok-momok Anwar bahawa Dr Osman berpihak kepadanya, Anwar sedaya upaya menggunakan nota Dr Osman untuk membebaskan dirinya, tetapi hakikat sebenar, Dr Osman adalah saksi pihak pendakwa.

Cerita yang digembar-gembur oleh Anwar mengenai Dr Osman, tidak sama dengan laporan bertulis dan pengakuan bersumpah Dr Osman sendiri. Ini juga faktor Anwar beriya-iya mahukan semua dokumen dan beriya menguggurkan kes, kerana rakyat Malaysia akan didedahkan dengan cerita sebenar yang disembunyikan Anwar sebelum ini.

Sebenarnya ramai lagi saksi pendakwaraya. Bukan 7 orang, malah ramai lagi termasuk para doktor dari HKL yang bakl menghuraikan penemuan DNA mereka, pegawai penyiasat khusus Anwar yang bernama Jude Pereira dan ramai lagi.

Anwar memang takut menghadapi saat-saat pembuktian dari pihak pendakwa, sebab itu dia seboleh mungkin berusaha menangguhkan kes ini dan berusaha menguggurkan kes.

Anwar boleh rancang segalanya, tetapi semua perancangan itu tidak dapat mengatasi perancanganNYA.

sumber - cyber1trooper