CHANNEL UMB

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

200 Ahli PKR Merusuh

Monday, November 22, 2010 by PAPA GOMO · 0 comments
Filed under:



Kira-kira 200 orang yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi membantah proses pemilihan langsungnya yang didakwa tidak telus.

Diketuai bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala, penyokongnya daripada 14 buah seluruh selangor hadir untuk protes ringkas selama 45 minit.

Mereka yang membawa kira-kira 20 kain rentang, antaranya berbunyi "Jenapala The Hero", "Keadilan yang tidak adil" dan "Shame on you Anwar".

Jenapala di dalam ucapannya menuntut supaya pemilihan diadakan dengan telus dan pemilihan ini tidak dapat diterima oleh ahli akar umbi.

"Jalankan pemilihan dengan telus. Parti (ini) cakap mengamalkan demokrasi dalam pemilihan, tetapi di mana perkataan itu lagi," katanya sambil mendakwa ahli PKR sudah ditipu dengan janji-janji kosong.

Beliau juga turut mendakwa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mementingkan calon timbalan presiden Azmin Ali daripada anggota parti.

"Kalau hendak (Azmin) simpanlah untuk selama-lamanya," katanya menyindir.

Jenapala sebelum ini pernah mengadakan perhimpunan yang sama, dengan motif yang serupa di tempat itu.

Bagaimapun, ketika itu, jumlahnya hanya separuh daripada yang hadir hari ini.
Sumber Bernama

Nizar PKR! Kah Kah Kah Kempunan Jonah Nak Jadi YB!

Wednesday, November 11, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,


oleh YB MIK

Kesian sungguh disaksikan tingkah laku orang gila…. Dunia serba maju kini terdapat pelbagai bagai jenis gila…!!

Gila Judi, Gila Betina, Gila Ekor, Gila Memancing, Gila Chatting, Gila Bersiber.., dan semalam pula ada satu adegan “Gila Nak Jadi Yb”. Haa haaa, tak percaya..?

Apakah tindakan Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama timang timangannya, Jonah telah mengetuai satu program yang dikira GAGAL sama sekali..!

Bukan sahaja Jonah gagal untuk mencapai matlamatnya mahu mendesak Yb Badrul Hisham untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat, malah seperti dilaporkan oleh media, Speaker DUN Selangor Yb Teng Chang Khim juga mengecam perbuatan Jonah yang disifatkan “biadap dan tidak sopan” kerana cuba membabitkan pejabat Speaker dalam hal tersebut….

Apa disebalik tujuan dan niat Jonah telah dikupas dengan baik oleh seorang sahabat Blogger kita, sila klik sini untuk baca artikelnya.

“ … Jonah memang berharap sangat biarlah ada Pilihanraya Kecil Port Klang, dia nak jadi calon, sebab dia claim sebagai Ketua AMK negeri dia mestilah ‘ada tempat’…” ujar seorang sahabat.

Tambahnya lagi, “tapi ramai kawan dalam AMK tak bagi support, tengoklah berapa kerat saja Ketua AMK Bahagian yang datang…? Ramai Ketua ketua AMK dah malas nak layan Jonah punya personal agenda la bro..”




Jonah berbisik kepada Setiausaha Politik MB, dimana akhirnya Jonah tidak mahu membenarkan Nik Nazmi menerima memorandum bagi pihak Yb Badrul…

Sekiranya kita amat amati daripada petikan video klip rakaman demonstrasi tersebut oleh Malaysiakini, memang jelas TIDAK ramai langsung sambutan dari anak anak muda seharusnya menjadi tunggak sokongan kekuatan seorang Ketua AMK peringkat negeri. Kehadiran hanya sekitar 30 orang yang ramai sudah berumur…, terbukti bahawa Jonah hanya menggunakan program ini bagi mencapai cita cita peribadinya.

Sebagai seorang Ketua AMK negeri, Jonah seharusnya ditemani oleh 22 Ketua AMK setiap Bahagian dan jika dicampur dengan Ajk pula bilangannya mestilah mencecah lebih 30 orang, manakala sekiranya setiap Ketua AMK Bahagian hadir bersama Ajk masing masing, sepatutnya jumlah mereka yang berdemo semalam ialah lebih 100 orang “muda”.

Malang sekali, daripada rakaman yang disaksikan, terbukti hanya 3 atau 4 sahaja Ketua AMK Bahagian yang datang menyokong Ketua AMK Negeri Selangor.

Nizar PKR! Amarah Rakyat Kepada Anwar Atartuk Kian Jelas!

Friday, November 6, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


Jalan Tun Razak

Jalan Duta


Bukit Tungku berhampiran The Mall

oleh Encik Tokey Garam

Tokey meronda dengan sahabat pada awal pagi kelmarin. Asalnya mahu mengambil angin Kuala Lumpur pada waktu malam. Tak disangka-sangka Tokey terjumpa banner-banner tidak bertuan disekitar Kuala Lumpur.

Asalnya Tokey melalui Jalan Tun Razak berhampiran GH tetapi telah terjumpa
banner yang pertama diatas. Tokey berpendapat ini adalah kemarahan rakyat terhadap apa yang berlaku pagi 2 Nov dimana Anwar Ibrahim telah memfailkan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap kes liwatnya.

Setelah melalui Jalan Duta, Tokey terjumpa lagi satu
banner berkaitan hal yang sama. Wah..ini sudah betul-betul hebat nie. Individu yang gantung pasti benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku. Tokey yakin pasti ada banyak lagi banner yang sama digantung disekitar Kuala Lumpur.

Pendapat Tokey, ini telah membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan benci dengan tingkah laku Anwar Ibrahim yang cuba menafikan keadilan untuk Saiful Bukhari. Kepada mereka yang menggantung banner tersebut sekalung syabas untuk saudara kerana suara kemarahan anda sudah didengari oleh seluruh rakyat Malaysia bila Tokey mempublish cerita ini.
Minta e-mail Tokey untuk ucapan syabas atas keberanian anda

Kepada saudaraku Saiful anda tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan Allah. Percayalah rakyat Malaysia masih bersama-sama untuk berkongsi dugaan ini. Kepada sang peliwat pujangga Putrajaya berilah Tokey peluang untuk menampar mukamu sebagai tanda kekecewaan kerana merosakkan keharmonian bumi yang bertuah ini.

Tokey - Masih ada lagi gambar yang Tokey enggan siarkan kerana ini sudah cukup menggambarkan kemarahan rakyat Malaysia.

Nizar OII!!! Komplot Pembangkang Jangan Jatuhkan Kedaulatan Sultan !

Tuesday, November 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , , ,





Tidak sampai beberapa jam sahaja laporan itu disiarkan oleh Bernama, sebuah laman blog terus mengambil kesempatan untuk membuat "spin" dengan posting yang berbunyi " Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional...!!!satu-satunya Sultan yang terbabit secara lansung (sic) dengan UMNO@BN...????"


Apakah laporan oleh Bernama itu tepat atau hanya "spinning" juga oleh pemberita yang melaporkan?
Kalau dibaca secara teliti, pemberita Bernama menyebut bahawa itu adalah Titah Baginda kepada pemberita.
"Di samping itu, jambatan ini juga akan menjadi pemangkin kemajuan ekonomi kepada penduduk di sekitar Bandar Tun Razak, Jerantut dan Temerloh di mana ia memendekkan perjalanan menjadi 22 kilometer sahaja dengan memberi manfaat kepada 60,000 orang penduduk dari daerah Jerantut, Temerloh dan Maran," titahnya kepada pemberita selepas melawat tapak jambatan Kuala Krau di sini pada Khamis."

Jelas disini bahawa Baginda bukan bertitah kepada rakyat kerana ini bukan petikan titah ucapan yang dibuat dalam majlis yang dihadiri oleh rakyat ditempat Baginda mencemar duli membuat lawatan itu.

Namun, sebagai Raja Pemerintah, Tuanku Sultan adalah berhak untuk bertitah demikian kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak Baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Tuanku Sultan tidak boleh disalah anggap sebagai terbabit secara langsung dengan politik hanya atas titah yang dilaporkan oleh Bernama itu.

Kuasa untuk menyerahkan pentadbiran Negeri kepada pihak yang baginda yakini; dan dimasa ini adalah Barisan Nasional; adalah kuasa Baginda yang tidak layak dipersoalkan oleh penyokong pembangkang kerana itu adalah termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pastinya apabila baginda yakin bahawa Barisan Nasional mampu untuk memberi dan membawa pembangunan kepada rakyat dan negeri baginda, baginda sudah seharusnya menyeru dan bertitah kepada rakyat baginda bahawa kerajaan sekarang harus terus disokong.

Perkara yang sama akan dititahkan oleh Tuanku Sultan Kelantan dan Kedah (yang mana kedua-dua Negeri itu ditadbir oleh pimpinan Pas) jika sekiranya kerajaan yang menjalankan pentadbiran bagi pihak baginda, melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat baginda.(Itu pun jika ada perkara yang baik dilakukan oleh pimpinan Pas disana!)

Titah baginda Sultan menyeru rakyat meneruskan sesuatu yang baik bukan bererti masuk campur urusan politik! Pembangkang tidak berhak memanupulasi keadaan ini dan jangan bawa Kedaulatan Raja-Raja Melayu ke peringkat yang rendah.

Nizar dan PKR ! Kalau Tak Bodoh, Kenapa Masuk PKR?

by Unit Media Baru PPUM · 6 comments
Filed under: ,


OKT 21 — Pernah satu ketika dahulu ada kawan bertanyakan sebuah soalan cepumas kepada saya “Zaidel, awak tak nampak macam seseorang yang bersifat perkauman? Kenapa awak boleh masuk Umno?” Maka dengan tenang saya melihat ke arah muka kawan saya dan berkata “Awak tak nampak macam seseorang yang bodoh, kenapa awak masuk PKR?”

Jangan marah ye kawan-kawan yang merupakan ahli PKR, saya bukan cuba untuk mengutuk, cuma saya hedak menyatakan suatu pandangan melalui sindiran terhadap soalan kawan saya tadi. Janganlah kerana ada beberapa orang dalam Umno yang mungkin bersifat perkauman habis semuanya dianggap begitu, kalau ada sebahagian ahli PKR yang tidak boleh berfikir, taksub dan memuja setiap ayat Anwar Ibrahim walaupun tak masuk akal, namun saya faham ada juga di dalam PKR yang berpandangan jauh, boleh berfikir dan tidaklah taksub membabi buta.

Memang saya tahu banyak benda yang telah para pembaca sekelian dengar atau baca mengenai kami ini tapi percayalah cakap saya bahawa tidak pernah dalam mana-mana mesyuarat cawangan Umno di Hulu Kelang atau Gombak kami membincangkan hendak menikam mana-mana bangsa lain dengan keris apatah lagi membakar sekolah jenis kebangsaan.

Bagus juga kalau saya menerangkan serba sedikit bagaimana saya boleh terjebak ke dalam dunia politik dan menyertai Umno. Ianya bermula beberapa bulan selepas tamat pengajian di UTM. Ketika di universiti saya sering mengikuti penulisan-penulisan blog politik dari Malaysia Today sehinggalah ke Rockybru.

Pada masa yang sama saya langsung tidak melibatkan diri dalam aktiviti politik kampus, almaklumlah pelajar fakulti Kejuruteraan memang tiada masa untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara seperti ini. Malah sewaktu saya belajar di sana, Fakulti Kejuruteraan Elektrik mencatat peratus pengundian Perwakilan Pelajar terendah di kampus iaitu bawah 30 peratus yang keluar mengundi, itu pun calon yang menang adalah calon perempuan yang paling lawa. Jadi setelah tamat pengajian saya kini sudah ada masa jadi saya pun mengambil keputusan untuk berhenti menjadi pemerhati dan pengkritik semata-mata dan cuba untuk melibatkan diri dalam politik.

Saya memilih Umno.

Maka pada satu tengah hari yang indah saya pun naiklah ke pejabat Pemuda Umno berhampiran rumah, sampai di situ saya pun menegurlah kepada kerani di sana dan menyatakan hasrat saya untuk menjadi ahli Umno. Kemudian kerani itu yang tergamam sebentar memanggil seseorang datang berjumpa dengan saya dan berikut adalah perbualan pendek kami

“Ye boleh saya bantu?”

“Ahh saya datang ni nak jadi Ahli Umno, jadi macamana saya nak kena buat? Ada borang nak kena isi?”

“Siapa hantar awak ni?”

“Takde siapa hantar saya encik.”

“Jadi macamana awak tahu nak kena datang sini?”

“Kan dekat luar ada papan tanda besar-besar tulis Pemuda Umno.”

Kemudian musim pilihanraya pun tiba, saya pun lalulah berhadapan pejabat PAS di Taman Permata terpampang gambar Saari Sungib dan di situ tertulis yang PAS mengalu-alukan sukarelawan pemuda membantu kami menjalankan Jentera Pilihanraya. Maka saya selaku ahli Umno pun terfikir sejenak BN pasti nak pakai orang. Hatta saya pun berjalan ke arah satu rumah yang dipenuhi dengan poster Barisan Nasional yang merupakan bilik gerakan DUN. Saya yang mulanya agak gementar memberanikan diri dan masuk, di dalamnya orang undar-mandir ke hulu ke hilir sibuk tidak sedar akan saya. Maka dengan suara yang terketar saya pun memberikan salam dan menyatakan hasrat saya. Seluruh bilik tergamam melihat saya, kemudian keluarlah satu soalan cepumas yang pernah saya dengar satu ketika dahulu

“Siapa hantar awak?”

“Takde siapa hantar saya encik!”

“Macamana awak tahu nak kena datang sini?”

“Dekat luar ada bersepah-sepah poster Barisan Nasional, saya agak ini pasti bukan markas PAS!”

Bayangkan saya yang nak berkerja pun sudah kecewa apatah lagi perasaan pengundi biasa. Maka tak terkejutlah apabila Umno dan Barisan Nasional tersungkur. Barangkali pemimpin ketika itu terlalu selesa mendengar pujian-pujian kaki ampu yang mengangkat mereka di majlis dan ingat, ini bukan sahaja salah Presiden Umno ketika itu akan tetapi kesemua jentera kepimpinan yang perlu mengambil tanggungjawab.

Saya melihat ketika itu Umno menganggap ahli parti yang rendah macam saya ini adalah tidak penting dan pengkiritik itu hanyalah pengacau yang mahu memecah belahkan parti, ibarat kami ini hanyalah seekor lipas, seekor lipas yang tiada suara. Maka atas perasaan itulah timbullah blog lipassepi, yang dibuat selepas keputusan pilihanraya.

Jadi ada mungkin yang mempersoalkan kenapa saya kini tidak berada dalam Pakatan Rakyat? Kenapa masih bersama Umno? Kerana pada saya melihat Pakatan Rakyat iaitu sebuat perikatan yang langsung tidak wujud sebelum pilihanraya, yang mana DAP mati-mati tidak mengaku bekerja sama dengan PAS adalah sebuah perikatan yang dijalinkan atas dua perkara iaitu Cinta dan Benci. Cinta kepada kuasa dan benci kepada Barisan Nasional.

Selain dari dua perkara ini saya tidak nampak apa-apa persamaan dari segi ideologi antara ketiga-tiga parti yang mana satu mahukan negara Islam, satu mahukan negara sekular dan lagi satu mahukan pemimpinnya menjadi Perdana Menteri. Sebuah perikatan yang begini tidak boleh, tidak mampu dan tidak wajar menjadi kerajaan. Saya mahu perjuangkan sebuah negara Malaysia yang berteraskan Islam akan tetapi belaku adil kepada semua rakyat, Islam yang progresif, berpandangan jauh dan berwawasan. Saya menolak tafsiran negara Islam yang sempit dan cetek maka atas sebab itu saya tidak bersetuju dengan dasar Hudud PAS dan tafsiran negara Islam mereka.

Walaupun saya mahukan negara ini maju, kaya dan berjaya akan tetapi saya tidak mahu sebuah Malaysia yang tidak mempunyai jati diri dan identiti seperti mana saya lihat pada Singapura. Suka atau tidak saya melihat bahawa Barisan Nasional adalah sebuah perikatan yang terjalin sekian lamanya atas dasar mempercayai bahawa untuk memajukan negara ini dan menjadikan ianya negara yang baik perlulah semua pihak dibawa berganding bersama.

Namun sebab yang paling utama mengapa saya terus berada dalam Umno ialah kerana mempercayai bahawa sekecil lipas macam saya ini pun mampu mengubah Umno kepada sebuah parti yang kembali kepada perjuangan asalnya. Sedikit demi sedikit. Kembali kepada perjuangan yang ikhlas mahu berbakti kepada negara dan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Sebuah parti yang pragmatik, berpandangan jauh dan mengikut resam padi, semakin tunduk semakin berisi.

Mungkin ada yang bernada sini mengatakan yang saya ini akan gagal, bahawa lipas macam saya ini tidak akan mampu berbuat apa-apa di dalam Umno akan tetapi biarlah saya menjawab yang saya ini masih muda dan sifat orang muda memanglah idealis. Saya lebih rela masuk dan mencuba jalan yang sukar dari hanya duduk di tepi dan hanya tahu mengkritik dan melihat dan percayalah ramai lagi lipas-lipas dalam Umno dan Barisan Nasional mempunyai pandangan dan perjuangan yang sama seperti saya.

Dan pada hari ini, semangat perubahan semakin membara dari sebelumnya, kerana selepas pindaan perlembagaan dan sistem pemilihan pemimpin, kini buat pertama kalinya dalam sejarah Umno akar umbi memilih terus pemimpin mereka, wahai para pembaca sekelian perubahan yang baik semakin menyinari pelusuk parti ini kerana kini, Lipas, sudah tidak sepi lagi.

Bersama kita bersama, mendukung hasrat semua, berjasa pada bangsa (semua), agama (Islam) dan Negara (Malaysia).


Nizar dan PKR ! Satu lagi Mahu Keluar..Are You Ready? !!!

Monday, November 2, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,

oleh Encik Tokey

Tokey tahu ini bukan perkara main-main. Pasal duit peruntukan yang tak sampai ke tangan, dicilok oleh ADUN lain, dipulau oleh ADUN dan pelbagai masalah2 lain tak mustahil YB akan keluar ishtihar Bebas. Jangan di tunggu lagi, Ibrahim Ali pun dah plan nak buat Kelab Bebas khas untuk YB-YB yang kecewa dengan tahap diskriminasi longkang pemimpin atasan parti.

Jangan jadi pengecut macam Hassan Ali yang menyesal sain bai'ah depan Nik Aziz bila seronok nak bertanding dulu. Bila dah menyampah dengan team sendiri baru terkial-kial atur strategi supaya dipecat oleh parti.

Tokey - Command center sebelah federal highway makin sibuk semenjak hari minggu. Biarkan pejabat Khalid Ibrahim pantau blog sahabat-sahabat lain. Tunggulah...

Baca lagi mengenai perkara ini di blog YB GAP. Klik Sini.

Nizar OII!! Pergolakan PKR tidak mengejutkan -Anuar Shaari

by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: ,



BARU-baru ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengalami pergolakan sehingga mengakibatkan beberapa pemimpinnya meletak jawatan serta meninggalkan parti.

Daripada PKR Sabah Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Christina Liew hinggalah yang terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah. Semuanya menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan yang diterajui 3A, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

Untuk memahami apa yang berlaku, wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID telah menemui Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Anwar ketika berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Wawancara ini berlangsung di pejabatnya di Ayer Keroh Melaka.

Beliau pernah terlibat aktif dalam gerakan reformasi Anwar termasuklah semasa penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudian bertukar kepada PKR. Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian Permatang Pauh, satu jawatan penting dalam politik PKR memandangkan Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar dan PKR.

Anuar meninggalkan parti pada 2007 ekoran tidak bersetuju dengan hala tuju dan kepimpinan PKR.

MINGGUAN: Bagaimana dengan pandangan saudara tentang masa depan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdasarkan perkembangan terbaru sekarang?

ANUAR: Saya melihat sekarang ini adalah perkembangan yang tidak baik bagi PKR. Dan apa yang berlaku sekarang ini adalah tidak memeranjatkan pun kerana sejak dari penubuhannya parti ini didominasi oleh 2A (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali) manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan dari Sungai Buluh. Banyak dasar dan hala tuju parti ditentukan oleh Anwar. Pembangunan sesebuah organisasi apabila ada seorang yang terlalu dominan dan berkuasa menentukan hala tuju parti maka organisasi itu tidak akan berjaya dan tidak ke mana-mana.

Ini kerana dia tidak mendengar suara hati ahli dan pengikut. Saya terlibat dalam mesyuarat pertama parti dan ketika itu Parti Keadilan Nasional mengambil alih Parti Ikatan. Ketika itu saya ada, Dr. Chandra Muzaffar ada, Almarhum Sheikh Azmi dan beberapa orang lagi yang masih kekal dalam PKR sekarang. Ketika itu Anwar tidak mahu Wan Azizah mengetuai parti itu. Itu mungkin strategi dia untuk bagi kepada Dr. Chandra dan timbalan yang disebut-sebut ketika itu ialah seseorang tokoh yang lain, namun beliau menolak permintaan untuk menyertai kumpulan Anwar.

Wan Azizah ketika itu dilihat betul-betul mahu memimpin. Saya melihat ketika itu bahawa Anwar tidak yakin Wan Azizah boleh memimpin tetapi apabila dia beria-ia mahukan jawatan itu dan keputusan itu disokong oleh Dr. Chandra yang sanggup memberi laluan kepada Wan Azizah, maka dia dilantik menjadi presiden parti. Selepas itu parti ini dilancarkan pada 1999 dan tidak lama sekitar dalam enam bulan telah berlaku pergolakan.

Bagaimana dengan asal usul Parti Ikatan dan kemudian boleh saudara terangkan tentang pergolakan yang berlaku?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp atau dapatkan naskah Mingguan Malaysia bertarikh 1 November 2009.

PRK Permatang Pasir dan Pemuda UMNO

Friday, July 31, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: , , ,



oleh : AlifBaTa, Unit Media Baru PPUM

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman penyandang kerusi Adun Permatang Pasir di atas pemergian beliau ke rahmatullah. Berita ini antara tidak adalah satu petanda bahawasanya 1 pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan di kawasan DUN berkenaan.

UMNO Pulau Pinang di bawah pengerusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera di kawasan tersebut pada bila-bila masa. Menandakan UMNO sudah bersedia untuk meneruskan momentum penurunan undian melayu kepada PAS bermula daripada PRK Bukit Gantang hingga ke PRK Manek Urai. Kematian penyandang kerusi Permatang Pasir ini sekali lagi menggusarkan pimpinan PAS yang baru sahaja ingin melupakan mimpi pahit menang dengan hanya kelebihan 65 undi.Ada pihak yang mengatakan kemenangan itu diselubungi dengan konroversi apabila ada sesetengah pihak mengatakan UMNO dan Barisan Nasional seharusnya menang di kerusi berkenaan. Kita tunggu keputusan mahkamah jika petisyen difailkan pihak UMNO nanti.

Antara yang menarik mengenai PRK yang bakal berlangsung ini ialah Permatang Pasir merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PAS di negeri Pulau Pinang. Andainya UMNO menang di kerusi ini, perkara ini akan menandakan 1 penolakkan terhadap PAS di Pulau Pinang dan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang tidak lagi lengkap kerana ketiadaan PAS. Peluang untuk melakukan perkara ini perlu diraih UMNO agar dapat melemahkan kekuatan Pembangkang di Pulau Pinang sekaligus akan menjadi 1 petunjuk UMNO dan Barisan Nasional akan dapat merampas kembali Pulau Pinang pada PRU ke-13 nanti.

Apa yang menariknya lagi PRK yang bakal berlangsung ini akan menimbulkan keterujaan kepada Pemuda UMNO dan pimpinannya. Kerana Pemuda UMNO di bawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin ternyata berjaya menarik pengundi muda untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional di Manek Urai. Momentum yang baru digapai ini pasti akan diteruskan oleh Pemuda UMNO di PRK Permatang Pasir agar ia akan menjadi manifestasi kepada semua bahawa "Pengundi muda kembali bertaut kepada Barisan Nasional".

Bagi pihak Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysian di bawah pimpinan Tun Faisal Ismail bin Aziz pasti akan bersedia untuk menggempur di ruang media baru terutama sekali di internet.PRK Penanti yang baru berlangsung hanya 2 bulan memudahkan Unit Media Baru untuk menyediakan fakta dan bahan kerana isu-isu setempat yang akan dimainkan nanti tidak jauh bezanya dengan apa yang dimainkan di PRK Penanti.

Ayuh bersatu Pemuda UMNO kita gegar Permatang Pasir!

Liwat : Tujuh saksi yang ditakuti Anwar!

Friday, July 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,




Oleh Cyber1trooper, AIDCclub

Hari ini 24 Julai sepatutnya Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Anwar untuk menggugurkan kes liwatnya. Sekiranya permohonan Anwar ditolak, maka sebutan kes akan mula bermula hari ini, selepas keputusan dibuat oleh hakim. Tidak tahulah hari ini juga Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk menangguhkan kes lagi, maklumlah Anwar sendiri akan mencari seribu alasan untuk berbuat demikian, termasuk 'sakit', walhal semasa menghadiri kematian Teoh di Melaka, dia segar bugar, sanggup berjalan kaki mengiringi kereta mayat dan sanggup 'ruku' sama naik dengan Lim Kit Siang kepada mayat Teoh.

Apabila melihat perbuatannya yang sanggup 'ruku' (tunduk) kepada mayat Teoh, sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, satu perkara yang bermain di minda, Anwar sanggup melakukan apa sahaja, termasuk 'menggadai' dengan agama, semata-mata untuk mendapat undi Cina. Lim Kit Siang nak 'ruku'(tunduk) sampai paras lutut pun tak apa, sebab itu agama dia. Tetapi Karpal Singh, tidak 'ruku' atau menundukkan kepala, dia hadir untuk menghormati mayat, tetapi dia tidak tunduk, kerana dia menjaga patang larang agamanya. Tetapi Anwar lebih laju daripada Kit Siang, seolah-olah Anwar adalah seorang humanis yang tidak ada pegangan agama.

Bayangkan Anwar yang sedang meruku' kepada mayat mendiang Teoh itu adalah Presiden PAS (seperti yang diramalkan oleh Subky Latif) atau Presiden ABIM yang pernah dipegang ketika muda-muda dahulu, apa pandangan masyarakat Islam kepadanya. Sebab itu Allah tidak makbulkan Anwar menjadi Presiden PAS seperti yang didoakan oleh Subky Latif.

Sebab itu, Anwar bukan Anwar yang dulu. Bukan Anwar ketika Presiden ABIM atau ketika diramal menjadi Presiden PAS. Anwar sekarang adalah seorang yang humanis dan pluralis serta sanggup menggadai Islam kepada agama lain.

Sebab itu, jika Anwar sanggup 'ruku' kepada mayat Teoh, jangan terkejut Anwar juga 'ruku' kepada Yahudi, sujud kepada Paul Wolfowitz, Carl Gershman, Madeline Al Bright, malah memuja-muji Presiden Obama seolah-olah manusia paling berkuasa di dunia, melebihi kuasa Tuhan. Kaji ucapan Anwar di Doha, memuji Obama dan meletakkan dirinya ke dalam diri Obama, manusia-manusia yang memperjuangkan 'kebebasan', 'demokrasi', 'pluralisme' dan 'humanis'

Anwar memasukkan watakkan seumpama Obama iaitu orang yang memperjuangkan demokrasi adalah matlamat segala-galanya yang berteraskan 'vox Populi vox day' iaitu 'Kekuasaan Rakyat sama dengan kekuasaaan Tuhan'

Jadi di atas premis ini, Anwar sanggup ruku kepada mayat Teoh, walaupun bertentangan dengan Islam, Anwar sanggup bertuankan Yahudi seperti ketua (pernah menjadi budak suruhan Paul Wolfowitz), Anwar bertuhankan 'demokrasi' melebihi Al Quran dan As Sunnah, tidakkah mungkin Anwar juga seorang peliwat, yang memangsakan pekerjanya sendiri, Saiful Bukhari Azlan ?

Semua ini tidak mustahil kerana manusia yang sifatnya 'gila kuasa', ghairah kepada 'demokrasi', 'humanis', 'pluralis' dan 'diktator', Allah campakkan ke dalam dirinya satu pembalasan dunia iaitu naluri kepuasan seks kepada lelaki (homoseksual). Mustafa Kamal Ataturk, Presiden Republik Turki adalah model terbaik dalam dunia Islam. Selain diktator, merosakkan Islam di Turki. Kamal Ataturk adalah 'bapa demokrasi Turki' dan 'bapa homoseksual Turki'.

Tujuh saksi liwat Anwar

1. Mohd Saiful Bukhari Azlan (saksi utama)

Saiful, 24 tahun, bekas pembantu peribadi Anwar. Dibawa masuk oleh Rahimi Osman, rakan sekolahnya yang ketika itu menjawat sebagai pembantu khas kepada Anwar Ibrahim. Pada mulanya sebagai 'sukarelawan' (walaupun nama 'sukarelawan' tetapi bergaji dan diberi penginapan percuma di Kondominium Bukit Damansara (Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur). Tempat ini juga, Saiful mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang.

Selepas PRU 12, Anwar menaikkan pangkat Saiful sebagai pembantu peribadi Anwar, manakala Rahimi pula dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Anwar menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad yang menang sebagai ADUN Seri Setia, Selangor. Sekarang Nik Nazmi adalah SETPOL kepada Khalid Ibrahim, MB Selangor.

Penyokong-penyokong Anwar berusaha mengalihkan isu mengatakan kenapa Saiful melaporkan kepada polis ketika diliwat pada 26 Jun 2008, sedangkan dia sudah diliwat sembilan kali sebelum ini ?

Nampak seperti logik hujah penyokong-penyokong totok Anwar ini, bahkan soalan ini seolah-olah telah diprogramkan/ditaklimat kepada pendokong-pendokong PKR. Soalnya dari mana penyokong PKR tahu, Saiful diliwat Anwar sebanyak 9 kali ? Soalan kedua, kalau sudah sampai 9 kali Anwar meliwat Saiful, bermakna benarlah Anwar seorang peliwat. Bagi PKR, mereka sudah didoktrin, peliwat tidak salah menjadi ketua umum mereka, bahkan mereka berusaha menobatkan Anwar sebagai 'bakal PM', kerana Mustafa Kamal Artaturk, seorang homoseksual pun boleh menjadi Presiden Republik Turki.

PKR bukan bertunjangkan agama, parti mereka bertunjangkan 'demokrasi' dan 'hak asasi', sebab itu, moral ahli, dari ketua umum hingga ke ahli-ahli tidak pernah dititikberatkan. Bagaimana moral Elizabeth Wong, moral Zaid Ibrahim ?

2. Rahimi Osman

Seperti yang diulas di atas, dia adalah kawan baik Saiful. Kawan baik sejak dari sekolah. Malah mereka pernah satu kelas. Semasa di universiti, Rahimi menuntut di UIA, manakala Saiful menuntut di UNITEN. Kedua-dua tidak berjaya menamatkan pengajian di universiti masing-masing.

Seperti kata Saiful, kalau dia diperlekehkan sebagai tidak habis universiti, bagaimana pula dengan Rahimi? Bagaimana dengan Jonah yang menjadi Timbalan AMK Pusat?

Kata saiful, Anwar sengaja memilih budak-budak muda yang low class, supaya senang dieksploitasi dan dijadikan hamba suruhannya. Kalau yang muka 'jambu' seperti Saiful dijadikan pembantu peribadi merangkap hamba seksual.

Rahimi pernah memegang jawatan Presiden Anwar Ibrahim Club(AIC), tetapi tidak digemari oleh sesetengah pihak dalam AIC terutamanya Najwan Halimi dan Marini Kamal. Bermakna semasa Rahimi memegang jawatan Presiden AIC, pecah dua kelompok, kelompok penyokongnya adalah Saiful Bukhari, manakala kelompok menentangnya adalah Najwan Halimi dan Marini Kamal.

Rahimi pun mempunyai misteri yang tersendiri. Pernah satu ketika dikatakan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit Anwar kerana mahu menumpukan kepada perniagaan, tetapi tidak lama selepas itu, dia kembali bekerja dengan Anwar. Apa misteri sebenar ?

Yang lebih misteri lagi, Rahimi pernah digossipkan dalam internet, mengatakan dia juga merupakan 'jambu' Anwar. Soal lemah lembut, memang itu sifat peribadi Rahimi, tetapi tidak dapat dipastikan adakah Rahimi juga merupakan 'jambu' Anwar.

Barangkali secara kebetulan, sesiapa yang dilantik berjawatan 'peribadi' atau 'sulit' selalunya kaitan dengan hal-hal yang bercorak 'peribadi'/'sulit'. Saiful Bukhari (pegawai peribadi), Azmin Ali (Setiausaha Sulit) dan Rahimi (Setiausaha Sulit).

3. Rashid Othman

Rashid Othman mungkin nama baru kepada rakyat Malaysia, tidak sepopular Saiful Bukhari atau Rahimi Osman. Tetapi nama Rashid sangat dikenali oleh Anwar dan Wan Azizah. Malah orang inner circle Anwar (yang boleh masuk melalui dapur ke rumah Anwar) sangat mengenali Rashid.

Rashid adalah kenalan Anwar semasa di penjara Sungai Buloh. Ketika menghabiskan sisa-sisa pemenjaraan di Sungai Buloh, selain hobi Anwar membaca buku-buku Shakepeare, hobinya juga adalah berurut.

Ketika itu Rashid adalah salah seorang tahanan penjara Sungai Buloh dan Rashid menjadi 'kawan paling rapat' dengan Anwar. Rashid juga sering mengunjungi sel VIP Anwar untuk berurut.

Setelah Anwar keluar penjara Sungai Buloh pada 2004, pada tahun yang sama juga Rashid turut dibebaskan. Anwar menghubungi semula Rashid dan melantiknya sebagai pembantu peribadi merangkap 'tukang urut'. Rashid juga bukan kelulusan tinggi, tetapi keistimewaan sebagai tukang urut muda, menyebabkan Anwar sanggup beri gaji lumayan termasuk bonus-bonus.

Pada mulanya Anwar membawa Rashid bertugas di rumah peribadi Anwar dan diberi bilik khas, tetapi memandangkan Wan Azizah tidak 'mengemari' kehadiran Rashid ke rumahnya, Anwar kemudiannya memindahkan Rashid di tempat rahsia. Khabarnya ditempatkan dikondominium pejabat rahsia Saiful.

Ketika itu Anwar berulang alik dari Malaysia ke Amerika Syarikat. Malah lebih banyak masa ditumpukan di Amerika Syarikat. Anwar juga telah menghantar semua anak-anaknya (kecuali Ehsan) melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat. Sebagai seorang pekerja Washington, di bawah Presiden Bush, Anwar diberi keistimewaan menghantar anak-anak melanjutkan pengajian ke Amerika. Keistimewaan yang diberi kepada Anwar akan turut dinikmati oleh anak-anaknya. Itulah kesitimewaan sebagai pekerja Presiden Bush.

Satu ketika, Azizah berangkat ke Amerika Syarikat melawat anak-anaknya yang sedang menuntut di sana, manakala dalam masa sama, Anwar pula balik ke Malaysia menghadiri program PKR.

Semasa Anwar berada di rumah kediamannya, hanya inner circle sahaja yang boleh berjumpa dengan Anwar. Ketika itu, Ezam salah seorang inner circle Anwar yang menjawat jawatan Ketua AMK PKR.

Ezam berkunjung ke rumah Anwar untuk berbincang mengenai perancangan parti. Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan 'siapakah yang ada dalam mesyuarat itu'. Ezam menjawab satu persatu. Wan Azizah kirim lagi SMS, bertanyakan soalan, 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain ?'. Ezam jawab tidak ada. Wan Azizah kirim lagi SMS dengan beri peringatan, 'Pastikan tiada mana-mana lelaki bermalam di rumah Anwar'. Ezam jawab ok!

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbicangan dengan Anwar dan di pertengahan perbincangan, seorang lelaki 'pembancuh kopi' membawa air kepada Anwar, Ezam dan beberapa orang lain. Pembancuh kopi itu bukan Saiful Bukhari, tetapi Rashid.

Soalnya, apakah kuasa Ezam mahu menunaikan permintaan Wan Azizah supaya tidak ada mana-mana lelaki menginap di rumah Anwar, kerana Rashid adalah pembancuh kopi dan tukang urut Anwar. Gila ke Ezam mahu halau Rashid, sedangkan dia diminta oleh Anwar untuk bermalam di rumahnya menjadi pembantu peribadinya.

Ezam keluar dari rumah Anwar dengan seribu tanda tanya. Semasa di penjara Kajang, Ezam telah mendengar perkara-perkara ini dari Sukma, tetapi Ezam menolaknya. Tetapi setelah melihat kehadiran Rashid, Ezam mula berfikir semula. Banyak soalan yang berlegar di minda Ezam yang gagal dijawab sepenuhnya.

Seandainya kes ini Anwar gagal gugurkan, Anwar bakal mendengar sendiri pengakuan-pengakuan benar daripada tukang urutnya itu secara terperinci, termasuk cerita Anwar di penjara Sungai Buloh dan cerita Anwar selepas keluar penjara.

Sebenarnya, perkara inilah yang amat menghantui Anwar. Sebab itu Anwar bermati-matian berusaha menguggurkan kes, Anwar tidak mahu semua ceritanya akan didengar oleh rakyat. Kalau rakyat tahu, maka hancurlah karier politiknya sebagai bakal PM Malaysia dan Ketua Pakatan Rakyat!

Banyak lagi akan didedahkan di mahkamah. Saiful dan rashid akan mendedahkan kisah di sebalik tabir Anwar itu.

4. Hassanuddin Abdul Hamid

Dia adalah kawan baik Anwar. Dia merupakan pemilik kondominium Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, tempat berlakunya aktiviti liwat sepertimana yang didakwa Saiful.

Kondominium itu bertaraf mewah dan tersembunyi serta dikawal dengan rapi oleh pegawal keselamatan serta dilengkapi dengan CCTV.

Jika dibicarakan, Hasanuddin akan mendedahkan bagaimana Anwar berjumpanya untuk mendapatkan sebuah rumah mewah untuk operasi sulit, berapa bayarannya dan siapakah yang menginap di kondominium itu.

Terdapat tiga saksi lagi yang bakal dikemukakan oleh pendakwaraya. Salah seorangnya adalah Dr Osman Abd. Hamid, dari hospital Pusrawi. Sebelum ini, rakyat Malaysia dimomok-momok Anwar bahawa Dr Osman berpihak kepadanya, Anwar sedaya upaya menggunakan nota Dr Osman untuk membebaskan dirinya, tetapi hakikat sebenar, Dr Osman adalah saksi pihak pendakwa.

Cerita yang digembar-gembur oleh Anwar mengenai Dr Osman, tidak sama dengan laporan bertulis dan pengakuan bersumpah Dr Osman sendiri. Ini juga faktor Anwar beriya-iya mahukan semua dokumen dan beriya menguggurkan kes, kerana rakyat Malaysia akan didedahkan dengan cerita sebenar yang disembunyikan Anwar sebelum ini.

Sebenarnya ramai lagi saksi pendakwaraya. Bukan 7 orang, malah ramai lagi termasuk para doktor dari HKL yang bakl menghuraikan penemuan DNA mereka, pegawai penyiasat khusus Anwar yang bernama Jude Pereira dan ramai lagi.

Anwar memang takut menghadapi saat-saat pembuktian dari pihak pendakwa, sebab itu dia seboleh mungkin berusaha menangguhkan kes ini dan berusaha menguggurkan kes.

Anwar boleh rancang segalanya, tetapi semua perancangan itu tidak dapat mengatasi perancanganNYA.

sumber - cyber1trooper