CHANNEL UMB

Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Khairy Jamaluddin. Show all posts

Isu desakan KJ letak jawatan

Saturday, January 30, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under:

Kelmarin, sewaktu mesyuarat Unit Media Baru (UMB) Wilayah Persekutuan, ramai rakan-rakan blogger dan bukan blogger membuat panggilan kepada saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Disebabkan sedang bermesyuarat, saya tidak dapat melayan panggilan dan pertanyaan mereka yang disandarkan kepada laporan oleh portal MyKMU.net.

Seperti yang dijangka isu ini telah disambut dan dimainkan oleh para blogger anti-Khairy Jamaluddin (KJ). Ia turut dimainkan di wall Facebook sejumlah rakan-rakan. Seperti yang dijangka juga, tindakan ini mendapat reaksi daripada blogger dan Facebookers pro-KJ. Seterusnya berlakulah episod serang menyerang. Semua ini sememangnya boleh dijangka.

Sebagai Ahli Jawatankuasa (Exco) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) yang diikat oleh sumpah menyimpan rahsia, saya tidak akan menceritakan kronologi atau butiran perkara yang disebutkan oleh rakan-rakan Exco. Bagaimanapun saya rasa bertanggungjawab untuk memberi pandangan peribadi dan mengulas aspek tertentu bagi meredakan keadaan.

Pertamanya, saya dapati laporan mengenai apa yang berlaku dalam mesyuarat Exco kelmarin tidak begitu tepat. Fakta yang diberikan tidak tepat. Tidak ada olahan dan butiran terperinci mengenai apa yang berlaku; bermaksud majoriti Exco berpegang kepada etika dan sumpah yang dilafaz.

Selanjutnya klik sini:Tun Faisal

Kenapa Chief Khairy Kurang Pendedahan Media Perdana ?

Thursday, December 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 13 comments
Filed under: ,

oleh Digadong One

Saya amat terkilan sehingga kini,nampaknya semacam rasa tidak puas hati pun ada juga di rasai. Kenapa tidaknya pemimpin Pemuda UMNO selaku Ketua Pemuda UMNO sdra Khairy Jamaluddin sangat kurang diberikan liputan media perdana. Ini berbanding dengan Ketua Wanita UMNO Yang Berbahagia Datuk Shahrizat sendiri.

Pada saya sdra Khairy selaku wakil rakyat,ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sangat perlu diberikan perhatian sewajarnya segala aktiviti dan program yang dihadiri beliau wajar diberikan liputan dan tempat sebaik mungkin di arus perdana.

Beliau adalah wakil Pemuda untuk generasi masa mendatang bukan saja untuk negeri-negeri di semenanjung malah untuk anak-anak kami di negeri Sabah dan Sarawak memahami dan mengetahui era kepimpinan beliau dewasa ini.Generasi muda di Bumi Bawah Bayu ini sangat berterima kasih di atas kepimpinan Pemuda UMNO yang banyak menyediakan aktiviti dan program yang berkaitan kehendak dan keperluan golongan muda khususnya pendidikan dan keusahawanan.

Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya,Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan pembacaan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Adalah amat janggal jika media perdana tidak nampak ini semua!.Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu,sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri.

Rakyat Jelata tidak kira golongan muda atau tua sangat bersedia untuk melihat perkembangan dan perjalanan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia ini di kaca TV.Siapa yang tidak sayangkan UMNO,pemuda jugalah yang bersedia sebagai pendekar yang mempertahankannya.Kita di Sabah tahu Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam...

Nizar Ada Berani? !!!! Pemuda Akan Jelajah Kawasan Termasuk Estet Di Bagan Pinang – Chief Khairy Jamaluddin

Monday, September 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,


Oleh S.A Najmuddin

Putrajaya -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan bergerak ke segenap pelusuk sehingga kawasan estet yang bermajoriti kaum India dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Menurut beliau gerakan tersebut yang dilaksanakan atas platform Pemuda BN itu diharap mampu menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Kita berharap semua pemimpin BN juga mengambil tindakan sama kerana terdapat empat peti undi daripada lapan yang majoritinya kaum India, jadi kita perlu sokongan daripada parti yang mempunyai pemimpin daripada kaum itu.

"Saya sudah bermesyuarat dengan Pemuda MIC sebelum Aidilfitri lalu dan mereka bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini, Sabtu.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga milik pembangkang, iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR), manakala satu lagi kerusi, DUN Linggi dimenangi BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pilihan raya kecil kali ini sangat penting selepas kekalahan BN di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kerusi itu kerusi BN, terletak dalam negeri yang boleh dikategorikan sebagai negeri selamat berbanding Kelantan dan Permatang Pauh. Saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada BN," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, Pemuda BN tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Jentera kita di Teluk Kemang adalah kuat dan bersatu untuk memastikan kemenangan BN kelak”, katanya.

Salam AidilFitri daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malayisa

Sunday, September 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,



Meja Ketua Pemuda UMNO

Assalamualaikum wbt. Di penghujung Ramadhan, saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia.

Kami berharap hari lebaran esok akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas limpah kurnia Allah swt kepada negara kita.

Khusus kepada pembaca blog saya, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan politik saya melalui platform yang lain, saya menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan saya selaku hamba Allah yang biasa.

Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua.

Khairy Jamaluddin