CHANNEL UMB

Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Serah Diri Pada Polis : Sokongan Seratus Peratus Kepada Jeffry Damien

Wednesday, February 10, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 7 comments
Filed under:

oleh Mat Rempit 1 Oren

Blogger kreatif yang telah didakwa oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan, petang semalam telah menyerah diri ke balai polis Permas Jaya. Laporan penuh dapat dibaca di The Star Online, di sini.

Buat Jeffry Damien pemilik blog Dimensi, doa kami rakan-rakan bloggers seperjuangan sentiasa bersama anda dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda mengatasi dugaan ini.

Amin..

Cabaran Pada PAS Jika Benar Adil

Hoi PAS kalau berani buat laporan polis pada blogger dan kartunis PAS yang menghina pemimpin negara seperti Zunar. Itu pun kalau beranila.. Kalau lu orang tahu apa makna keadilan sebenar yang korang tipu pengundi korang kat ceramah tu.

Buat laporan Polis pada blogger PAS, Bawean Termenung ini jugak yang buat gambar menghina Nik Aziz dengan menggambarkan Nik Aziz menendang Hassan Ali seperti di bawah ini.


Ini bukti Screen Shot blog dengan alamat blog die sekali tertulis dalam tu.


Amacam ada berani tak Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan?

Takkan nak buat laporan sekerat-sekerat kot. Ni hina dan fitnah Nik Aziz dan pemimpin PAS ni.

Gua janji dan sanggup sebulan tak makan nasila kalau Setiausaha Majlis Keselamatan Pas Kelantan buat report pasal gambar kat atas ni.

Gua dan rakan-rakan blogger tunggu.

Ada berani?

Kenapa Chief Khairy Kurang Pendedahan Media Perdana ?

Thursday, December 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 13 comments
Filed under: ,

oleh Digadong One

Saya amat terkilan sehingga kini,nampaknya semacam rasa tidak puas hati pun ada juga di rasai. Kenapa tidaknya pemimpin Pemuda UMNO selaku Ketua Pemuda UMNO sdra Khairy Jamaluddin sangat kurang diberikan liputan media perdana. Ini berbanding dengan Ketua Wanita UMNO Yang Berbahagia Datuk Shahrizat sendiri.

Pada saya sdra Khairy selaku wakil rakyat,ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sangat perlu diberikan perhatian sewajarnya segala aktiviti dan program yang dihadiri beliau wajar diberikan liputan dan tempat sebaik mungkin di arus perdana.

Beliau adalah wakil Pemuda untuk generasi masa mendatang bukan saja untuk negeri-negeri di semenanjung malah untuk anak-anak kami di negeri Sabah dan Sarawak memahami dan mengetahui era kepimpinan beliau dewasa ini.Generasi muda di Bumi Bawah Bayu ini sangat berterima kasih di atas kepimpinan Pemuda UMNO yang banyak menyediakan aktiviti dan program yang berkaitan kehendak dan keperluan golongan muda khususnya pendidikan dan keusahawanan.

Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya,Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan pembacaan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Adalah amat janggal jika media perdana tidak nampak ini semua!.Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu,sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri.

Rakyat Jelata tidak kira golongan muda atau tua sangat bersedia untuk melihat perkembangan dan perjalanan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia ini di kaca TV.Siapa yang tidak sayangkan UMNO,pemuda jugalah yang bersedia sebagai pendekar yang mempertahankannya.Kita di Sabah tahu Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam...

Wow ! Ini Baru UMNO

Tuesday, December 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,

oleh YB GAP

ini cerita benar. cerita tentang masyarakat cina yang mengangkat noh omar sebagai hero dan membalun ronnie liu ! sesuatu yang mengejutkan tetapi inilah hakikat sebenar kebodohan ronnie dan pakatan haram selangor !

inilah sikap lantang pemimpin umno yang bloger mahukan !
BALUN BALUN DAN BALUN ! NOH OMAR, INI AKU PUJI KAU !

video ini aku terima daripada seorang sahabat baik yang tidak boleh disiarkan nama penuhnya, sekadar aku panggil dia HM. saudaraku HM, terimakasih banyak-banyak atas jasa besar yang telah 2 kali anda sumbangkan demi melayu demi islam !

SAKSIKAN RONNIE LIU DIBALUN OLEH NOH OMAR !
SAKSIKAN RONNIE LIU DI LANYAK OLEH MASYARAKAT CINA !


PART 1




PART 2




PART 3




Juga laporan Encik DET di sini.

Nizar OII!!! Komplot Pembangkang atau UMNO Yang Salah Guna Kuasa?

Thursday, October 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,



oleh Melayu Bersatu

Entahlah, itulah yang selalu disalakkan oleh Pakatan tetapi tengoklah gambar gambar ni.. PAS kata papan tanda ini bersifat rasis ataupun menimbulkan ketegangan??huh??? bacalah sendiri apa yang ditulis dan bezakan dengan apa yang ditulis pada papan tanda Pakatan yang memaparkan tuduhan liar


Buka jangan tak buka

Habis dibuka

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menurunkan semua Papan tanda BN yang menerima komplen dari Pakatan


Mana lebih offensive, papan tanda BN atau yang ni??

MPPD takut dengan Ronnie Liu kot...
Tapi bila BN komplen, MPPD tak berani pulak nak turunkan papan tanda Pakatan....


mungkin diaorang takut Ronnie Liu ajak geng-geng dia dari Selangor kot??

entahlah


Protes kuil di Shah Alam dedah tembelang siapa?

Sunday, September 6, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , , ,


oleh : Tun Faisal Ismail bin Aziz

Walaupun pembangkang berusaha menyelamatkan keadaan dengan memutar belitkan isu ini menggunakan pelbagai media dan blogger upahan; disusuli tindakan demonstrasi balas oleh pemimpin Hindu yang ekstrem dan rasis, termasuk yang menganggotai Hindraf, namun mereka masih lagi belum dapat memadamkan kemarahan penduduk Seksyen 23 Shah Alam sehingga menyebabkan Menteri Besar, Khalid Ibrahim terpaksa memanggil mesyuarat `town hall' malam tadi.

Seperti yang dijangkakan, ianya tidak dapat meleraikan kekusutan kerana Ahli Parlimen PAS begitu angkuh untuk memahami isu dan motivasi sebenar tindakan penduduk Seksyen 23.

Begitupun insiden ini menarik kerana ia telah membuka mata rakyat terhadap beberapa perkara, iaitu antaranya;

1. Sikap defensif dan bongkak kerajaan negeri Selangor, Ahli Parlimen PAS dan media yang dikuasai mereka telah menyebabkan mereka gagal melihat bahawa ia bukan isu perkauman. Ia bukan kerana penduduk seksyen 23 bersikap anti kepada agama lain. Ia juga bukan soal tidak mahu membenarkan pembinaan kuil kerana jika orang bukan Islam mahu membina rumah ibadah atau berhala mereka, mereka boleh membinanya, tetapi janganlah bertindak sesuka hati dan membinanya di mana sahaja yang mereka suka. Binalah jika mahu, tetapi pertama, mintalah kebenaran rasmi. Kedua, binalah di tempat yang tidak menerima bantahan majoriti penduduk tempatan. Ini merupakan pendekatan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO sebelum ini, bukan sahaja dalam isu kuil (seperti yang dijelaskan oleh YB Datuk Seri Khir Toyo dalam blog beliau), ladang babi, malah dalam isu insinerator di Broga.

2. Bahawa kerajaan negeri Selangor terlalu bongkak untuk mendengar pandangan penduduk. Akhirnya, Khalid Ibrahim masih perlu berjumpa dan bertemu penduduk. Barulah Khalid Ibrahim sibuk untuk mengadakan town hall meeting dan sebagainya.

3. Bahawa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (atau yang diberi gelaran mesra oleh penduduk Shah Alam sebagai Khalid Gereja) terlalu bongkak untuk mendengar rintihan penduduk Islam dan Melayu. Insiden ini juga mendedahkan pekung beliau, iaitu menampakkan beliau sebagai seorang penipu yang amat nyata. Sebaik sahaja isu timbul, Khalid Gereja dengan tangkas menyalahkan UMNO. Beliau menulis di dalam blog, menampakkan seolah-olah beliau telah bertemu pihak yang berdemonstrasi di situ dan mendedahkan bahawa ada dalam kalangan mereka ini merupakan anggota Pekida dan Pewaris. Beliau mengaitkan kedua-dua pertubuhan ini dengan UMNO dan melakukan ini semata-mata kerana hendak menunjukkan bahawa UMNO berada di belakang isu ini. Malangnya pembohongan ini tidak lama sebab terbukti bahawa bukan UMNO yang menjadi dalangnya, sebaliknya ia merupakan inisiatif penduduk di kawasan terbabit. Jelas bahawa ia adalah hasrat penduduk yang diwakili oleh semua golongan termasuk PAS dan demonstrasi ini rupanya diketuai oleh ahli PKR. Mungkin akibat malu dengan tindakan terburu-buru Ahli Parlimen PAS ini, maka Khalid Ibrahim terpaksa mengadakan town hall meeting untuk bertemu penduduk Seksyen 23.

4. Bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang pula cuba menegakkan benang basah. Mereka dengan amat yakin telah melabelkan gambar salah seorang dalam kalangan yang mengikuti demonstrasi tersebut sebagai Datuk Nawawi, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam. Malangnya penipuan ini tidak lama kerana, terdapat pihak yang membuktikan bahawa gambar tersebut bukan gambar beliau sebaliknya gambar orang lain. Walaupun ia tidak betul tetapi fitnah ini telah disebarkan secara meluas; membuktikan hakikat bahawa spin doctor dan blogger upahan pembangkang sebenarnya tidak mempedulikan fakta dan kebenaran, dosa, mahupun soal halal dan haram. Apa yang penting bagi mereka hanyalah untuk mempertahankan kumpulan mereka. Ini juga membuktikan bahawa mengamalkan assabiah atau ketaksuban kumpulan dan kepartian yang dilarang oleh Rasulullah SAW.
5. Bahawa jelas Khalid Gereja dan PAS tidak berkemampuan melaksanakan tanggung jawab dalam mewakili suara umat Islam dan Melayu di negeri Selangor, malah telah membelakangkan pula kehendak mereka. Ada dalam kalangan penduduk Seksyen 23 yang menyatakan bahawa mereka ada mengemukakan surat bantahan tentang perkara ini kepada Khalid Gereja, tetapi surat ini langsung tidak diberikan perhatian oleh beliau.

6. Bahawa keputusan Kerajaan Negeri Selangor dan pendirian Khalid Gereja ini adalah ibarat menyiram air garam ke atas luka umat Islam kerana isu Tanah Perkuburan Islam di atas tanah waqaf yang terpaksa dipindahkan kerana desakan penduduk berbangsa Cina di shah Alam yang masih belum diselesaikan. Masalah ini dianggap remeh. Sebaliknya keputusan memindahkan kuil lebih diutamakan.

7. Bahawa Khalid Gereja jelasnya tidak nampak bagaimana penduduk-penduduk Seksyen 23 merupakan ahli-ahli PAS-PKR-UMNO dan mereka yang berada di atas pagar; yang boleh mengenepikan pegangan politik dan bersatu hati atas kepentingan umat Islam. Ini membuktikan ego Nik Aziz bahawa kerajaan perpaduan tidak boleh wujud ternyata tidak benar di bahagian Parlimen yang dikuasai PAS.

* Gambar - Karikatur satira Animal Farm karya George Orwell. PAS hari ini digambarkan sebagai mempunyai `wajah' dan perangai lebih buruk daripada pihak yang dituduhnya sebelum ini, iaitu UMNO.

MT Sedia Letak Calon Di Permatang Pasir,kerjasama dengan PAS dan ulasan tentang ISA oleh Presiden UMNO

Saturday, August 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,



KUALA LUMPUR, 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO/BN akan meletakkan calon jika pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kekosongan di kerusi itu yang mengikut saluran perlembagaan.

Kerusi DUN N.11 kosong berikutan kematian penyandangnya, Hamdan Rahman, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Lantaran itu, berkaitan dengan calon yang akan diletakkan mewakili BN akan diperhalusi setelah mendapat maklumbalas dari Pengerusi Badan Perhubungan Negerinya, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa anggota MT membincangkan berkaitan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang baru berlangsung 14 Julai lalu dengan memaklumkan bahawa berpuas hati walaupun tidak berjaya tetapi keputusan yang diperoleh sangat menggalakkan.

Beliau yang juga selaku Presiden UMNO berkata demikian ketika sidang media sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut, di Menara Dato’ Onn di sini.

Dalam perkembangan berlainan, Datuk Seri Najib turut mengulas berkaitan idea perbincangan dengan PAS, beliau memaklumkan bahawa UMNO sentiasa bersikap terbuka dengan cadangan tersebut.

“Pendirian UMNO dari awal lagi telah jelas bahawa apa sahaja usaha yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan untuk perpaduan Islam serta Melayu adalah diterima dengan baik, dan dari segi prinsipnya ia adalah konsisten,” katanya.

Lantaran itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan UMNO tertekan hinggakan mahu adakan kerajaan campuran.

“UMNO tidak tertekan hinggakan cari usaha untuk adakan titik pertemuan bagi kerajaan campuran sebaliknya UMNO mengutamakan prinsip untuk kebaikan ummah dan rakyat,” tegasnya lagi.

Dalam menjawab soalan berkaitan rancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau menyatakan bahawa rancangan tersebut didalangi oleh pihak yang mempunyai agenda politik tertentu dan tentunya ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

“ISA akan dikaji semula lantaran itu, ia tidak seharusnya dipolitikkan tetapi rakyat perlu beri cadangan bagaimana untuk mengubahnya berlandaskan kepada aspirasi masyarakat dan kesesuaiannya.”

Perdana Menteri juga turut mengumumkan senarai jawatankuasa biro-biro UMNO seperti berikut:

BIRO LATIHAN
Pengerusi YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BIRO KEAHLIAN
Pengerusi YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal

BIRO PERLEMBAGAAN
Pengerusi YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein

BIRO EKONOMI
Pengerusi YB Sen. Datuk Dr Awang Adek Hussin

BIRO PENDIDIKAN
Pengerusi YAB Dato’ Abdul Ghani Othman

BIRO PENERANGAN
Pengerusi YB Tuan Haji Ahmad Maslan

BIRO HAL EHWAL IPTA
Pengerusi YB Dato’ Mustapha Mohamad
Timb. Pengerusi YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah

BIRO AGAMA
Pengerusi YB. Sen. Dato’ Mej. Jen. (B) Jamil Khir Bin Baharom

BIRO HAL EHWAL LUAR NEGARA & KELAB UMNO LUAR NEGARA
Pengerusi YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek