Sekitar penamaan calon di Tenang,terbukti khawarij tunggangan DAP.




Pisau kata "Cikgu Mala boleh bertukar Cikgu Malang ,Mazlan Aliman punya kerja"
Sumber: pisau.net
Risalah ini ditemui sekitar Felda Chemplak ,kononnya diterbitkan oleh unit perang saraf Barisan Nasional. Inilah sebahagian produk kilang fitnah khawarij PAS.Mereka sedaya upaya cuba memburukkan calon BN dalam masa yang sama cuba mengambarkan kononnya risalah sebegini adalah hasil gerak kerja saraf BN.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.