CHANNEL UMB

Manek Urai : Apakah jawapan UMNO/BN kali ini ?

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,

Parti Pas sudah mempunyai jawapan jika parti tersebut menang atau kalah di pilihanraya kecil Manek Urai. Tentunya Pas telah membuat kerja rumah yang sangat awal untuk menjawap segala kemungkinan-kemungkinan akibat pilihanraya kecil ini.

Parti Pas membuat andaian bahawa Pas mungkin kalah jika pengundi luar kawasan Manek Urai tidak balik mengundi dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kiraan tersebut adalah berdasarkan jumlah 2,000 pengundi (25 % daripada total pengundi Manek Urai) yang berada di luar kawasan Manek Urai dan 70% daripadanya didakwa menyokong Pas dalam PRU-12 yang lepas. 700 orang berada di Kuala Lumpur.

Satu laporan dari web pro-Pas mendakwa bahawa pengundi-pengundi luar tersebut telah pulang ke kwasan masing-masing pada PRU-12 dengan bantuan UMNO tetapi mereka kemudiannya menyokong parti Pas. Seperti yang penulis katakan, pihak Pas juga telah menyediakan jawapan-jawapan jika mereka kalah atau pun menang :-

1) PAS akan menang dengan majoriti yang rendah.

“Jika ini berlaku, saya yakin, Umno akan berkata mereka menang dan sokongan pengundi sudah datang kepada Umno balik,” katanya
(Abdul Fatah Harun)

2) Kemungkinan PAS akan kalah.

Ini berikutan dari langkah Umno yang menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. UMNO didakwa menggunakan agensi kerajaan seperti polis, guru, Risda, Jabatan Kesihatan dan SPR untuk menang di dalam pilihanraya kecil nanti.


Dakwaan pengarah operasi pilihanraya Pas Manek Urai tersebut amat berat dan kepimpinan UMNO/BN perlu bertindak sesuatu terhadap segala dakwaan tersebut. Realitinya, segala dakwaan tersebut dapat mewujudkan perasaan kurang senang pengundi-pengundi Manek Urai serta mengaburi mereka daripada tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengubah Manek Urai menjadi kawasan yang membangun dan dibanggakan.

Parti Pas cuba mengalih pandangan pengundi-pengundi daripada membandingkan kemampuan sebenar calon-calon pilihanraya. Manakalapandangan sengket Nik Aziz yang mengatakan bahawa pendidikan tidak diperlukan oleh ADUN kawasan Manek Urai merupakan satu penghinaan kepada penduduk di Manek Urai seolah-olah mereka itu tidak pandai dan lemah pelajaran mereka!

Penulis tidak tahu apa lagi yang mahu dicelotehkan oleh Nik Aziz selepas ini. Semestinya beliau akan mengeluarkan 'fatwa-fatwa' yang lebih pedas dan tidak logik sehinggalah ke hari pengundian nanti. Ianya semata-mata untuk memastikan calon Pas menang biarpun calon tersebut tidak mungkin akan mampu bertugas sebagai ADUN yang berjaya dan berkaliber!

Dalam masa yang sama, tindakan pihak Pas menyediakan jawapan-jawapan tersebut merupakan mode operandi yang menarik untuk diperhatikan dan dinilai. Dari sudut politik, ianya diandaikan seperti'saving thier own butt' dan memberi muka kepada parti tersebut jika parti itu kalah kali ini.

Tindakan mereka itu juga mewujudkan senario di mana parti UMNO/BN meniru jawapan mereka jika parti UMNO/BN kalah di Manek Urai iaitu'biar pun UMNO/BN kalah, undi kepada Pas telah menurun'!

Apakah lagi jawapan UMNO/BN kali ini sama ada menang atau pun kalah jika jawapannya telah disediakan oleh parti Pas?

Dr Novandri Hasan Basri
Ketua Penerangan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Comments

0 comments to "Manek Urai : Apakah jawapan UMNO/BN kali ini ?"