CHANNEL UMB

Showing posts with label Unit Media Baru. Show all posts
Showing posts with label Unit Media Baru. Show all posts

LIVE UPDATE DARI MANEK URAI! -Parpukari

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , , ,


YB Ahmad Maslan bersama calon BN Manek Urai menunjukkan Akhbar Suara MU!

YB Ahmad Maslan bersama Tan Sri Muhyiddin bergambar selepas ceramah di Manek Urai!

"Manek Urai Anak Emas Kerajaan Pesekutuan"..(jika BN ok)..juga akan jadi pusat pertumbuhan baru..Jadi saya harap BN menang di Manek Urai, kali ini kita tak buat projek mee segera, kalau nak pembangunan undilah BN! Simple as that! Klik Disini

Aku pelik betul, kali ini pihak PAS tidak pulak bisnig-bising pasal pengundi hantu ya? Pastu Brader Nicky Ajis bagi cuti lagi, hmmm...nampaknya, kali ini PAS sendiri nak bawak pengundi hantu, sebab itulah mereka tak bising kan?

Selalunya mereka akan melalak-lalak dan menjadi gangster paria menuduh dan menghalang orang yang pergi mengundi dari luar, tapi kali ini memang langsung tak timbul isu berkenaan, PAS sudah semkain terdesak sekarang ni, kerana pada mulanya mereka sangka boleh menang mudah, tapi keadaan sudah berubah apabila ramai penduduk Manek Urai mula menyatakan sokongan kepada calon BN!!

Rata-rata penduduk kampung mahukan pembangunan, mereka mahukan jambatan baru, mereka mahukan kemudahan asas, mereka sudah tidak tahan lagi dengan omongan kosong sang pemuja serigala yang tahu nak bercakap tapi tak pernah buat kerja langsung!

Ini menyebabkan PAS panik dan mereka akan dan sanggup buat apa sahaja untuk menang!@ Mungkingkah PAS sudah ada pengundi hantu mereka sendiri? Kenapa mereka diamkan sahaja isu ini kali ini? NIcky AJis bagi cuti pulak, senang sikit nak bawak pengundi hantu kan PAS?

HE HE HE

Wow, meet the new PAS, said voters in Manek Urai

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , ,


Mek Nah, seorang penduduk di Manek Urai selalu mengundi PAS di setiap kali pilihan raya. Baginya, pembangunan yang ingin dibawa oleh tidak penting kerana memilih PAS serupa dengan memilih Islam dan tempatnya pasti di syurga. Bagi Mek Nah, pemimpin PAS adalah mereka yang zuhud, yang tidak mementingkan kebendaan. Bagaimanapun kali ini, undi Mek Nah mungkin berubah.

Anaknya Dik Mat yang balik dari Kuala Lumpur menyedarkan dirinya bahawa pemimpin PAS hanya manusia. Kalau dulu mereka mengata UMNO, hari ini mereka lebih teruk dari pihak yang mereka kata. Di Perak, katanya bekas Menteri Besar PAS, Nizar telah menyatakan dengan jelas bahawa perjuangan menegakkan negara Islam tidak pernah disebut dalam memorandum, transkrip dan perlembagaan PAS; dan secara tidak langsung difahami oleh Dik Mat sebagai Nizar telah menolak perjuangan Islam.

Menurut Dik Mat lagi, di Perak dan Pulau Pinang, PAS terlalu lemah kerana tidak boleh membuat apa-apa pun untuk menegakkan Islam. PAS hanya menjadi alat DAP dan fenomena ini, fikir Dik Mat jika berlaku dalam negara selepas Pakatan Pembangkang membentuk kerajaan akan memudaratkan perjuangan Islam. Paling Dik Mat tidak faham, mengapa dalam keadaan lemah dan diperkudakan begini, PAS masih keras kepala menolak perpaduan sesama Islam.

Lebih memedihkan hati Dik Mat adalah apabila sampai di Manek Urai, Dik Mat lihat pemimpin PAS sudah berbeza. Motor besar, kereta besar, baju dari kain yang mahal dan macam-macam lagi.

Selama ini Dik Mat dan Mek Nah ingat PAS ini parti orang kampung yang serba kekurangan. Disebabkan itu mereka sanggup menderma di tabung-tabung yang dikutip pada setiap kali ceramah. Selama ini mereka juga menolak BN walaupun BN menjanjikan pembangunan untuk rakyat. Demi PAS, mereka sanggup berumah papan dan melihat kampung halaman terus tidak terbangun pesat.

Dik Mat ada mendengar cerita tentang kawasan balak yang hampir habis ditebas. Soal Dik Mat, "balok demo tebe, tapi pembangune tok nampak" (balak mereka tebang, tetapi pembangunan tidak kelihatan). Hari ini, pemimpin PAS sibuk hendak menuntut royalti minyak. Soal Dik Mat, 'untuk apa dan untuk siapa?' sebab selama ini tidak jelas ke mana hasil balak dibelanjakan untuk pembangunan rakyat Kelantan.

Kata seorang rakyat Kelantan dari daerah lain, "actually, rakyat kelantan tak tolak pembangunan. Cuma rakyat kelantan dah biasa dengan keadaan pembangunan sekarang dan dah mula tak kisah. Alasannya, dah kerajaan negeri tak dapat bagi, nak buat camna."

Katanya, "rakyat kelantan, kurang lebih 700,000 berhijrah keluar negeri cari makan ... kalau kat KL, berebut2 dengan orang Indonesia & Bangla... pastu tiap bulan hantar duit ke kampung... jadi orang kat kampung tak terasa perit sangat. Rakyat kelantan merasa lebih penting kalau di beri peluang kerja, sedangkan mereka tak sedar yang pembangunan tu (kalau berlaku di negeri sendiri) boleh menjana jauh lebih banyak peluang pekerjaan."

Kita berharap Dik Mat, Mek Nah dan pengundi di Manek Urai sudah memahami realiti PAS masa kini. Jangan biarkan `mata' mereka terus dibutakan, 'telinga' mereka ditulikan, 'hati' mereka dimatikan dan `akal' mereka diperbodohkan akibat 'candu' PAS yang amat melalaikan.

Mudah-mudahan mereka memberi peluang kepada Tuan Aziz Tuan Mat, seorang anak muda Kelantan, membuktikan yang beliau mampu membawa sinar baru kepada pengundi Manek Urai berbekalkan latar belakang pendidikan; pengalaman dan kebolehan; sikap mesra rakyat serta bukti khidmat dan jasa beliau kepada penduduk Manek Urai selama ini.


Tun Faisal Ismail bin Aziz


Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Manek Urai : Apakah jawapan UMNO/BN kali ini ?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,

Parti Pas sudah mempunyai jawapan jika parti tersebut menang atau kalah di pilihanraya kecil Manek Urai. Tentunya Pas telah membuat kerja rumah yang sangat awal untuk menjawap segala kemungkinan-kemungkinan akibat pilihanraya kecil ini.

Parti Pas membuat andaian bahawa Pas mungkin kalah jika pengundi luar kawasan Manek Urai tidak balik mengundi dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kiraan tersebut adalah berdasarkan jumlah 2,000 pengundi (25 % daripada total pengundi Manek Urai) yang berada di luar kawasan Manek Urai dan 70% daripadanya didakwa menyokong Pas dalam PRU-12 yang lepas. 700 orang berada di Kuala Lumpur.

Satu laporan dari web pro-Pas mendakwa bahawa pengundi-pengundi luar tersebut telah pulang ke kwasan masing-masing pada PRU-12 dengan bantuan UMNO tetapi mereka kemudiannya menyokong parti Pas. Seperti yang penulis katakan, pihak Pas juga telah menyediakan jawapan-jawapan jika mereka kalah atau pun menang :-

1) PAS akan menang dengan majoriti yang rendah.

“Jika ini berlaku, saya yakin, Umno akan berkata mereka menang dan sokongan pengundi sudah datang kepada Umno balik,” katanya
(Abdul Fatah Harun)

2) Kemungkinan PAS akan kalah.

Ini berikutan dari langkah Umno yang menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. UMNO didakwa menggunakan agensi kerajaan seperti polis, guru, Risda, Jabatan Kesihatan dan SPR untuk menang di dalam pilihanraya kecil nanti.


Dakwaan pengarah operasi pilihanraya Pas Manek Urai tersebut amat berat dan kepimpinan UMNO/BN perlu bertindak sesuatu terhadap segala dakwaan tersebut. Realitinya, segala dakwaan tersebut dapat mewujudkan perasaan kurang senang pengundi-pengundi Manek Urai serta mengaburi mereka daripada tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengubah Manek Urai menjadi kawasan yang membangun dan dibanggakan.

Parti Pas cuba mengalih pandangan pengundi-pengundi daripada membandingkan kemampuan sebenar calon-calon pilihanraya. Manakalapandangan sengket Nik Aziz yang mengatakan bahawa pendidikan tidak diperlukan oleh ADUN kawasan Manek Urai merupakan satu penghinaan kepada penduduk di Manek Urai seolah-olah mereka itu tidak pandai dan lemah pelajaran mereka!

Penulis tidak tahu apa lagi yang mahu dicelotehkan oleh Nik Aziz selepas ini. Semestinya beliau akan mengeluarkan 'fatwa-fatwa' yang lebih pedas dan tidak logik sehinggalah ke hari pengundian nanti. Ianya semata-mata untuk memastikan calon Pas menang biarpun calon tersebut tidak mungkin akan mampu bertugas sebagai ADUN yang berjaya dan berkaliber!

Dalam masa yang sama, tindakan pihak Pas menyediakan jawapan-jawapan tersebut merupakan mode operandi yang menarik untuk diperhatikan dan dinilai. Dari sudut politik, ianya diandaikan seperti'saving thier own butt' dan memberi muka kepada parti tersebut jika parti itu kalah kali ini.

Tindakan mereka itu juga mewujudkan senario di mana parti UMNO/BN meniru jawapan mereka jika parti UMNO/BN kalah di Manek Urai iaitu'biar pun UMNO/BN kalah, undi kepada Pas telah menurun'!

Apakah lagi jawapan UMNO/BN kali ini sama ada menang atau pun kalah jika jawapannya telah disediakan oleh parti Pas?

Dr Novandri Hasan Basri
Ketua Penerangan Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

PRK Manek Urai : Promosi lapuk tanda PAS tidak pentingkan Manek Urai

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , ,


Kempen semakin hangat di Manek Urai. PAS telah memulakan kempen dengan mempertahankan Nik Aziz dengan bersungguh-sungguh. Husam dalam ceramahnya begitu mengagung-agungkan Nik Aziz, seolah-olah Nik Aziz adalah seorang yang maksum dan tidak boleh ditegur mahupun disentuh. Husam malah mencabar UMNO dan BN menyerang Nik Aziz. “Seranglah,” katanya “kita lebih suka Tok Guru diserang kerana bila rakyat marah, rakyat akan beri undi kepada PAS.”

Walaupun mulut kata berani, namun nampaknya PAS takut juga sekiranya rakyat memberi kemenangan kepada BN. Lebih-lebih lagi jika rakyat mulai sedar bahawa selama 20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, beliau nampaknya gagal untuk memainkan peranan sebagai pemerintah yang efektif dan membawa pembangunan dan kemakmuran.

Akibat takut, jentera PAS cuba meraih simpati rakyat dengan menghebahkan pula kononnya Nik Aziz akan meletak jawatan jika PAS kalah di Manek Urai. Bagi meraih simpati rakyat, PAS terus menggunakan strategi lapuk dengan menampal poster lama gambar Nik Aziz sedang berdoa. Khabarnya poster ini ditampal dan digantung lebih banyak berbanding poster gambar Puji Ikan, seolah-olah calon tidak penting; yang penting jika bersimpati dengan Nik Aziz, undilah PAS.

Promosi poster lapuk doa Nik Aziz adalah segala-galanya bagi jentera PAS. Bagi mereka, doa Nik Aziz lebih utama daripada usaha dan kerja kuat, sedangkan kita semua tahun Allah SWT berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri.

Bagi menutup kelemahan Nik Aziz dalam mentadbir negeri, jentera PAS menggambarkan seolah-olah rakyat Kelantan tidak mahukan pembangunan. Mungkin itulah sebabnya walaupun kawasan balak sudah hampir gondol, namun tidak nampak pembangunan yang ketara di Kelantan. Hairannya Hadi menuntut pula royakti minyak diberikan ke Kelantan. Untuk apa dan siapa, jika rakyat Kelantan tidak memerlukan pembangunan dan kemakmuran material?

20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, namun tidak nampak kemajuan yang begitu ketara. Rakyat Kelantan yang kononnya tidak mahukan pembangunan, berpusu-pusu keluar dari negeri Kelantan, bukan sahaja untuk mencari nafkah, tetapi ramai yang mencari kekayaan di luar negeri Kelantan.

Begitulah di Manek Urai. Kerusi Manek Urai bukan satu kerusi yang penting bagi PAS. Ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Mungkin disebabkan itu PAS tidak begitu mengambil berat tentang kebolehan dan tahap pendidikan calon untuk membangunkan Manek Urai. Sedangkan bagi BN, Manek Urai amat penting. Disebabkan itu BN memilih calon yang bukan sahaja berpendidikan, mesra rakyat dan berkebolehan, malah merupakan seorang yang telah menabur jasa yang banyak dalam membangunkan Manek Urai.

Seperti yang kita semua tahu, kerusi ini tidak penting bagi PAS. Pengundi Manek Urai, ambillah ruang ini untuk memberi peluang kepada anak Kelantan bernama Tuan Aziz Tuan Mat membuktikan dirinya. Jika prestasinya tidak bagus, tolak lah dia tiga tahun lagi. Berilah dia peluang untuk membawa sinar baru kepada rakyat Manek Urai. Ambillah peluang ini untuk membuktikan bahawa rakyat Manek Urai inginkan pembangunan yang telah dinafikan sepanjang tempoh 20 tahun ini.

Tun Faisal Ismail bin Aziz
Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia