CHANNEL UMB

NAPA YANG NIZAR CUBA BUKTIKAN?

Monday, July 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

NIZAR MEMBUAT RITUAL ALA KRISTIAN!

Surah AlImraan ayat 118Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Surah AlImran ayat 28
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.

Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.

Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.

Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.

Dipetik dari Blog SELAMATKAN PERAK!

PARPUKARI: Tadi saya keluarkan satu gambar, nah anda lihatlah sendiri, gambar penuh ni, nak tanya kat Nicky Ajis apa hukumnya si Nijar yang dah Mental meraban buat macam ni?

Tapi aku dah boleh agak la jawapannya: Tak apa, PAS boleh buat apa saja sebab syurga dah confirm kan?

Comments

0 comments to "NAPA YANG NIZAR CUBA BUKTIKAN?"