CHANNEL UMB

NIZAR HARUS BERTAUBAT!

Monday, July 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 6 comments
Filed under:

Ahad, Julai 19, 2009 / Nukilan : Mystique / Respon (0)

Mulut sebut ayat al-Quran. Perbuatan macam . . . . (?)

Petikan dari blog: Kingdom of Heaven dan Aspirasi Bangsa

Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.

Orang Melayu pakatan sudah murtad kepada agama Kristian. Dan agenda pendakyah Kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini. Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...

Hayatilah Surah Al-Baqarah ini, Ayat 6-hingga 13[6]: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya...Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka..

Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran...Nauzubillah.. kini pemimpin mereka pula 'menyerupai tindakan orang kafir'... 'tasyabbaha' membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam...

Sahlah PAS semakin sesat.... disesatkan oleh DAP kafir!

Comments

6 comments to "NIZAR HARUS BERTAUBAT!"
  1. Kalau dah kata-kata MUFTI pun diperlekehkan maka jangan lah kita hairan watak munafik si Nizar itu.Rasanya dah terang lagi bersuluh (tak perlu lilin lagi)bahawa dia sudah jauh menyimpang dalam banyak tindak tanduk dan cakapannya. Biarkan dia dengan labu-labunya. Kita berdoa sahajalah agar tidak sesat orang Islam lain oleh si gila meroyan ini! Nizar itu adalah seorang fasik. Marilah kita jauhi diri dari nya.

  2. Bro,
    Si Namrud ni dah dijamin syurga oleh Ulat Tiket dia si N.Ajis. No. seat pun dah dapat. Anut agama lain pun takde hal. Biar amalan kosong janji ada tiket ke syurga. Tapi si Ulat Tiket ni dijamin syurga ker......?
    Hua.. Hua.. Hua.......

  3. Bagaimana pula dengan Imam Hadhari UMNO yang pi meletak bunga di tugu negara??? padahal majlis mufti dah keluarkan fatwa ianya haram...????

  4. Ooooo...jadi kalau UMNO boleh, PAS lagi boleh sebab dianya bernama Parti Ajaran Sesat (PAS)?

    PASni pegi tengok lagi apa orang lain buat, PAS untuk Semua....... Sampai Semua Sesat! PAS boleh!

  5. Salam saudara,

    Maaf kerana saya ingin mencelah sedikit.

    Setelah saya lihat semua gambar yang terdapat mengenai majlis upacara doa untuk mendiang Teoh Beng Hock didalam bebarapa akhbar baik yang dari Semenanjung Malaysia ataupun yang diterbitkan di Sarawak ini sendiri, saya pasti sangat mendiang Teoh Beng Hock bukanlah penganut agama Kristian berdasarkan dari apa yang apa yang saya lihat.

    Agama Kristian Roman Katholik tidak membenarkan sama sekali pemujaan sebegitu rupa diadakan, siap dengan buah-buahan, makanan, arak lagi diletak depan gambar atas meja, pasang colok lagi.

    Seperkara lagi Kristian RC tidak pernah membenarkan orang yang bukan dari kalangan yang beragama Kristian untuk berada dalam lingkungan tempat menyembahyangkan jenazah diadakan demi untuk mengelak orang tersebut terkena "water bless" yang disiram dan direnjis oleh REV. Father semasa berlangsungnya upacara berkenaan.

    Sebagai seorang penganut Christian RC, saya juga agak tersinggung dengan komen-komen yang mengaitkan Kristian dengan upacara mendiang Teoh Beng Hock sebagaimana terdapat didalam laman-laman blog BPN yang langsung tidak peka dengan pembaca lain seperti saya.

    Sebelum membuat sebarang komen mengenai isu itu, adalah lebih baik selidiki terlebih dahulu apa agama yang dianuti oleh keluarga mendiang Teoh Beng Hock itu supaya tiada kekeliruan akan timbul dikalangan pembaca yang lainnya.

    Dalam kes yang membabitkan YB Nizar memegang lilin itu, saya berpendapat ada dua pihak yang harus mengambil tindakan. Pertama ialah Majls Agama Islam. Kedua pihak gereja Roman Katholik Borneo.

    Sebabnya, Nizar telah memalukan orang Islam dan Melayu keseluruhannya. Dan yang kedua, kerana tindakan Nizar, Kristian telah turut dibabit sama dalam kes itu.

    Terima Kasih.

  6. Kenapa Ulama PAS membisu, adakah mahu membiarkan umat Islam mengikut perilaku Nizar atau berdiam diri bermakna apa yang dilakukan Nizar tidak salah.