CHANNEL UMB

Showing posts with label NIZAR MENTAL. Show all posts
Showing posts with label NIZAR MENTAL. Show all posts

Allah swt tunjukkan kebenaran!!! Mana Nik Aziz?!

Friday, February 12, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,

oleh Tun Faisal

Kalau Nik Aziz boleh hadir dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim, kita hairan kenapa hari ini wajah Nik Aziz tidak ada sebagai tanda sokongan kepada Nizar Penderhaka. Adakah Nik Aziz murka dengan tindakan Nizar sebelum ini yang membuang perjuangan Islam hanya kerana takutkan DAP? Apakah Nizar sudah dihukum `kafir' mengikut tafsiran Pas dan Nik Aziz?

Balasan `cash' di dunia untuk Nizar?

Apapun drama yang menarik berlaku untuk kes ini, sebelum apa-apa puak pembangkang telah membuat kenyataan menghina mahkamah dengan mengatakan keputusan akan berpihak kepada mereka. Tindakan ini boleh disifatkan sebagai cubaan untuk memberikan tekanan kepada mahkamah dan hakim-hakim. Hari ini juga khabarnya, Nizar ada membuat kenyataan menghina mahkamah dengan mempertikaikan keputusan para hakim. Skrip pembangkang sudah lama kita ketahui, kalau sistem kehakiman negara hanya ADIL jika keputusan mahkamah menyebelahi mereka. Jika tidak, mereka akan mempertikaikannya. Soalnya sampai bila kita hendak membiarkan pembangkang secara berterusan menghina mahkamah?

Drama berterusan hari ini apabila sekumpulan penyokong Pas dengan riya'nya bersolat hajat di hadapan Istana Kehakiman. Jelasnya, walaupun petunjuk telah dimohon, puak ini juga yang tidak redha dan gagal menerima petunjuk dan taqdir daripada Allah swt. Hairan melihat jenis manusia sebegini, yang solat hajat sekadar untuk mencuri perhatian jurugambar, tetapi kosong dari segi rohnya dan iman terhadap petunjuk yang diberi Allah swt.



Ketika diminta memberi respon terhadap apa yang disifatkan oleh wartawan sebagai `kemenangan Datuk Dr Zambry Abd Kadir', Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kemenangan tadi merupakan kemenangan bagi Institusi Kehakiman yang sentiasa dipertikaikan oleh pihak pembangkang.

Saya melihat ini juga merupakan kemenangan bagi Institusi Raja-raja Melayu yang diderhakai oleh Nizar Penderhaka. Daulat Tuanku!!!!

Gempar! DUN Perak Akan Di Bubarkan

Tuesday, January 26, 2010 by pisau · 5 comments
Filed under:

Tengok tajuk pun dah gah semacam? Itu lah permainan kotor Nizar mantan MB meroyan yang sejak akhir akhir ini mengwarwarkan DUN Perak akan dibubarkan.

PUTRAJAYA 25 Jan. – Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin?

Jawapannya akan diketahui apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari ini.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Utusan Malaysia


Sebenarnya Nizar Komunis telah mendahului keputusan makhamah,beliau bertindak menjadi hakim dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.Taktik serampang dua mata untuk memperbodohkan juak pakatan haprak agar yakin bahawa makhamah akan memihak kepada mereka,jika keputusan tidak menyebelahi mereka,maka akan membangkitkan kemarahan sekali gus menuduh makhamah dikawal oleh kerajaan.

Secara tidak langsung mereka telah memberi tekanan kepada badan kehakiman untuk menyebelahi pihak mereka dan mengambarkan jika DUN tidak dibubarkan Sultan Perak dilihat tidak berlaku adil dan perlu disangah.Sultan juga diugut akan mendapat malu jika keputusan makhamah tidak menyebelahi BN. Inilah permainan persepsi yang digarap sebegitu rupa untuk memberi tekanan kepada semua pihak.

Namun harus diingat salah seorang hakim yang terlibat adalah rakan karib Azmin Ali, kebarangkalian sudah ada keputusan sulit yang dibocorkan kepada pihak Nizar Komunis atau pun hakim tersebut telah memberi insyarat positif kepada mereka.Harus diingat ada 5 orang hakim yang akan mengadili keputusan ini kelak.Dan salahnya seorang diragui akan memberi keputusan yang berat sebelah.

Pisau perhatikan PAS Perak begitu yakin sehingga akan menganjurkan perhimpunan 10ribu penganas muda PAS kononnya untuk menjadi jentera jika DUN dibubarkan. 10ribu pemuda akan diperbodohkan secara terang terangan. Nampak gaya bertambahlah golongan yang diperbodohkan di negeri Perak selepas ini.


Kalau menang Hakim itu adil,kalau kalah hakim itu di kawal dan berat sebelah,kalau menang bubar dun,kalau kalah buat kacau seluruh negeri perak.Itulah perancangan Nizar dan kuncu kuncunya.


Pisau kata " Nizar makin hari makin teruk meroyannya,kebetulan tanjung rambutan dinegeri perak,apakata tempah satu bilik khas untuk nizar ,kerana kronik meroyan beliau sukar diubati"

Nizar OII!! Pakatan Rakyat Memang Bengap!

Friday, September 18, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: ,


Oleh Tokey Garam

Kalau Najib tak mulakan pasti MB dan CM Pakatan tak terfikir nak buat. Bila Najib dah bagi barulah terhegeh-hegeh nak tunjuk kononnya hangpa pun prihatin. 3 negeri yang diperintah kepimpinan pakatan mula memberi imbuhan sempena hari raya mengambil pendekatan yang sama dengan tindakan Najib menghulurkan salam prihatin kepada rakyat. Rujuk

Dalam hal ini rakyat juga yang untung. Terima kasih diucapkan kepada semua. Tindakan depa ni menggambarkan bahawa sememangnya pakatan rakyat tidak peka dan tidak kreatif untuk membela nasib rakyat. Kepakaran depa hanyalah mengkritik, membangkang, berbaring atas jalan dan menyalahkan orang lain.

Sebelum ini Ustaz Lim GE pernah membangkitkan kegusaran terhadap populariti Najib dalam mengurus tadbir negara. Dengan langkah pelbagai tindakan yang mensasarkan kepada keprihatinan rakyat Najib cuba sedaya upaya memberi yang terbaik bersama barisan kabinet yang dilantik. Mungkin disebabkan inilah kepimpinan 3 negeri cuba meniru dan mengadaptasi langkah dan cara kepimpinan Najib demi mengekalkan sokongan supaya rakyat tidak beralih kepada pendekatan Najib.

Tokey - Rakyat sepatutnya bijak menilai kepimpinan pakatan yang tidak mampu mengurus tadbir negeri sendiri sehingga terpaksa menyalahkan orang lain demi menutup pekung sendiri.

Tokey - Kerajaan ada juga yang tak betul tetapi sekurang-kurangnya depa tidak hipokrit jika dibandingkan dengan kepimpinan Selangor dan Penang menangani masalah sendiri.

"Sama Rata, Sama Rasa Depan Belakang Sama Saja"

Nizar OII !!! Mari baca Kisah Darjah 1 Oren di Perak

Thursday, September 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:

oleh Mat Rempit 1 Oren

Ada satu cerita kat negeri Perak. Kat sebuah sekolah rendah area Gopengla. Ada sorang mamat ni name die Nizar. Nizar ni dilantik jadi Ketue Darjah 1 oren dalam satu pengundian angkat tangan.

Banyak gak orang menyampah dengan mamat ni dan tak setuju die jadi ketue, tapi yang menyampah tu buat dek je. Demokrasi la katekan. Kecik-kecik pun tahu beb adab demokrasi. "Apa ada hal jek darjah 2 kite gulingkan die",budak yang menyampah kat die cakap kat gua.

Nak pendekkan cerite Nizar ni ade lantik ajk kelas,kroni die je dapat.Bukan kroni tak dapat jek.Lepas tu diorang pun nak buat jamuan kelas.Nak buat jamuan kelas kene pilih menu.

Problem die jek, mamat Nizar dengar je cakap ajk kelas die yang bernama ngah ngeh untuk buat semua menu makanan mesti ade udang dalam makanan tu. Udang ni yang menjadi hal,sebab ni makanan kegemaran ngah ngeh dan secara kebetulan geng yang menyampah ngan Nizar dan tak sokong nizar jadi ketua darjah tu, semuenye elejik dengan udang.

Jadi diorang ni tak dapatla join n makan makanan dalam jamuan tu. Diorang hanginla, tapi buat lek je. Diorang hormat makanan, tak buang tapi tak makan. Diorang bagi je geng-geng Nizar tu makan sampai kembung.

Tapi rupe-rupenye dalam geng Nizar tu pun ade elejik udang jugak.3 orang beb, Jadi 3 orang ni tak puas hati sebab Nizar ni pilih menu ikut perut ngah ngeh je, walaupun gua dengar Nizar pun elejik udang gak tapi die layan je.Best jadi ketue katekan.

Jadi geng 3 orang ni setuju nak bersame-same dengan geng yang menyampah dengan Nizar tu untuk lantik ketua baru. Nak jadi cerite diorang jumpe cikgu dan lantik ketua berkaliber dan hensem yang baru namenye Zambry.
kalau korang nak tahu cikgu siap kire kepale kitorang dan sahkan kitorang majoriti, baru le die yakin lantik zambry sebagai ketue baru.Kitorang horayla, Hehe best beb dapat ajar Nizar and the gang.

Problem die sekarang, geng Nizar ngan ngah ngeh ni tak puas hati. Diorang cakap tak demokrasila dan macam-macamla. Sampai cikgu pun die sound.
Lu sape beb lu baru darjah 1 nak lawan cikgu? Lu ingat sekolah ni bapak lu punye?

Lepas tu die buat persidangan tepi longkangla dalam gymnasiumla. Problem die nak buat-buat ape-ape kes pun kene mintak izin cikgu dulu. Tapi budak-budak Nizar ni kurang ajar die lenjan je. Tak ke namenye bangang dan kurang ajar tu.

Paling gua kesian beb dengan budak-budak Nizar ni, diorang ni macam budak-budak. Buktinye sekarang ni, bile zambry ikut mak die gi umrah. 10 hari kot, jadi bile mamat ni takde. Meje zambry tu die lempar cat merah ala-ala along(klik sini), dan diorang buat lakaran cakap Zambry bukan anak jantan dan tampal kat dinding(klik sini) sedangkan semue orang tau geng-geng Nizar ni semua kkkv2(klik sini). Siape lagi jantan beb? Lu pikirla sendiri.

Gua ngan member gua gelak-gelak je. Tak ke reti-reti agi ke budak-budak tu.
Geng-geng yang nyampah kat Nizar tu dan termasuk gua pun darjah 1 beb, tapi kitorang hormat guru dan matang le siket daripada budak-budak Nizar ni yang hampas ni.

Gua malas nak cite lagi lu orang nilailah sendiri,tapi kesian ngan ketua gua zambry yang layan-layan budak tak matang dan kkkv2 ni. Nak tahu kkkv2 ape? tanye parpukari.(Klik Sini)
Nanti gua cerite lagi pasal geng Nizar ni suke kencing dalam seluar ramai-ramai tapi sekarang ni gua stop kat sini dulu.

Abes..Selamat Hari Raye..bestnye dapat duit raye hehehe..

NIZAR HARUS BERTAUBAT!

Monday, July 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 6 comments
Filed under:

Ahad, Julai 19, 2009 / Nukilan : Mystique / Respon (0)

Mulut sebut ayat al-Quran. Perbuatan macam . . . . (?)

Petikan dari blog: Kingdom of Heaven dan Aspirasi Bangsa

Dahulu Mufti Perak sudah mengatakan hampir 100,000 orang melayu murtad. Kini apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar.

Orang Melayu pakatan sudah murtad kepada agama Kristian. Dan agenda pendakyah Kristian sudah hampir berjaya menghancurkan orang islam di Malaysia.

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini. Kenalilah orang kafir jahanam yang menjadi sahabat PAS...

Hayatilah Surah Al-Baqarah ini, Ayat 6-hingga 13[6]: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.[7](Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.[10]Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).[11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.[13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).Allah telah menjelaskan siapakah orang kafir yang sebenarnya...Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka..

Apatah lagi apabila PAS menghina Ayat Allah apabila membenarkan orang kafir membaca potongan Ayat Al-Quran...Nauzubillah.. kini pemimpin mereka pula 'menyerupai tindakan orang kafir'... 'tasyabbaha' membawa lilin yang sudah pasti tidak ada dalam ajaran Islam...

Sahlah PAS semakin sesat.... disesatkan oleh DAP kafir!

NAPA YANG NIZAR CUBA BUKTIKAN?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

NIZAR MEMBUAT RITUAL ALA KRISTIAN!

Surah AlImraan ayat 118Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Al-Imraan ayat 78Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Surah AlImran ayat 28
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.


ASTARGHFIRULLAHHAL'AZIM, apa ke hel nye yeop Nizar kome ni. Tau ler kepola otak dah mereng, tapi takkan nak jual agama semata-mata nak ngikut kater Ngeh dan Nga. Sampe sanggup berlilin-lilin macam paderi Kristian.

Amalan "vigil" ni amalan orang Kristian, kalau yer pun nak tarik pengaruh orang Kristian takkan nak mengamalkan amalan agama mereka. Rasullulah pernah bersabda orang Nasrani dan Yahudi takkan puas hati sehingga orang Islam ikut cara mereka.

Nampaknya Nizar dah ikut cara Kristian. Malah Mufti Tan Sri Harun Sani pun dah cakap amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Takkan nak tinggalkan cakap mufti ikut cakap Nga dan Ngeh.

Inilah sebenarnya Nizar bertopengkan agama. Kita nak tengok apa kata pemimpin PAS tentang amalan ahli jawatankuasa pusat PAS yang dapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu.

Dipetik dari Blog SELAMATKAN PERAK!

PARPUKARI: Tadi saya keluarkan satu gambar, nah anda lihatlah sendiri, gambar penuh ni, nak tanya kat Nicky Ajis apa hukumnya si Nijar yang dah Mental meraban buat macam ni?

Tapi aku dah boleh agak la jawapannya: Tak apa, PAS boleh buat apa saja sebab syurga dah confirm kan?