Posted On 7/22/2009 05:22:00 PM by megat |
Banyak feed back yang saya dapat selepas menghadiri sidang akhbar semalam mengenai Larangan Pegawai Pertanian untuk hadiri mesyuarat di empat negeri pembangkang. Ada yang bersetuju dan tidak kurang pula yang membantah.
Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang. Ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukkan kepada agensi dan jabatan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan. Jadi apa guna kalau mesyuarat itu dihadiri oleh pegawai pusat...???

Perlukah kita berbuat baik kepada golongan yang tidak pernah tahu mengucapkan TERIMA KASIH kepada kita.Golongan yang hanya tahu mengkritik kesalahan orang lain tetapi berusaha mengaburi mata rakyat di atas ketidakmampuan mereka mentadbir negeri. Arahan larangan para pegawai jabatan dan agensi KPIAT dari hadir mesyuarat anjuran kerajaan negeri di empat buat negeri pembangkang itu tidak bermakna saya mengenepikan hak rakyat dari mendapat bantuan jabatan dan agensi KPIAT cuma saluran mestilah melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).
JKKKP dan MPPP ditubuhkan adalah untuk menjadi medium kerajaan pusat menyalurkan bantuan terus kepada rakyat di negeri-negeri pembangkang tanpa sempadan politik. Jadi tidak timbul soal rakyat tidak mendapat bantuan kerajaan pusat. Cuma kita mahu rakyat jelas akan sumber peruntukkan yang disalurkan kepada mereka. Kalau tidak, peruntukkan kerajaan pusat dikatakan duit deme...deme dapat sokongan rakyat...lepas tu, rakyat cakap kerajaan pusat tak buat apa-apa untuk rakyat! Banyakkkk cannteekkk..!!!
Kerajaan negeri pembangkang juga tidak memberikan peruntukkan kepada agensi dan jabatan di bawah KPIAT seperti contoh FAMA, LKIM dan LPP untuk program-program pembangunan petani, penternak dan nelayan. Negeri Selangor contohnya, peruntukkan kerajaan negeri disalurkan menerusi Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN). Kenapa tidak disalurkan juga menerusi agensi dan jabatan di bawah KPIAT..??
Pendek kata..apa yang kerajaan pusat lakukan adalah untuk memastikan bantuan sampai kepada rakyat tanpa perlu melalui birokrasi yang memenatkan.
Pisau kata " Kenyataan Noh Omar harus diperbetulkan,ramai yang tersalah sangka akibat salah lapor dari B.Harian"
Comments
0 comments to "Nor Omar : Larangan Pegawai Pertanian"Post a Comment