Oleh AlifBaTa,
Belum lagi 24 jam adun Bagan Pinang meninggal dunia dan belum lagi tarikh pilihanraya Bagan Pinang diumumkan. PAS telah membuat serangan terhadap UMNO melalui kenyataan Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub yang mengatakan UMNO mungkin menggunakan isu perkauman sempit sebagai wadah kempen di PRK Bahagian Pinang nanti.
Kenyataan ini antara lain adalah kerana PAS sendiri telah menyedari hakikat bahawa sememangnya mereka telah 'kalah awal' kerana mereka sendiri telah tahu apa masalah yang sedang dihadapi oleh mereka iaitu kepentingan bangsa Melayu dan Islam diabaikan di dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.
Bermula dengan isu kilang Babi dan Arak di Selangor, Tanah 999 tahun di Perak dan pelbagai lagi isu yang merimaskan masyarakat melayu dan Islam di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat telah menyebabkan mereka menyedari situasi mereka amat kritikal di Bagan Pinang yang mana figura Anwar Ibrahim tidak akan menjadi faktor kemenangan.
Kemenangan tipis di Manek Urai, penurunan undi Melayu di Bukit Gantang dan undi masyarakat India yang mungkin lari kerana isu Kampung Buah Pala. Pakatan Rakyat di Bagan Pinang berada di situasi yang terdesak dan tidak hairan Salahuddin Ayub awal-awal lagi memomokkan perkauman sempit sebagai ejekan kepada perjuangan murni UMNO.
Adakah pengundi Bagan Pinang tidak dapat menilai situasi di mana maruah mereka dipermainkan oleh Pakatan Rakyat?
Bukan sahaja impak kepada melayu tetapi masyarakat India pun merasai keperitannya di Kampung Buah Pala di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
PRK Bagan Pinang ternyata bukan mudah bagi Pakatan Rakyat kali ini. Silap-silap Pakatan Rakyat boleh pulang dengan tangan kosong dan hilang wang pertaruhan kerana kedangkalan mereka sendiri memahami aspirasi rakyat.
Apa-apa pun rakyat diberi hak untuk sekali lagi menilai dan blog Unit Media Baru PPUM sendiri akan komited melakukan pendedahan demi pendedahan selepas ini untuk memberi kefahaman kepada para pengundi tentang keburukan dan penipuan yang dilakukan Pakatan Rakyat.
Kepada Salahuddin Ayub, jangan fikir pengundi Bagan Pinang bodoh untuk tertipu dengan kata-kata anda. Sila cermin diri dulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.
Mungkin pelbagai isu dan termasuk isu peribadi akan dimainkan Pakatan Rakyat tetapi kami di Unit Media Baru yakin, pengundi di Bagan Pinang ternyata bijak untuk menilai siapa yang hanya sekadar berjanji dan siapa yang menjanjikan realiti.

Comments
2 comments to "Belum apa-apa : PAS tuduh UMNO gunakan isu perkauman di Bagan Pinang"wahai gang juai undi
nak menang kat ssitu mudah jer,
terajang kj keluark saja
slahuddin ayub...usah cakap lah kalau kamu sendiri membiarkan rakyat di kubang kerian gantung tanpa tali... masa nak mengundi, janji tu janji ini...last2 rumah kamu pun tiada di kubang kerian....sahkan rumah tetap,,rumah sewa pun takder...macamana nak bela rakyat.
Post a Comment